Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

Ikan Talapia Masak Stim (Ala Thai)

Semalam anak lelaki Kak Noor yang berumur 13 tahun tu bawa balik ikan talapia yang dipancingnya di sungai berdekatan rumah.  Inilah antara aktivitinya saban hari bersama kawan-kawan dalam musim cuti sekolah selain `mengemaskinikan' basikalnya . Rasanya habis ikan talapia di sungai tu kerana setiap hari ada sahaja hasil tangkapannya.  Kebiasaannya Kak Noor tak kasi dia bawa balik rumah sebab Kak Noor tidak menggemari ikan talapia ini (tapi anak-anak Kak Noor suke...).  Kalau dah banyak sangat, Kak Noor suruh dia beri sahaja kepada emak kawan-kawannya.  Apa lagi kalau fikir bab untuk menyiang ikan talapia ini, memang tak ambil port le... Yang jadi mangsanya hubby Kak Noor.  Dialah tukang menyiang ikan ini. Ikan talapia ini kebiasaannya orang  goreng begitu sahaja, masak sambal, tiga rasa atau sweet sour.  Tetapi kali ini Kak Noor nak cuba masak stim pulak.  Kak Noor terjumpa resepi ini semasa menggodek laman web untuk mencari resepi yang berkaitan dengan ikan talapia.  Tetapi

Rendang Tok

Pejam celik, pejam celik, tak terasa minggu hadapan sekolah akan dibuka.   Bagi ibubapa yang belum lagi membeli kelengkapan persekolahan untuk anak-anak mereka, cuti tiga hari ini digunakan semaksimum yang boleh membawa anak-anak ke gedung membeli belah untuk membeli barang-barang keperluan persekolahan.  Kak Noor telah membeli keperluan sekolah anak-anak sejak awal bulan Disember lagi.  Tak mahu kelam kabut di saat akhir.  Maklumlah kita ni bekerja, mesti bijak menggunakan masa; untuk kerjaya dan juga keluarga. Itu cerita anak-anak kita yang  yang akan mula bersekolah minggu hadapan.  Apa pula cerita mengenai resepi yang akan Kak Noor paparkan pada tengah hari ini.  Resepi ini adalah kegemaran hubby Kak Noor sejak dahulu lagi iaitu Rendang Tok.    Asal resepi ini menggunakan daging, tetapi Kak Noor gantikan dengan ayam sebab keluarga  Kak Noor lebih gemarkan ayam.  Bahan-bahannya: 1 ekor ayam organik - dipotong 12  2 cawan santan pekat ½ cawan kerisik 3 sudu besar gula

Ikan Siakap Goreng Tiga Rasa

Minggu lalu Kak Noor sekeluarga pergi makan di Restoran Thai yang terletak di Datuk Keramat.  Minggu itu pakcik dan makcik Kak Noor datang dari Utara.  Ada majlis yang mereka perlu hadir di Kuala Lumpur.  Sebelum berangkat pulang ke Butterworth menaiki tren malam, Kak Noor sempat membawa mereka sekali singgah untuk makan malam di Restoran Thai ini.  Telah agak lama juga Kak Noor sekeluarga tidak berkunjung ke restoran ini, sampai nama restoran pun telah ditukar daripada Ali Tom Yam kepada Restoran Thai. Malam itu Kak Noor order nasi putih  bersama lauk pauk seperti siakap goreng tiga rasa, kerabu mangga, sup tom yam campur, sayur paprik, dan telur dadar.  Berselera sungguh anak-anak Kak Noor makan sampai licin, terutama lauk ikan siakap goreng tiga rasa.  Kak Noor memang tak gemar makan ikan sejak kecil lagi; dalam erti kata lain lauk ikan is my last choice. Setakat masak aje lah.... Bila teringatkan betapa berseleranya  anak-anak Kak Noor menjamah ikan siakap pada malam itu, mak

