Assalamualaikum.
Hari ini adalah hari istimewa untuk insan-insan yang bergelar guru di luar sana. Selamat Hari Guru Kak Noor ucapkan. Terima kasih di atas segala jasamu wahai guru yang telah mendidikku dan juga anak-anakku dari seorang insan yang tidak mengenal huruf, tidak tahu mengira, dan tidak boleh membaca kepada seorang yang celik huruf, bijak mengira dan menjadi manusia yang berguna.

Ibu juga umpama guru kepada anak-anaknya. Ibu memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada anak-anak dalam kehidupan hari-hari. So ucapan ini juga turut ditujukan kepada ibu-ibu di luar sana.
Mee Goreng Cintan, dibawa ke sekolah |
Hari ini just nak share menu simple ini
dengan kekawan semua. Menu ini adalah request
daripada anak perempuan bongsu untuk sarapan hari ini. Katanya nak bawa ke sekolah sempena Hari Guru. Setiap murid disarankan membawa
satu juadah untuk dikongsi makan bersama kawan-kawan. Dalam erti kata lain dalam bahasa kita `pot
luck’.
Nasib baik minggu lalu Kak Noor telah beli mee cintan tanpa goreng untuk stok kat rumah. Mudahlah sikit kerja. Tak payah pening pening lagi fikir nak masa apa.
Sambal Manis Bebola Ayam, memang favourite! |
Terlebih rajin pagi ini, Kak Noor sempat juga masak Sambal Manis Bebola Ayam untuk dimakan bersama mee cintan goreng. Sambal manis bebola ayam ini memang `favourite’ anak-anak Kak Noor. Sekali masak mesti 1 kg. bebola ayam. Itupun tidak tahan sampai ke petang. Balik kerja, tinggal kuah aje dalam periuk. Untuk resepi sambal manis bebola ayam, Kak Noor akan poskan pada N3 akan datang.
Jom makan... |
1 paket besar mee cintan tanpa goreng
(ada 10 keping per pack)
150 gram udang kecil
2 biji bawang besar – dicincang
3 ulas bawang putih – diketuk
Sedikit kobis – dihiris nipis
1 cawan `mixed vegetables’
1 biji telur
1 senduk nasi cili kering kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
Kicap manis secukupnya (anggaran 4 – 5 sudu besar)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis.
Cara-caranya:
1. Masak air di dalam periuk sehingga mendidih. Kemudian masukkan mee dan rebus seketika. Jangan terlalu lama, takut nanti mee kembang dan terlembik dan hancur bila digoreng. Angkat dan terus siram dengan air paip supaya mee tidak melekat. Toskan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan dan naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga cili terbit minyak/garing.
3. Masukkan sedikit air dan kacau sebentar. Masukkan pula sos tiram, sos cili, dan kicap manis. Kacau lagi dan kemudian baru dimasukkan udang. Perisakan dengan garam dan gula mengikut citarasa.
4. Selepas itu masukkan pula `mixed vegetables’ dan kobis. Apabila sayur sedikit layu, masukkan telur dan kacau rata.
5. Akhir sekali masukkan mee ke dalam kuali dan dikaupbalikkan sehingga semua bahan mesra (tidak perlu terlalu lama di atas api). Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Hiasakan dengan cili hijau/cili merah dan bawang goreng. Boleh juga dimakan bersama cili hijau jeruk.