Iklan Nuffnang

Iklan Nuffnang

6 April 2012

APAM POLKADOT

Apam Polkadot nama diberi
Disediakan di malam hari
Rasa seronok tidak terperi
Pabila apam polkadotku menjadi...


Ewah-ewah berpantun pula Kak Noor dalam blog ni ye! Bukan apa, rasa seronok dan teruja sangat apabila apam polkadot yang dicuba buat pertama kali menjadi juga dot-dotnya walaupun tidak secantik mana jika dibandingkan dengan rakan-rakan lain yang lebih amateur.  Bolehlah... first trying kan! Terkial-kial lah jugak, terutama sekali semasa nak meletakkan dot-dotnya.  Lagipun Kak Noor x pernah hadir kelas masakan.  Hanya ikut resepi sahaja.  Nasib baik ada assistant chef yang turut membantu Kak Noor menyediakan apam ni dan juga mengambil gambar-gambar semasa penyediaannya.   Assistant chef yang dimaksudkan ialah anak sulung perempuan Kak Noor yang pulang bercuti selama seminggu sempena semester break. N3 gambar-gambar untuk resepi ini diambil olehnya.



Sebenarnya telah lama Kak Noor berhasrat dan teruja untuk mencuba membuat apam polkadot yang famous ini. Kak Noor cukup teruja bila tersinggah kat blog rakan-rakan yang memaparkan  gambar-gambar comel apam polkadot dengan kombinasi warna-warna menarik.  Telah beberapa kali susu segar dibeli tetapi pelan masih tidak menjadi.   Ingat bila balik kerja nak buat, tetapi bila tiba di rumah, keletihan melanda.  Maka terpaksalah dipendam hasrat yang membara ini.  Tetapi Alhamdulillah, semalam Kak Noor gagahi juga diri ini untuk membuatnya disebabkan hasrat Kak Noor untuk membekalkan apam polkadot ini kepada anakanda untuk dibawa balik ke universiti pada hari ini.



Resepi asal apam polkadot ini Kak Noor perolehi daripada laman web Cik Tom Gadis Tomato.  Cuma dalam resepi ini, Kak Noor tidak letakkan filing. Oleh itu bagi cara-cara penyediaannya Kak Noor telah mengolahnya kembali mengikut resepi yang Kak Noor ketengahkan.  Ok mari kita tengok resepi dan gambar-gambar yang diambil oleh anakanda Kak Noor semasa penyediaan apam polkadot ini.


Bahan-bahannya:
3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (1 cawan)
150 ml susu segar/susu cair
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil  ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
Beberapa pewarna mengikut citarasa masing-masing

** Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek. 
**sudu kecil = sudu teh

Cara-cara Penyediaannya:




Adunan telah menjadi kembang dan putih

  • Masukkan telur, gula, dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksimum sehingga kembang dan menjadi putih. 
  • Selepas itu campur bahan-bahan lain seperti masukkan susu, tepung + baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimum sehingga sebati. 
Antara pewarna yang digunakan
Adunan yang telah diwarnakan 
 Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.


  • Aturkan mangkuk kertas saiz kecil di dalam acuan.
  • Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas. Sekiranya tiada piping beg, boleh gunakan sudu kecil untuk memasukkan adunan ke dalam mangkuk kertas.
  • Akhir sekali dot-dot kan dengan warna pilihan.  Boleh gunakan picagari untuk membuat dot-dot.  Kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15 minit atau sehingga masak.


Tips tambahan untuk buat apam polkadot: 
  • Sebelum memasukkan adunan ke dalam piping bag, kacau adunan sehingga kelihatan sebati dan licin (tiada lubang angin) untuk mendapatkan permukaan apam yg rata dan tidak berlubang.
  • Kukus apam dengan api sederhana. Sekiranya api besar, ini akan menyebabkan apam polkadot merekah.
  • Bungkus alat kukusan dengan kain untuk mengelakkan air menitis ke dalam adunan apam ketika mengukus.
  • Selepas siap kukus dan agak-agak apam telah sejuk,  simpan dalam bekas kedap udara. Apam akan jadi keras jika terdedah lama pada udara.
Catat Ulasan

Iklan Nuffnag

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

Iklan Nuffnang