Sambal Sotong Kembang Berkacang

Dalam entri terdahulu Kak Noor telah muatkan resepi sambal sotong kering.  Kali ini Kak Noor muatkan pula resepi sambal sotong kembang berkacang. Sukatan kacang yang digunakan untuk masakan ini terpulanglah kepada citarasa masing-masing.  Ada orang suka kacang yang banyak, dan ada pula yang suka sedikit.  Disebabkan inilah Kak Noor tidak menetapkan kuantiti sukatan yang perlu digunakan. Kelainan resepi sambal sotong kembang berkacang ini ialah Kak Noor gunakan sos nanas untuk menggantikan asam jawa.  Pertama kali menggunakan sos nanas dalam masakan ini, tidak menjejaskan keenakan resepi sambal sotong kembang berkacang ini. Sambal sotong kembang berkacang ini Kak Noor gandingkan dengan sup sayur soun, dihidangkan dengan nasi panas. Bahan-bahannya: 1 kg  sotong kembang 1 biji tomato saiz sederhana  - dipotong kiub 2 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos nanas - (Kak Noor guna jenama Muslim Besar Salsa Sauce) 2 sudu besar sos tiram 2 biji bawang besar - dihiris bulat 4 sud

Percutian Kak Noor sekeluarga di Cameron Highlands

Antara replika buah yang menjadi trademark Cameron Highlands Buah strawberi segar yang baru dipetik dari ladang Pada 15 - 17 Disember baru-baru ini,Kak Noor dan keluarga sempat bercuti di Cameron Highlands.  Tak tahu musim hujan di Cameron Highlands pada bulan Disember.  Tapi apa nak buat, bayaran semua telah dijelaskan, kalau tak pergi rugi pula.  Walaupun berada di sana selama 3 hari 2 malam, tetapi tidak banyak tempat yang boleh dilawati sebab hujan dan cuaca yang sejuk; 19 darjah celcius. Cerita percutian Kak Noor sekeluarga boleh dilayari di sini .

AYAM MASAK ROS

Hari ini Kak Noor kembali dengan resepi untuk masakan keluarga. Rasanya dah seminggu Kak Noor tidak memuatkan resepi dalam blog ini. Dalam minggu ini Kak Noor agak sibuk dengan persiapan sekolah anak-anak. Maklumlah tak lama lagi sekolah akan buka. So.... masa untuk mengadap komputer haruslah disingkatkan, kalau tidak semua kerja tidak selesai. Tahu ajelah bila kita mengadap komputer dan membuka blog, dalam sedar tak sedar boleh sampai 2 - 3 jam. Ayam Masak Ros ini memang terkenal sejak dulu lagi. Kalau di Utara, kebiasaannya disajikan dengan nasi minyak atau nasi tomato, jelatah, dan papadom. Bonda Kak Noor gemar memasak resepi ini semasa Hari Raya Kedua atau semasa adik-beradik semua berkumpul. Bahan-bahannya: 1 ekor ayam - dipotong 14 3 senduk cili kisar 6 sudu makan sos cili 6 sudu makan sos tomato 3 sudu makan tomato puri 1/2 tin susu cair 3 batang serai - diketuk 2 sudu besar kismis hitam Minyak secukupnya untuk menumis Bahan-bahan untuk

Nasi Lemak

Nasi lemak adalah menu sarapan pagi untuk hari ini.  Sejak dua hari lalu asyik beli sahaja di kedai. Sebungkus nasi lemak biasa RM1.30.  Ahli keluarga ada enam orang.  Kalau RM1.30 didarab dengan 6, dah berapa?  Bukanlah Kak Noor nak berkira sangat, tetapi setakat sebungkus seorang tu memang tak puas makan.  Tau-tau ajelah anak-anak Kak Noor ramai lelaki, semuanya remaja. Orang kata tengah berselera makan. Sambal tumis bilis petai semalam masih ada lagi.  So pagi ini Kak Noor tanak nasi lemak guna santan kelapa sawit .  Sajian sampingan ialah telur rebus, kentang goreng pedas ,  papadom, dan timun.  Tiada kacang.  Lagipun anak-anak Kak Noor tidak berapa menggemari kacang. Kentang goreng pedas, favourite anak-anak Papadom, suatu kemestian untuk menambah selera Timun Jepun, lebih rangup Telur rebus

