Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

Ikan Cencaru Sumbat

Kak Noor guna 6 ekor ikan cencaru untuk resepi ini.   Ikan cencaru hendaklah dibersihkan dengan limau dan garam untuk menghilangkan rasa hanyir ikan.  Memandangkan cara menyiang ikan cencaru ini tidak dibuang kepalanya dan tidak dibelah sisi perutnya, maka amat sukar sedikit untuk mengeluarkan segala isi perutnya seperti biasa.  Bagi proses penyiangan ikan cencaru,  kita perlu membelah belakang badannya untuk mengeluarkan segala isi perut ikan ini.  Pastikan juga   darah ikan terutamanya darah beku yang terdapat di celah-celah tulang ikan dan di dalam rongga mulut ikan dibersihkan.   Semasa menyiang ikan ini, sudah pasti jari anda ada kalanya terluka sedikit sebab kita perlu memasukkan tangan kita di belahan belakang ikan untuk mengeluarkan isi perutnya dan juga menarik keluar insangnya.  Bonda Kak Noor selalu berkata,  makan ikan cencaru sumbat ini memang sedap, tapi masa siang memang siksa.   Ambil masa sedikit daripada menyiang ikan lain. Ikan cencaru sumbat ini sedap dimakan d

Kerutuk Ayam

Sumber:  Buku Resepi Tajuk:  Senangnya memasak Ayam Bersama Chef Hanieliza Pagi tadi Kak Noor sempat memasak Kerutuk Ayam untuk sajian tengah hari anak-anak di rumah. Dah lama Kak Noor teringin nak menyediakan resepi ini tetapi tidak tercapai disebabkan anak-anak Kak Noor lebih suka kepada hidangan ayam masak merah.  Tetapi kali ini Kak Noor nekad juga untuk mencubanya.  Dengan semangat yang berkobar-kobar Kak Noor bangun jam 5.30 pagi untuk memasak ayam kerutuk ini.  Macam nak berniaga lah pulak?  Kan orang-orang berniaga bangun awal pagi untuk menyediakan lauk-pauk untuk jualan di pagi hari?  Pertama kali buat, hasilnya memang menepati citarasa. Kuahnya rasa lemak mungkin disebabkan buah keras yang digunakan.  Di saat-saat begini.... dimanakah kau lemang....? Resepi ini Kak Noor ambil daripada buku resepi Chef Hanieliza seperti tajuk di atas.  Cuma dalam resepi  Chef, dia tidak meletakkan daun limau purut. Kak Noor menggunakan daun limau purut sebab ia mewangikan dan membang

Kuah Dal (2)

Kuah Dal lagi? Dah lama tak masak kuah dal.  Sekali-sekali tu teringin juga nak makan nasi dengan Kuah Dal.    Kalau dalam enti resepi Kuah Da l  yang terdahulu  tidak dimasukkan sayur-sayuran, kali ini Kak Noor nak kongsi  resepi Kuah Dal versi mamak pula.  Resepi asal Kuah Dal ini Kak Noor temui di Dapor Rusnah .   Seperti kata empunya blog, resepi mamak yang asal mungkin rasanya tidak sesedap resepi yang telah diubah suai olehnya. Kak Noor tidak nafikan hal ini kerana kebiasaannya makanan mamak hanya sedap dimasak oleh mamak juga.  Walaupun kita telah mengikut resepinya, tetapi masih tidak dapat menandingi dan menepati citarasa masakan mamak yang sebenarnya.  Mungkinkah ini disebabkan `air tangan mamak' ataupun mind kita telah disetkan sedemikian rupa? Resepi Kuah Dal ini telah Kak Noor olah sedikit dengan menggabungkan resepi Dapor Rusnah dengan resepi Kak Noor sendiri. Bahan-bahannya: 100 gram kacang dal 4 cawan air 1 sudu besar serbuk kunyit 2 sudu besar rempah

