Langkau ke kandungan utama

Serawa (Pengat) Keledek

Bahan-bahannya:
1 kg ubi keledek merah
1 cawan jagung manis sejuk beku
1/2 kg santan pekat
1/2 tin susu sejat
1 ketul gula kabung
2 senduk gula pasir - kemanisan ikut citarasa masing-masing
Sedikit sagu biji - direndam sehingga kembang, kemudian ditoskan
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan disimpul

Cara Penyediaannya:

  1. Ubi keledek dikupas kulit dan dibasuh bersih. Kemudian dipotong kecil.
  2. Rebus ubi keledek dengan air secukupnya sehingga ubi empuk.
  3. Di dalam periuk yang lain, masak gula kabung dengan gula pasir sehingga larut. Kemudian tapis dan ketepikan.
  4. Bila ubi telah empuk, masukkan larutan gula tadi dan sagu.  Kacau rata.
  5. Kemudian masukkan santan, garam, dan daun pandan.
  6. Kacau selalu supaya santan tidak pecah.  Masak sehingga mendidih, kemudian tutup api.
  7. Hidangkan.

Ulasan

Nadz Nazharzan berkata…
Assallamualaikum kak Noor..
Wahhh.. Naz suka keledek yg dibuat pengat.. Rasa manis2 kan. Naz suka gak kalau masukkan dlm pengat tu labu dan pisang sekali.. bestnyaaaa..
p/s: Kak, coklat chips rangup yg Naz baru buat tu, tak sama rasa cam biskut choc chips famour smos. Tapi kat blog Naz ada 2 resepi biskut choc chips yg rasanhya dah menghampiri choc chips famous amos tu. Akak trylah . Mana tau kena dgn selera akak..
Kak Noor berkata…
Kalau ikutkan citarasa Kak Noor, memang sedap kalau diletakkan pisang sekali. Tetapi citarasa hubby Kak Noor lain, dia suka makan ubi sahaja.
Ok Kak Noor akan cuba buat ikut resepi choc chips yang lagi satu tu. Kalau dah buat nanti, akak masukkan gambarnya dalam blog. Nanti cikgu komen ye! tk
Nadz Nazharzan berkata…
Assallamualaikum kak Noor..
Kak, dlm blog Naz tu, kalau sukatan cawan, memang Naz guna dan bagi sukatan guna cawan metrik. Naz mmg suka sukat guna cawan metrik sbb standard satu masa nanti kalau anak2 pula nak cuba buat. Harap dah menjawab soalan akak ye. Selamat buat biskut..hehehe...

Catatan popular daripada blog ini

LAKSA PENANG

Antara menu hidangan yang disajikan untuk para tetamu sempena majlis ulang tahun hari lahir anak bongsu Kak Noor yang ke-8 tahun ialah Laksa Penang. Laksa Penang memang menjadi kegemaran keluarga Kak Noor. Puas hati masak sendiri daripada beli kat kedai kerana ia menepati citarasa sebenar Laksa Penang. Di sini Kak Noor nak kongsi menu Laksa Penang untuk lebih kurang 30 - 40 orang makan. Bahan-bahannya: 3 kg ikan mata besar (boleh guna ikan kembong dan ikan sardin) 1 ekor ikan tongkol sederhana besar (Direbus bersama beberapa keping asam gelugor) 4 bungkus laksa kering 7 - 10 keping asam gelugur 2 kuntum bunga kantan dibelah dua, batang diketuk 4 sudu besar pes udang 2 cekak daun kesum / cenohom 4 cm keratan lengkuas (diketuk) 6 batang serai (diketuk) Garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa. Bahan-bahan untuk dibuat pes (dikisar halus): Anggaran RM3.00 cili kering dibuang biji (boleh tambah ikut kepedasan). Perlu direbus. 3 ulas bawang putih. 4 biji bawa...

Rendang Tok Versi Ayam, inspirasi Sajian Dapur Bonda

Assalammualaikum dan Salam Ceria di Hujung Minggu. Menu yang ingin dikongsikan pada N3 kali ini ialah Rendang Tok. Bila sebut aje Rendang Tok, biasanya daging yang digunakan ialah daging lembu. Tak pernah lagi Kak Noor jumpa resepi Rendang Tok guna daging kambing ke.. daging itik ke... daging rusa ke... Tapi daging ayam pernah kot.. tapi mungkin jarang-jarang.  Orang lebih suka masak rendang tok guna daging lembu. Mungkin disebabkan ketahanannya, tekstur daging tak cepat hancur walaupun dah seminggu dibandingkan dengan daging ayam. Boleh dipanaskan sehingga kering,  dan bila dah tekstur daging dah hancur jadi serunding daging pula.  Okay.. kalau dah biasa sangat masak Rendang Tok Versi Daging, kali ini Kak Noor ingin berinspirasi pula dengan Rendang Tok Versi Ayam pula. Tapi Rendang Tok Ayam ini tak boleh tahan lama, teksturnya dagingnya cepat hancur. Paling lama dua hari sahaja. Lagipun ia masih berkuah, tidak seperti Rendang Tok Dagi...

Rendang Pedas Ayam, 8 minit dengan Periuk Noxxa

Assalamualaikum. Hari ini Kak Noor ingin kongsi satu lagi resepi yang dimasak menggunakan Periuk Tekanan Elektrik Berbilang Fungsi Noxxa atau mudah disebut Pressure Cooker Noxxa. Sejak ada periuk ajaib ini, teruja pula nak bereksperimen memasaknya dengannya. Memang mudah dan menjimatkan masa. Apa yang penting kita mesti tahu fungsi butang pada panel kawalan periuk tersebut dan cara settingnya.  Kalau dulu kita memasak rendang di dalam kuali dan mengambil masa agak lama untuk ayam empuk, tetapi sekarang dengan menggunakan periuk ajaib ini hanya mengambil masa 8 minit untuk ayam empuk.  Tidak sampai 1 jam telah boleh dihidangkan. Resepi yang ingin Kak Noor ketengahkan ialah Rendang Pedas Ayam.  Resepinya sama sahaja seperti resepi yang pernah Kak Noor kongsikan sebelum ini. Tetapi kali ini ada sesetengah bahan itu diberikan dalam sukatan gram bagi memudahkan rakan-rakan mengikut resepi ini dengan tepat.  Bahan-bahannya: 1.5 kg. daging ayam 1/2 k...