Sambal Tumis Ikan Bilis Petai

Semalam dah ada resepi ini di dalam kepala sebab petai masih banyak di dapur. Petai ini dibeli di Cameron Highlands semasa Kak Noor dan keluarga pergi bercuti.    Di sepanjang perjalanan pergi dan balik di tepi-tepi jalan ramai orang menjual petai dan durian.  Ingat di sepanjang perjalanan sahaja boleh nampak petai, tak sangka di Cameron Highlands pun ada jualan petai.  Bersaing dengan buah strawberry.  Tapi menurut hubby Kak Noor, rasa petai  Cameron Highlands  berlainan daripada petai kampung.  Petai kampung baunya kuat, daripada petai Cameron Highlands.  Kak Noor perasan hal ini sebab semasa mengupas kulit petai semalam, tangan tak berbau pun.  Cuma berbau daun aje. Resepi untuk sambil tumis ikan bilis boleh dilihat pada entri Kak Noor dalam blog ini.  Cuma pada akhir penyediaannya semasa memasukkan bawang besar, masukkan bersama petai bagi melengkapkan resepi sambal tumis ikan bilis petai ini.  Selamat mencuba....

Goreng Sotong Berkunyit

Untuk makan tengah hari pada hari ini, Kak Noor masak ringkas sahaja iaitu Goreng Sotong Berkunyit.  Hanya sotong dan ikan sahaja yang ada dalam peti sejuk ketika ini.   Sejak hari Khamis lalu, Kak Noor bercuti ke Cameron Highlands bersama keluarga.  Semalam baru balik.  Letih sangat dan urat-urat pun sakit.  Sejuk di Cameron Highlands tu.  Lebih-lebih sekarang musim hujan.  Masa Kak Noor pergi hari Khamis lalu pun hujan, balik pun hujan. Tak banyaklah tempat yang boleh diziarahi.  Suhu 18 - 19 darjah celcius.  Sejuk tu... menggigil.   Cerita penuh mengenai percutian ini Kak Noor paparkan dalam blog Citarasasantai.  Rajin-rajin singgah le... kat blog Kak Noor yang satu lagi tu... Ok kita letak titik noktah pasal percutian itu. Kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk masakan ini. Bahan-bahannya: 1 kg. sotong dibersihkan - dipotong gegelang 14 batang kacang buncis 1/2 biji lobak merah dihiris memanjang 1 biji bawang besar dihiris 3 ulas bawang putih dihiris

Koktel Sosej Ayam Masam Manis

Resepi ini amat ringkas dan mudah, dan sesuai untuk dibawa  pergi berkelah.  Budak-budak amat menyukainya.  Kebiasaannya kita goreng, bakar atau kukus  sahaja sosej dan dimakan begitu sahaja.  Tetapi kali ini Kak Noor mempelbagai cara masakan sosej ini. Sesuai dimakan dengan nasi dan dimakan begitu sahaja.  Anak-anak Kak Noor lebih suka meratah sosej ini.  Dalam sekelip mata, boleh clear.... Bahan-bahannya: 1 bungkus  koktail sosej ayam (1 kg) - digoreng 3/4 masak 3 senduk cili kering kisar 3 sudu besar sos masam manis - Kak Noor guna jenama life 2 sudu besar sos tiram 2 sudu sos cili 1 biji tomato - dipotong kiub 1 biji bawang besar dihiris 3 ulas bawang putih dihiris 1 cawan air Gula, garam, dan perasa Daun sup/bawang untuk hiasan Penyediaannya: Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali.  Goreng sosej 3/4 masak dan toskan. Gunakan 1 senduk minyak daripada gorengan sosej tadi.  Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cili kering yang

Kentang Goreng Pedas

Resepi ini amat ringkas sekali dan sesuai untuk yang telah berkeluarga dan yang masih bujang.  Masakan ini amat disukai oleh anak-anak Kak Noor.  Sekali masak bukan setakat 1 atau 2 biji kentang, tetapi sekurang-kurangnya 10 biji.  Selain makan bersama nasi, ia sedap dimakan begitu sahaja. Bahan-bahan yang diperlukan: 10 biji kentang - dikupas kulit dan dipotong macam `wedges' 1 biji bawang besar dihiris 3 ulas bawang putih dihiris 1 tangkai daun kari 1 biji buah tomato dipotong kiub 2 senduk besar cili kering kisar - Kak Noor guna sukatan senduk nasi 2 camca besar sos cili 1 camca besar sos tomato 2 camca besar sos tiram Gula perang + gula putih secukup rasa (nisbah gula perang mesti lebih daripada gula putih) Garam dan perasa Minyak secukupnya untuk menggoreng ubi kentang Minyak untuk menumis Cara-cara memasak: Ubi kentang dikupas kulit dan dipotong seperti `wedges'.  Basuh dan toskan.  Gaulkan dengan sedikit kunyit dan garam.   Panaskan minyak sec