Spaghetti Sos Cendawan

Resepi yang ingin Kak Noor kongsikan di sini adalah hasil daripada air tangan anak sulong Kak Noor.  Bila tiba bab memasak  spaghetti, pizza, cream puff. roti jala, dan hidangan ala western, dialah orang yang lebih arif dan rajin menyediakannya.  Tetapi..... bukan selalu, hanya bila cuti semester sahaja.  Sekarang ini anak Kak Noor sedang bercuti semester.  So... banyaklah request daripada adik bongsunya; nak makan itu, nak makan ini, tidak kira malam ataupun siang.  Tetapi one thing about them ialah dia orang ni satu kepala. Selera sama... so rajinlah si kakak memasaknya. Spaghetti yang dihidangkan oleh anak Kak Noor ini memang ringkas dan mudah sahaja; bersesuaian dengan dirinya sebagai seorang pelajar.  Bahan-bahan yang digunakan pun tidak banyak.  Tak sampai 1 jam, dah siap dan boleh dimakan. Sesiapapun boleh menyediakannya. Bahan-bahannya: 1/2 bungkus spaghetti (lebih kurang 250 gm) - Rebus sehingga lembut dan ditoskan. 1/2 botol sos spaghetti cendawan Kimball

Bubur Gandum Nangka

Semalam bos Kak Noor bawa 1 bekas berisi ulas nangka ke pejabat untuk `dikendurikan' kepada staf (terima kasih bos!).  Katanya nangka dari kampung.  Memang besar ulas nangkanya.  Buah nangka ni memang favourite Kak Noor.  Biasalah nangka ni, ada orang yang boleh makan banyak dan ada juga orang yang hanya boleh makan sedikit, dan ada orang yang tidak boleh makan langsung.  Ditakuti kembung dan memulas perut, terutama sekali bila makan mentah. Kak Noor ambil beberapa ulas bawa balik rumah untuk dimasak bubur.  So far Kak Noor tak pernah masak bubur nangka.  Bubur cempedak adalah.  Tetapi kawan sepejabat kata dia pernah masak bubur gandum campur nangka. So... hari ini Kak Noor dah cuba masak bubur gandum campur nangka.  Memang sedap dan wangi baunya. Anak-anak Kak Noor pun suka, terutama sekali sibongsu. Masa bubur di atas dapur lagi, dia dah datang melawat dapur.  Katanya wangi sangat.  Tak sabar nak makan.  Seperti biasa bagi mengenakkan lagi masakan bubur ini, Kak Noor guna san

Sup Tumis Sayur Campur

Semua orang tahu tentang khasiat sayur. Kalau hendak sihat, banyakkan makan sayur.  Tetapi kalau tak ada selera makan  nasi, masaklah sup sayur sebagai pengganti.  Sup sayur sedap dimakan sejurus selepas dimasak dan dihirup supnya ketika panas. Untuk hidangan ini, Kak Noor cuma gunakan sayur-sayuran yang terdapat di dalam peti sejuk sahaja. Tetapi kalau nak diletakkan sayur-sayuran lain pun boleh. Bab masak sayur ini, Kak Noor lebih suka memilih hidangan dalam bentuk sup sedikit pekat. Sayurnya pula Kak Noor masukkan selepas sup telah betul-betul mendidih.  Selepas sayur-sayuran dimasukkan dan  mendidih sekali lagi, terus Kak Noor tutup api dan angkat.  Ini adalah untuk mengelakkan sayur-sayuran di dalam sup supaya tidak layu. Bahan-bahannya: 1 batang lobak merak - dipotong bulat (jangan nipis sangat) 5 batang putik jagung - dikerat dua 3 biji ubi kentang - dikupas kulit dan dipotong kecil Sayur brocoli 2 batang saderi 1 sudu kecil lada hitam 1 sudu kecil lada putih 2

Puding Cream Crackers Laici

Menggunakan kreativiti sendiri untuk menghasilkan hidangan utama atau snek menggunakan biskut cream crackers?!  Puas juga Kak Noor memikirkannya kerana soalan ini bukan sahaja memerlukan kita menjawabnya secara bertulis tetapi juga dengan bukti paparan gambar berkaitan hidangan yang dihasilkan. Banyak juga laman web, blog, dan buku-buku resepi yang telah Kak Noor  akses untuk  mencari hidangan yang menggunakan bahan utama cream crackers sebagai panduan. Akhirnya empunya blog yang bernama   AMY  berjaya dalam hasil pencarian ini .   Resepi ini katanya adalah daripada koleksi buku resepinya tahun 80an.  Itulah sebab Kak Noor memilih resepi ini untuk dijadikan panduan.  Resepi orang lama.... selalunya memang klas gitu.... Cuma untuk memudahkan penyediaan hidangan ini,  Kak Noor gunakan blender basah untuk mengisar bahan-bahan bancuhannya. Akhirnya dengan beberapa olahan dan sedikit `kepakaran' (perasanlah pulak!) yang dikurniakan,  maka terhasilkan resepi seperti di bawah.  Hasiln

