Langkau ke kandungan utama

Puding Cream Crackers Laici

Menggunakan kreativiti sendiri untuk menghasilkan hidangan utama atau snek menggunakan biskut cream crackers?!  Puas juga Kak Noor memikirkannya kerana soalan ini bukan sahaja memerlukan kita menjawabnya secara bertulis tetapi juga dengan bukti paparan gambar berkaitan hidangan yang dihasilkan. Banyak juga laman web, blog, dan buku-buku resepi yang telah Kak Noor  akses untuk  mencari hidangan yang menggunakan bahan utama cream crackers sebagai panduan.

Akhirnya empunya blog yang bernama  AMY berjaya dalam hasil pencarian ini .   Resepi ini katanya adalah daripada koleksi buku resepinya tahun 80an.  Itulah sebab Kak Noor memilih resepi ini untuk dijadikan panduan.  Resepi orang lama.... selalunya memang klas gitu.... Cuma untuk memudahkan penyediaan hidangan ini,  Kak Noor gunakan blender basah untuk mengisar bahan-bahan bancuhannya.

Akhirnya dengan beberapa olahan dan sedikit `kepakaran' (perasanlah pulak!) yang dikurniakan,  maka terhasilkan resepi seperti di bawah.  Hasilnya..... jadilah Puding Cream Crackers Laici.


Bahan-bahannya:
5 keping biskut cream crackers
(direndam di dalam susu sejat sehingga kembang)
1 tin susu sejat
4 keping biskut cream crackers - diramas kasar
1 paket agar-agar stripe
(Rendamkan sehingga menjadi lembut)
6 gelas air (1 gelas air bersamaan dengan 210 ml)
4 biji telur
2 cawan gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
1 tin buah laici - buah laici dibelah dua
Sedikit serbuk koko

Antara bahan-bahan yang digunakan
Cara-caranya:
  1. Biskut cream crackers direndam di dalam susu cair.  Biarkan biskut kembang, lepas itu dilecek dan dihancurkan biskut yang telah kembang tadi. 
  2. Di dalam blender, satukan biskut yang telah kembang bersama susu sejat, telur dan esen vanilla. Kisar sehingga halus.  Ketepikan.
  3. Di dalam periuk masak agar-agar dengan air hingga larut.  Kemudian baru dimasukkan gula  Biar mendidih dan tapis.
  4. Setelah ditapis, masukkan kembali larutan agar-agar di dalam bekas periuk semula.
  5. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah diblender tadi dan air buah laici di dalam periuk. Kacau rata dan masak di atas dapur menggunakan api yang sederhana sehingga adunan pekat. Tutup api.
  6. Asingkan satu mangkuk larutan agar-agar dan masukkan serbuk koko.
  7. Sediakan satu bekas, taburkan biskut cream crackers yang telah diramas kasar tadi dan susun separuh buah laici di dalam bekas tersebut.
  8. Tuang adunan asal berselang-seli dengan adunan bercampur koko di dalam bekas, secara bergilir-gilir supaya mendapat adunan berbelang.
  9. Akhir sekali, hias/tabur separuh lagi buah laici di atas puding tersebut.  
  10. Sejukkan sebelum dihidang. 

Tips:
Kalau inginkan agar-agar tidak berair (terlalu lembut) letakkan gula batu di dalam rebusan agar-agar.

Ulasan

salam Kak Noor, yummy lah nmpak puding tu..akan dicuba nanti Insyaallah!
Kak Noor pun first time buat. Selalunya guna roti aje... Tapi memang sedap guna biskut daripada roti. Cubalah. Resepi ini simple dan Kak Noor telah permudahkan dengan blender aja semua bahan.
Tanpa Nama berkata…
salam kak noor... sedap lak tgk puding tu... saya ni baru nak rajin2 ke dapur.. hehe.. nak tanya sket yg agar2 tu guna yg berapa gm iye? thanks.. :)
Bagus tu... kalau resepi ringkas macam ni semua orang boleh buat kan?! Anyway agar-agar stripe yang telah dipaket siap itu berat standardnya 30 gm. Kak Noor guna cap layang-layang. Jenama lain pun boleh.
Amy berkata…
Dengan jayanya Kak Noor buat puding ni...Amy tak kisah akak nak ubah cara ke bahan ke....tak ada hal punya...resepi hanya sebagai panduan je...tapi masa zaman anak dara dulu...Amy buat puding ni dan bawa ke ofis, PTD-PTD lelaki x percaya Amy buat...coz dia orang ingat anak dara tak reti masak..ekekek...

