Langkau ke kandungan utama

Sambal Tumis Ikan Bilis + Telur

Kalau kita makan nasi lemak, kita mesti inginkan sambal tumis ikan bilis yang sedap.  Sedap macam mana tu....  Sedap hingga menjilat jari.... Sambal ikan bilis yang sedap mesti cukup asam garamnya, kemanisannya dan kepedasannya. Hari ni Kak Noor nak kongsi resepi buat sambal tumis ikan bilis ini.  Kebiasaannya sambal ini disediakan apabila Kak Noor masak nasi lemak.  Sambal tumis ikan bilis ini Kak Noor campur sekali dengan telur rebus.  Sebelum tu Kak Noor nak pesan, kalau beli ikan bilis tu.... belilah gred yang elok sikit.  Sekarang ini ikan bilis telah naik harga.  Gred A, kalau x silap Kak Noor harganya RM5.50 per 100 gram (yang telah siap dikopek).  Beli yang RM4.50 per 100 gram pun dah kira cukup ok.  Bukan apa, kalau beli ikan bilis yang murah, rasanya liat dan x crunchy.  Spoil masakan kita.

Bahan-bahannya:
200 gram ikan bilis, rendam dengan air panas dalam 10 minit, cuci dan toskan, kemudian goreng 3/4 garing.
Telur 10 biji (direbus sehingga masak dan dikupas kulitnya)
Jus asam jawa (ikut rasa)
Gula merah + Gula pasir, garam dan perisa (secukup rasa).  Kak Noor guna perisa Tumix
2 sudu besar kicap manis
1 biji bawang besar, hiris bulat

Bahan-bahan untuk dikisar:
3 cawan cili kisar (anggaran RM2.00 cili kering)
2 biji bawang besar (bawang besar ini selalunya untuk memaniskan kuah)
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan (Kak Noor guna belacan tumbuk yang dibekalkan oleh bonda, tu le yang bikin sedap)
20 gram ikan bilis (dibasuh bersih)

Penyediaannya: 
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar dan masak hingga hingga terbit minyak. Bila telah terbit minyak, masukkan jus asam jawa, gula merah+gula halus, garam, dan perisa, dan sedikit kicap manis. Biarkan ia mendidih seketika dan rasa sambalnya (kalau ada yang tak cukup, selalunya gula dan garam, tambahlah sehingga menepati citarasa kita).  Kemudian masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi bersama telur rebus dan kacau rata.

Akhirnya sekali masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat tadi dan kacau rata.  Dah siap.... Sambal ini sedap bila kepedasan dan kemanisannya seimbang, dan pekat.


dah masak.... sambal tumis ikan bilis

Ulasan

Asni wangsa maju berkata…
Merah cantik kuah tu, mesti sedap
Tanpa Nama berkata…
Mmg cntik

Catatan popular daripada blog ini

LAKSA PENANG

Antara menu hidangan yang disajikan untuk para tetamu sempena majlis ulang tahun hari lahir anak bongsu Kak Noor yang ke-8 tahun ialah Laksa Penang. Laksa Penang memang menjadi kegemaran keluarga Kak Noor. Puas hati masak sendiri daripada beli kat kedai kerana ia menepati citarasa sebenar Laksa Penang. Di sini Kak Noor nak kongsi menu Laksa Penang untuk lebih kurang 30 - 40 orang makan. Bahan-bahannya: 3 kg ikan mata besar (boleh guna ikan kembong dan ikan sardin) 1 ekor ikan tongkol sederhana besar (Direbus bersama beberapa keping asam gelugor) 4 bungkus laksa kering 7 - 10 keping asam gelugur 2 kuntum bunga kantan dibelah dua, batang diketuk 4 sudu besar pes udang 2 cekak daun kesum / cenohom 4 cm keratan lengkuas (diketuk) 6 batang serai (diketuk) Garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa. Bahan-bahan untuk dibuat pes (dikisar halus): Anggaran RM3.00 cili kering dibuang biji (boleh tambah ikut kepedasan). Perlu direbus. 3 ulas bawang putih. 4 biji bawa

AYAM MASAK ASAM KAMPUNG (STAIL NENDA)

Assalammualaikum. Kak Noor bersiaran lagi pagi ini. Hari ini Kak Noor cuti; cuti ganti Tahun Baharu Cina hari itu. Valid hanya sebulan sahaja, so dah hampir nak expire, ambil ajelah sambil santai-santai di rumah.  Resepi ini terlebih dahulu telah Kak Noor poskan dalam FB Kak Noor. Dah agak lama juga tak masak resepi ini. Dalam blog pun tak pernah dikongsikan resepi ini. Resepi ini agak mudah dan ringkas sahaja, dan cepat penyediaannya. Kadang-kadang bila tak ada selera, perlulah fikirkan sesuatu menu yang boleh membuka selera walaupun lauk itu kita nampak macam biasa sangat. Masakan itu perlulah ada rasa sedikit masam dan manis. Masa itulah terfikir untuk menyediakan ayam masak asam stail kampung ini. Biasanya Kak Noor menggunakan ikan, tapi ada juga masanya Kak Noor tukarkan kepada ayam. Memang sedap bila dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman. Lagipun dalam situasi Kak Noor yang tidak berapa sihat disebabkan slip disk, perlulah

Kari Ikan Pari

Bahan-bahannya:  500 gm ikan pari – dipotong kepada beberapa keping 10 batang bendi 1 biji terung panjang – dipotong serong 1 biji tomato – dibelah empat 2 biji cili hijau 4 – 5 tangkai cili kering – dibasuh dan dipotong kecil 1 sudu besar pati asam jawa 1 cawan pati santan + 2 cawan air Garam secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Bahan mesin (A): 4 sudu besar rempah kari 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil serbuk cili 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih Air secukupnya (Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dimesin dengan air hingga halus) Bahan tumis (B): 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 sudu besar halba campur 2 tangkai daun kari Cara-cara memasak: · Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan (B) sehingga terbit bau dan bawang kekuningan. · Kemudian masukkan bahan mesin (A) dan kacau. Tutup periuk dan masak sehingga rempah terbit minyak.