Sambal Tumis Udang Dengan Terung Kecil

Resepi yang ingin Kak Noor ketengahkan kali ini adalah masakan yang tidak pernah Kak Noor masak  iaitu sambal udang dengan terung kecil. Kak Noor sendiri pun tak tahu apa nama terung ini sebenarnya.  Kalau terung pipit itu tahulah. First time in my life masak hidangan ini.  Masa di pejabat tempoh hari, ada rakan sepejabat yang makan terung kecil ini dengan sambal belacan.  Katanya terung kecil  ini orang buat ulam, cicah dengan sambal belacan dan makan dengan nasi panas-panas.  Kak Noor memang sejak kecil lagi tidak pernah makan terung kecil ini, apa lagi menjadikannya sebagai bahan masakan.  Kak Noor cuba makan sebiji begitu sahaja tanpa dicicah sambal.  Hm.... memang sedap, rangup dan rasa manis. Hari itu semasa pergi pasar ternampaklah terung kecil ini.  Terus beli, ingat nak jadikan ulam untuk hubby.  Tetapi disebabkan beberapa hari ini hubby tidak berselera makan kerana selesema, maka terung kecil itu tersimpan dalam peti sejuk saja.  Hari ini timbul idea nak masak sambal

Siakap Tiga Rasa (2)

Sekarang ini musim panas.  Kurang sedikit selera untuk makan nasi.  Dalam keadaan begini, makanan berkuah seperti laksa, mi/bihun sup, mi rebus menjadi pilihan. Anak Kak Noor yang bongsu, telah beberapa hari tidak menjamah nasi.  Katanya tidak berapa berselera.  Puas dipujuk tetapi masih tidak mahu makan.  Yang dapat membuka seleranya ialah makanan segera seperti keropok, biskut, dan ais krim sahaja. Hari ini Kak Noor masak siakap tiga rasa lagi. Mana tahu dengan hidangan ini boleh membuka selera anakku dan sesiapa sahaja di luar sana yang tak berapa selera nak makan. Hidangan siakap tiga rasa adalah entri  untuk kali kedua dalam blog ini. Entri yang pertama sila klik di SINI .  Sebenarnya banyak resepi mengenai masakan siakap tiga rasa ini.  Terpulanglah kepada diri masing-masing untuk membuat pilihan dan mengolahnya mengikut kesesuaian citarasa kita.   Resepi yang Kak Noor ketengahkan kali ini dicabut daripada buku resepi Hidangan Terbaik Dunia Thai oleh Chef Nazira Noran; yang bol

Cucur Jagung Mayonis

Pagi tadi sebelum bertolak ke Sabak Bernam, menghantar anak pulang ke kolej Komuniti, Kak Noor sempat menyediakan sarapan cucur jagung.  Entri mengenai hidangan dan resepi cucur jagung ini banyak ditemui di laman web dan juga blog.  Kelainannya ialah ia diolah untuk menepati citarasa orang yang menyediakannya. Cucur jagung yang Kak Noor sajikan ini amat mudah sekali.  Kak Noor tidak menggunakan telur, mauripan, soda bikarbonat ataupun baking powder.  Kelainan cucur jagung ini ialah Kak Noor menggunakan mayonis.  So hasilnya ialah manis-manis dan lemak.  Memang enak sekali. Bahan-bahannya: 1/2 kg. tepung gandum diayak 200 gram isi jagung dingin beku -  (boleh didapati di pasar raya) 1 biji bawang besar dicincang 1 biji cili merah 3 sudu besar mayonis 2 tangkai daun sup - dirancik halus 1 sudu besar perencah ayam TUMIX Garam dan gula secukup rasa Air suam secukupnya. Minyak secukupnya untuk menggoreng Penyediaannya: Satukan semua bahan di atas di dalam satu bekas, ke

