Bahan-bahannya:
600 gram udang saiz sederhana
1 paket rebung madu segar (300 gram)
1 - 2 keping asam gelugor
2 - 3 helai daun limau purut - dibuang urat di tengahnya
1 batang serai - dititik
200 ml santan sawit KHALIS + 400 ml air
(Kalau santan kelapa biasa, guna 300 ml pati santan + 300 ml air)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan dikisar (diblend) lumat:
1 biji bawang besar
20 gram kunyit hidup
6 tangkai cili padi merah
6 tangkai cili padi hijau
Air secukupnya untuk mengisar
Penyediaannya:
1. Udang dipotong kepala dan hujung ekornya. Perapkan seketika (lebih kurang 1 minit) bersama limau kasturi dan garam untuk menghilangkan hanyir udang. Cuci bersih dan toskan.
2. Basuh dan celur rebung madu supaya hilang baunya. Ketepikan.
3. Masukkan kesemua bahan di dalam periuk. Masak di atas dapur menggunakan api yang sederhana sehingga kuah mendidih dan udang masak. Kacau selalu supaya santan tidak pecah (Insya Allah sekiranya menggunakan santan sawit KHALIS, santan tidak pecah walaupun tidak dikacau selalu).
4. Rasa kuahnya. Boleh tambahkan garam dan gula sehingga menepati citarasa.
Ulasan