Iklan Nuffnang

Iklan Nuffnang

5 Oktober 2011

Ayam Masak Merah

Semalam, anak lelaki Kak Noor yang kedua pergi berjumpa dengan tauke katering untuk mendapatkan upah bekerja. Baik pula hati tauke katering itu,diberikannya satu tupperware ayam goreng kepada anak Kak Noor untuk dibawa balik; adalah dalam 15 ketul… banyak tu! Anak Kak Noor kata, ibu esok masak ayam sambal aje lah….. Sebenarnya Kak Noor cadang nak masak kari ikan sardin (tin) campur ubi kentang pagi ni. Tetapi kalau dah ada ayam, lebih baik masak ayam aje… Ayam masak merah ni memang menjadi favourite anak-anak Kak Noor. Tetapi dalam masakan ayam merah ini, Kak Noor maniskan sedikit, seimbang kepedasan dan kemanisannya.

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam (dipotong 6 – 12 bahagian kecil atau ikut citarasa)
2 sudu besar tomato cili
2 sudu besar pati santan
Garam, gula merah + gula putih, perisa (secukup rasa)
1 batang serai dititik
1 biji bawang besar saiz besar dipotong bulat
2 sudu besar kismis
Kacang peas (Kak Noor x letak dalam masakan kali ni, sebab tiada dalam simpanan kat rumah)

Bahan-bahan untuk pes (dikisar):
Cili kering anggaran RM2.00
1 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 ulas bawang putih
1 biji tomato (saiz sederhana)

Bahan-bahan tumisan:
Minyak secukupnya
1 biji bawang besar (saiz kecil) dihiris – (Boleh diganti dengan 2 biji bawang merah)
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 inci halia

Penyediaannya:
1. Gaul ayam dengan kunyit dan garam. Goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan tumisan. Bila telah naik bau, baru masukkan bahan-bahan kisar dan masak hingga garing/terbit minyak.
3. Selepas itu masukkan sos cili, serai yang telah dititik, garam, gula, dan perisa. Kacau sebati. Bila telah sebati masukkan pati santan.4. Setelah kuah agak pekat, baru masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kismis. Boleh juga masukkan kacang peas jika suka. Gaul sebati, sesuaikan rasa. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar. Setelah bawang besar agak layu, tutup api dan taburkan sedikit bawang goreng.
Catat Ulasan

Iklan Nuffnag

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

Iklan Nuffnang