Puding Kastard Pisang Cream Crakers

Bahan-bahannya: 1 tin susu cair 1 tin air - sukat guna tin susu cair 4 sudu besar tepung kastard 4 sudu besar gula pasir 3 biji pisang emas - dipotong bulat 1 sudu kecil esen vanilla Sedikit  serbuk milo Beberapa keping biskut cream crackers Cara-cara membuatnya: Satukan susu cair, air, tepung kastard, gula, esen vanilla di dalam blender dan dikisar. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan.  Kacau bahan sehingga pekat (mesti kacau selalu supaya tidak berketul-ketul). Susun biskut cream crackers di dalam loyang/bekas. Setelah adunan pekat, tuang sedikit ke atas lapisan biskut dan ratakan sehingga menutupi semua biskut. Taburkan serbuk milo dan susun potongan pisang di atas lapisan tadi. Kemudian susun biskut lagi ke atas lapisan serbuk milo dan potongan pisang tadi. Tuang sekali lagi adunan ke atas lapisan biskut dan ulang langkah 4, 5.  Buat sehingga 3 lapisan sahaja. Biarkan seketika, kemudian masuk dalam peti sejuk. Makan bila sejuk

Laksa Penang (2)

Laksa lagi.... Resepi Laksa Penang ini pernah Kak Noor muatkan dalam blog ini dan boleh dilihat di sini . Cuti-cuti panjang begini dan ketika semua ahli keluarga berkumpul, adalah masa untuk kita memasak untuk sesuatu yang istimewa. yang boleh membangkitkan selera.  Laksa Penang, satu nama hidangan yang telah memang gah di mana-mana sahaja.  Bagi peniaga yang menjual laksa, mereka akan mengguna pakai Laksa Penang sebagai trademark untuk melariskan jualan mereka.  Walaupun kadang-kadang laksa yang disajikan itu sebenarnya bukanlah  Laksa Penang. Kalau nak makan laksa puas, lebih baik  masak sendiri. Kalau di Kuala Lumpur ini,  memang susah nak dapat taste laksa yang bertepatan dengan citarasa orang Penang.  So... kalau nak makan sedap, kenalah masak sendiri walaupun penyediaannya agak meremehkan juga.  Banyak proses yang perlu dilakukan daripada membasuh ikan, merebus ikan, mengasingkan isi ikan dengan tulang, membuat kuah, mencelur laksa, sehinggalah memotong bahan-bahan ramuan

Lala Masak Lemak Cili Padi

Telah seminggu Kak Noor tidak memuatkan resepi dalam blog ini.  Last entri ialah pada 16 Januari 2012.  Bukan apa, Kak Noor berehat seketika menjadi chef di dapur. Sehingga pertengahan bulan Februari ini tak perlu lagi bergegas dan kelam kabut di dapur  memasak pada waktu pagi sebelum pergi kerja.  Alhamdulillah anak Kak Noor yang sulung sekarang ini sedang cuti semester, bolehlah minta tolong dia memasak ala kadar untuk adik-adik. Sempena cuti yang panjang ini; selama empat hari Kak Noor kembali  memasak untuk keluarga.  Pagi tadi, sempat singgah di Giant Taman Permata.  Ternampak lala segar, terus hati terpaut.  Telah agak lama tidak makan lala kerana harganya yang agak mahal.  Di Carrefour Wangsa Maju dua minggu lalu, harganya lebih kurang RM11+ sekilogram.  Tetapi hari ini di Giant, harganya jauh lebih murah iaitu RM6.88 sekilogram.  Apa lagi, Kak Noor pun `angkutlah' 1 1/2 kilo. Dalam fikiran masa tu dah ada idea sama ada nak masak lemak cili api atau sweet sour aje.  So...

Ikan Tilapia Masam Manis Bernanas

Bahan-bahan: Beberapa ekor ikan talapia saiz kecil (anggaran 10 ekor) (Lumurkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, perap seketika) Beberapa keping daun limau purut 2 batang serai - diketuk 1 sudu tepung jagung + sedikit air 1 cawan air (kalau nak lebih kuah, tambahkan lebih air) Minyak secukupnya untuk menumis Gula dan garam secukupnya  Bahan tumis: 1 biji bawang besar - dihiris 3 ulas bawang putih - dihiris 2 inci halia muda - dihiris memanjang Bahan sos: 1 senduk cili kering kisar 1sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos cili thai 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos plum Bahan-bahan hiasan: 1 tin kiub nanas dalam jus nanas - Kak Noor guna Ayam Brand Snacky Nanas 280g 4 - 5 biji cili padi - diketuk 1 biji tomato - dibelah 4 1 biji bawang besar holland Penyediaannya: Goreng ikan yang telah dikunyitkan sehingga masak dan letak di atas pinggan. Ketepikan. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.  Tumis hir