Catatan popular daripada blog ini

AYAM MASAK ASAM KAMPUNG (STAIL NENDA)

Assalammualaikum. Kak Noor bersiaran lagi pagi ini. Hari ini Kak Noor cuti; cuti ganti Tahun Baharu Cina hari itu. Valid hanya sebulan sahaja, so dah hampir nak expire, ambil ajelah sambil santai-santai di rumah.  Resepi ini terlebih dahulu telah Kak Noor poskan dalam FB Kak Noor. Dah agak lama juga tak masak resepi ini. Dalam blog pun tak pernah dikongsikan resepi ini. Resepi ini agak mudah dan ringkas sahaja, dan cepat penyediaannya. Kadang-kadang bila tak ada selera, perlulah fikirkan sesuatu menu yang boleh membuka selera walaupun lauk itu kita nampak macam biasa sangat. Masakan itu perlulah ada rasa sedikit masam dan manis. Masa itulah terfikir untuk menyediakan ayam masak asam stail kampung ini. Biasanya Kak Noor menggunakan ikan, tapi ada juga masanya Kak Noor tukarkan kepada ayam. Memang sedap bila dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman. Lagipun dalam situasi Kak Noor yang tidak berapa sihat disebabkan slip disk, perlulah

LAKSA PENANG

Antara menu hidangan yang disajikan untuk para tetamu sempena majlis ulang tahun hari lahir anak bongsu Kak Noor yang ke-8 tahun ialah Laksa Penang. Laksa Penang memang menjadi kegemaran keluarga Kak Noor. Puas hati masak sendiri daripada beli kat kedai kerana ia menepati citarasa sebenar Laksa Penang. Di sini Kak Noor nak kongsi menu Laksa Penang untuk lebih kurang 30 - 40 orang makan. Bahan-bahannya: 3 kg ikan mata besar (boleh guna ikan kembong dan ikan sardin) 1 ekor ikan tongkol sederhana besar (Direbus bersama beberapa keping asam gelugor) 4 bungkus laksa kering 7 - 10 keping asam gelugur 2 kuntum bunga kantan dibelah dua, batang diketuk 4 sudu besar pes udang 2 cekak daun kesum / cenohom 4 cm keratan lengkuas (diketuk) 6 batang serai (diketuk) Garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa. Bahan-bahan untuk dibuat pes (dikisar halus): Anggaran RM3.00 cili kering dibuang biji (boleh tambah ikut kepedasan). Perlu direbus. 3 ulas bawang putih. 4 biji bawa

Kari Ikan Pari

Bahan-bahannya:  500 gm ikan pari – dipotong kepada beberapa keping 10 batang bendi 1 biji terung panjang – dipotong serong 1 biji tomato – dibelah empat 2 biji cili hijau 4 – 5 tangkai cili kering – dibasuh dan dipotong kecil 1 sudu besar pati asam jawa 1 cawan pati santan + 2 cawan air Garam secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Bahan mesin (A): 4 sudu besar rempah kari 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil serbuk cili 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih Air secukupnya (Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dimesin dengan air hingga halus) Bahan tumis (B): 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 sudu besar halba campur 2 tangkai daun kari Cara-cara memasak: · Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan (B) sehingga terbit bau dan bawang kekuningan. · Kemudian masukkan bahan mesin (A) dan kacau. Tutup periuk dan masak sehingga rempah terbit minyak.