Apam Pisang Kukus

Sejak minggu lalu, hubby minta Kak Noor buat apam pisang.  Katanya pisang masih banyak di dapur tu... Teringat masa kat kampung dulu, emaknya kerap buat apam pisang.  Tapi resepi orang dulu-dulu cuma menggunakan bahan asas sahaja iaitu tepung gandum, gula, kelapa, dan ibu apam (marupan). Semua bahan dibancuh dan diperap.  Katakanlah esok nak makan apam, maka malam ni dibancuh siap-siap dan diperap semalaman dan esok pagi baru dikukus.  Inilah apam yang bonda dan nenda pernah ajar Kak Noor buat. So.... kali ini Kak Noor mahukan sedikit kelainan daripada resepi yang asal.  Nak cari resepi yang tidak perlu diperap semalam. Maka godeklah Kak Noor laman-laman web masakan dan terjumpalah resepi asalnya di sini .  Adalah sedikit pertambahan bahan yang Kak Noor gunakan bagi menyedapkan lagi apam pisang ini dan olahan ayat bagi cara-cara penyediaannya.  Resepi di bawah adalah untuk tiga adunan (resepi asal 1 adunan sahaja).  Satu adunan Kak Noor bawa ke pejabat untuk menjamu rakan-rak

Kedai Ikan Rakyat

Minggu lalu Kak Noor berkesempatan berkunjung di Kedai 1 Malaysia yang terletak di Seksyen 4, Wangsa Maju.  Lihat entry kak Noor sebelum ini mengenai Kedai 1 Malaysia. Pagi tadi Kak Noor berkunjung pula ke Kedai Ikan Rakyat yang terletak di Setiawangsa, di seberang jalan Sekolah Rendah Kebangsaan Setiawangsa.  Kedai Ikan Rakyat ini dimiliki oleh Sekinchan Ikan Bakar Sdn. Bhd.   Sempat juga Kak Noor tengok harga-harga ikan di situ. Ada yang murah dan ada yang mahal. Yang paling ketara hari ini ialah ikan kerisi di sini dijual dengan harga RM14.50.  Pada pendapat Kak Noor, harganya jauh lebih mahal daripada harga ikan kerisi yang dijual di NSK, Taman Sri Rampai.  Biasalah kat mana-mana pun, ada harga yang rendah dan ada harga yang tinggi.  Pandai-pandailah kita buat pilihan berdasarkan kemampuan kita sendiri. Selepas snap beberapa keping gambar, Kak Noor dan hubby terus ke NSK.  Kata hubby kat NSK banyak pilihan lagi.  Lagipun Kak Noor dan hubby dah biasa beli barang-barang basah di pa

Kari Ikan Nasi Kandar

Resepi yang hendak Kak Noor ketengahkan kali ini ialah Kari Ikan Nasi Kandar. Ikan yang paling sedap dimasak kari ialah ikan ketul seperti ikan merah, ikan tenggiri, ikan nyok-nyok, ikan pari dan ikan bawal. Tapi bagi resepi kali ini, Kak Noor cuma gunakan ikan selar besar sahaja kerana di dalam peti ais ada ikan ini sahaja. Kari ini sedap jika dicicah dengan roti benggali, biskut kering, capati, roti canai dan lempeng. Lagi lama, lagi sedap rasanya. Bahan-bahan yang diperlukan: 1 kg. ikan yang telah dibersihkan (boleh guna apa-apa ikan) 150 gm. santan pekat atau 1/2 tin susu cair. 2 biji tomato (dipotong empat) 6 biji bendi - basuh dulu baru dipotong tangkainya 2 biji terung dipotong 4 2 biji cili hijau 1 senduk besar minyak masak Garam secukup rasa. Bahan-bahan B (ditumis): 1 sudu kecil halba campur 2 biji bawang besar dipotong dan dihiris 3 helai daun kari. Bahan-bahan B (dikisar atau ditumbuk): 4 biji bawang putih 1 biji bawang besar 1 inci halia Ba