Mi Goreng Kerang

Bahan-bahannya: 2 bungkus mi basah 1 cawan isi kerang - dikupas daripada kerang yang direbus 50 sen taugeh 1 biji bawang besar - dihiris 3 ulas bawang putih - dihiris 1 keping tauhu - dipotong kiub 1 biji tomato - dipotong kiub 1 senduk cili kering kisar 1 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos cili 1 sudu sos tiram 2 sudu kicap lemak manis Air secukupnya Minyak secukupnya untuk menumis Cara-cara memasak: Panaskan minyak dalam kuali.  Tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris. Masukkan tauhu yang dipotong kiub. Tumis semua bahan sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga terbit minyak. Masukkan air secukupnya diikuti dengan buah tomato yang dipotong kiub, sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap, gula, garam, dan perasa.   Sekiranya ingin mee goreng basah, tambahkan lebih air. Kacau rata dan masak sehingga kuah mendidih. Selepas itu masukkan kerang dan masak sehingga kerang sebati dengan kuah dan mendidih sekali la

Kek Pelangi

Kek ringkas yang menggunakan bahan-bahan asas kek sahaja. Untuk  permulaan belajar membuat kek. Bahan-bahannya: 250 gm mentega 2 sudu teh esen vanilla 1 1/2 cawan gula kastor 4 biji telur 4 cawan tepung naik sendiri - diayak 1 cawan susu segar Sedikit pewarna mengikut kesukaan - saya guna warna hijau dan merah sahaja. Secubit garam. Cara penyediaannya: Panaskan oven pada suhu 170C Sapukan loyang pembakar yang bergaris pusat 8 inci dengan sedikit mentega.  Ketepikan. Pukul mentega dan vanilla hingga putih, tambah gula dan pukul lagi sehingga kembang dan ringan. Masukkan tulur satu demi satu dan pukul rata setiap kali telur ditambah. Masukkan tepung berselang seli dengan susu. Setelah sebati semuanya, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut pewarna yang dipilih (saya bahagi kepada tiga bahagian untuk warna hijau, merah, dan warna asal adunan). Tambahkan pewarna kepada setiap adunan dan kacau rata. Masukkan adunan berselang-seli ke dalam dalam lo

Ayam Halia

Malam ini terasa lapar pula.  Pagi tadi Kak Noor buat nasi lemak aje untuk sarapan.  Telah hampir sebulan tidak masak nasi lemak.  Pagi tadi Kak Noor suruh anak Kak Noor belikan nasi lemak di kedai untuk sarapan pagi. Tapi katanya lebih baik ibu masak, puas sikit makan. Maklumlah anak lelaki tengah membesar, kalau sebungkus mana cukup.  Kebiasaannya kalau Kak Noor buat nasi lemak, ia tahan sampai ke petang.  Anak-anak Kak Noor berulang makan sehingga licin. Lauk ini sedap dimakan panas-panas dengan nasi panas.   Jangan tunggu sampai lauk sejuk. So.. malam ini kenalah masak nasi putih.  Dalam peti sejuk cuma ada ayam sahaja.  Lama juga Kak Noor fikir nak masak apa ye? Tak idea ni.  Nak masak kari ayam, dan sambal ayam dah selalu sangat, walaupun seiisi keluarga menggemari lauk ini. Nak cuba masak resepi yang ringkas sahaja;  cepat dimasak, sedap dimakan.  Maka bermulalah pencarian resepi-resepi lama dalam koleksi Kak Noor.  Lebih daripada satu jam mencari, akhirnya terjumpalah re

Ayam Masak Sambal Kicap

Sumber Resepi: Senangnya Memasak Ayam Bersama Chef Hanieliza Kebiasannnya kalau masak ayam sambal atau ayam kicap, Kak Noor selalu gorengkan ayam terlebih dahulu. Tetapi resepi ayam masak sambal kicap oleh Chef Hanieliza ini tidak memerlukan ayam digoreng. Menjimatkan masa dan mengurangkan minyak dalam masakan. Ditambah pula dengan daun limau purut menambahkan aroma masakan dan membangkitkan selera. Bahan A: 500 gram ayam 1 batang serai - diketuk 5 helai daun limau purut - dikoyak 3 sudu makan sos tomato 5 sudu makan kicap 1 labu bawang besar (dipotong gelang) 1/2 cawan minyak masak Garam (sekiranya perlu) Bahan B (dikisar): 20 tangkai cili kering 5 biji bawang merah 1 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1/2 cawan air Cara membuatnya: Ayam dibuang kulit dan dipotong kecil.  Kemudian basuh dan toskan. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dengan serai sehingga wangi dan garing. Masukkan ayam dan kacau.  Biarkan s

Paprik ampur

Sekarang ini sedang berlangsung MPH Book Fair di KL Sentral.  Kak Noor ambil peluang ini untuk mencari buku resepi masakan Thai yang boleh dibuat rujukan untuk masakan harian.  Dalam banyak-banyak buku resepi di situ, sempatlah Kak Noor sambar buku resepi bertajuk `Hidangan Terbaik Dunia Thai' oleh Chef Nazira Noran. Pagi tadi Kak Noor cuba resepi Padprik Campur oleh Chef Nazira Noran.  Padprik lagi!! Memang keluarga Kak Noor tak pernah jemu makan lauk padprik. Ada bermacam resepi lauk padprik ini.  Apa yang penting kita tahu bahan asas untuk resepinya dan yang lainnya kita boleh olah sendiri; contohnya bahan-bahan sayuran yang perlu dimasukkan boleh mengikut citarasa kita sendiri. Pun begitu, ada juga bahan-bahan yang Kak Noor tak masukkan dalam resepi ini sebab tak ada  stok.  Tetapi hasilnya masih menepati citarasa. Nyum-nyum. Bahan-bahannya: 50 gram ayam - dipotong dadu 50 gram daging - dipotong dadu nipis 8 ekor udang - dibuang kepala dan kulit (Kak Noor tak mas

Kari Masak Merah Daging Cincang (Utara)

Kalau nak buat kari daging, Kak Noor lebih suka beli daging cincang sebab ada isi dan lemak tetel. Kuahnya pula mestilah pekat dan dicampur dengan ubi kentang.  Ubi kentang pula dipotong besar; satu biji dibelah dua saja.  Ada juga orang masak tak buang kulit ubi kentang.  Rasanya lebih sedap dan lebih berkhasiat.  Tapi kenalah rajin bersihkan kulit ubi kentang itu dahulu.    Kari ini adalah resepi orang Utara kerana sejak dahulu lagi resepi inilah yang dimasak oleh bonda Kak Noor. Memanglah banyak bahan-bahan yang digunakan, tetapi hasilnya amat berbaloi.   Tapi resepi ini Kak Noor namakan Kari Masak Merah Daging Cincang sempena mengambil nama serbuk kari yang Kak Noor gunakan iaitu Serbuk Kari Masak Merah Cap O.  Rempah ini memang sedap kalau digunakan untuk masakan kari daging atau kari ayam.  Kuahnya agak merah sedikit jika dibandingkan dengan rempah kari biasa yang agak kekuningan. Kalau nak tahu sedap ke tidak kari daging ini, jam 11.30 malam anak-anak dan hubby Kak Noor

Serawa Durian

Hai... bila durian dah banyak kat rumah, dari pagi sampai malam, resepi durian sahaja. Biar puas! Dalam rumah pun dah bau `perfume' durian.  Itulah durian, makannya memang sedap, tapi baunya memang susah nak hilang.  Selagi ada durian kat rumah, selagi itulah baunya tidak hilang. Serawa durian adalah resepi berunsurkan durian yang menjadi favourite Kak Noor sekeluarga.  Serawa durian ini boleh dimakan bersama roti, pulut, dan nasi.  Cara-cara memasaknya memang mudah dan ringkas.  Ramas sahaja semua bahan dan kemudian panaskan di atas dapur.  Resepi yang Kak Noor paparkan ini adalah menggunakan 4 biji durian saiz sederhana. Dari segi kemanisan dan kelemakannya terpulanglah kepada citarasa masing-masing. Bahan-bahannya: Ulas durian daripada 4 biji durian saiz sederhana - Kak Noor tak kira berapa ulas 1 kg pati santan 4 senduk gula putih 1 senduk gula perang 2 sudu kecil garam 3 helai daun pandan disimpul Penyediaannya: Di dalam periuk yang besar, satukan semua ul