Langkau ke kandungan utama

Masak Lemak Cili Padi Daging Dengan Rebung




Bercakap pasal rebung ni, sebenarnya Kak Noor memang tak gemar sama sekali memakannya.  
Tetapi itu dulu, sekarang......Sememangnya Kak Noor tidak pernah didedahkan tentang masakan rebung ini sejak kecil lagi.  Dalam erti kata yang lain masakan rebung ini tidak pernah masuk rumah. Selalu tengok kawan-kawan makan dengan berselera sekali bila ada  rebung.  Kata mereka sedap.  Lebih-lebih kali kalau masak lemak cili padi. Apa yang Kak Noor tak tahan dengan rebung ini ialah baunya.  Lebih-lebih lagi kalau rebung jeruk.  Memang tak tahan.

So hari itu semasa kawan sepejabat makan nasi bersama masak lemak cili padi rebung, Kak Noor sempat merasanya.  Pergh..... memang sedap.  Balik dari pejabat petang itu juga, singgah di kedai,  makan nasi dengan masak lemak cili padi daging dengan rebung bersama sambal belacan.  Licin sepinggan nasi... nasib baik kat kedai, kalau kat rumah dah bertambah... 

Hari ini Kak Noor sempat cuba memasak resepi ini; cara orang Negeri Sembilan masak.  Mudah dan tak payah guna bawang.  Kuantiti bahan terpulanglah kepada citarasa masing-masing. Lagipun ramai orang telah mahir memasak masak lemak cili padi ini. 

Bahannya-bahannya:
Daging cincang
Rebung
Cili padi hijau dan cili padi merah
Kunyit hidup
Santan
Garam dan serbuk perasa

Cara-caranya: 
1. Blend cili padi dan kunyit bersama sedikit air, kemudian didihkan di dalam periuk/kuali bersama daging tadi.  Masak sehingga daging lembut. Sekiranya daging belum lembut, boleh tambahkan air lagi.
2. Setelah daging lembut,  masukkan rebung.
3. Setelah daging empuk dan rebung lembut, masukkan santan pekat, garam dan serbuk perasa.  Senantiasa kacau bahan-bahan tesebut agar tidak pecah minyak.
4. Biarkan santan mendidih, kemudian tutup api.  

Ulasan

tun_telani berkata…
salam kak noor... dtg membalas kunjungan (walaupun terlambat sket).. salam kenal ye.
ps: tun xpandai makan rebung =)
Nadz Nazharzan berkata…
Oh tidak kak Noor.. Alwaysssssss my fav ni.. Kecur dah naz.. sedapnyaaa.. Kombinasi daging dan rebung dan juga kepedasan yang menyengat!
Tun, Kak Noor pun x pernah makan rebung. Tak tahan baunya, lebih-lebih lagi kalau yang jeruk. Tetapi yang Kak Noor masak ini bukan jeruk. So... tak baulah. First time masak dan first time makan. Sedaplah jugak.... tak kenal maka x cinta...
Kalau ada sambal belacan, sedap kan! Kak Noor belajar makan ni daripada kawan sepejabat Kak Noor; orang negeri sembilan. Dialah yang ajar Kak Noor masak lemak ni.
Gee® berkata…
Salam ziarah k.nor, sedapnya masak lemak daging tu... pasti podeh ni...maklum la org nogori mmg kuat podeh kan... heee
Kak Noor berkata…
Orang nogori kan terkenal dengan masak lemak cili padi. Itulah trademark masakan mereka. Selalu kalau orang nogori masak lemak cili padi memang sedap. Macam orang Penang masak kari le...

Catatan popular daripada blog ini

LAKSA PENANG

Antara menu hidangan yang disajikan untuk para tetamu sempena majlis ulang tahun hari lahir anak bongsu Kak Noor yang ke-8 tahun ialah Laksa Penang. Laksa Penang memang menjadi kegemaran keluarga Kak Noor. Puas hati masak sendiri daripada beli kat kedai kerana ia menepati citarasa sebenar Laksa Penang. Di sini Kak Noor nak kongsi menu Laksa Penang untuk lebih kurang 30 - 40 orang makan. Bahan-bahannya: 3 kg ikan mata besar (boleh guna ikan kembong dan ikan sardin) 1 ekor ikan tongkol sederhana besar (Direbus bersama beberapa keping asam gelugor) 4 bungkus laksa kering 7 - 10 keping asam gelugur 2 kuntum bunga kantan dibelah dua, batang diketuk 4 sudu besar pes udang 2 cekak daun kesum / cenohom 4 cm keratan lengkuas (diketuk) 6 batang serai (diketuk) Garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa. Bahan-bahan untuk dibuat pes (dikisar halus): Anggaran RM3.00 cili kering dibuang biji (boleh tambah ikut kepedasan). Perlu direbus. 3 ulas bawang putih. 4 biji bawa

AYAM MASAK ASAM KAMPUNG (STAIL NENDA)

Assalammualaikum. Kak Noor bersiaran lagi pagi ini. Hari ini Kak Noor cuti; cuti ganti Tahun Baharu Cina hari itu. Valid hanya sebulan sahaja, so dah hampir nak expire, ambil ajelah sambil santai-santai di rumah.  Resepi ini terlebih dahulu telah Kak Noor poskan dalam FB Kak Noor. Dah agak lama juga tak masak resepi ini. Dalam blog pun tak pernah dikongsikan resepi ini. Resepi ini agak mudah dan ringkas sahaja, dan cepat penyediaannya. Kadang-kadang bila tak ada selera, perlulah fikirkan sesuatu menu yang boleh membuka selera walaupun lauk itu kita nampak macam biasa sangat. Masakan itu perlulah ada rasa sedikit masam dan manis. Masa itulah terfikir untuk menyediakan ayam masak asam stail kampung ini. Biasanya Kak Noor menggunakan ikan, tapi ada juga masanya Kak Noor tukarkan kepada ayam. Memang sedap bila dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman. Lagipun dalam situasi Kak Noor yang tidak berapa sihat disebabkan slip disk, perlulah

Kari Ikan Pari

Bahan-bahannya:  500 gm ikan pari – dipotong kepada beberapa keping 10 batang bendi 1 biji terung panjang – dipotong serong 1 biji tomato – dibelah empat 2 biji cili hijau 4 – 5 tangkai cili kering – dibasuh dan dipotong kecil 1 sudu besar pati asam jawa 1 cawan pati santan + 2 cawan air Garam secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Bahan mesin (A): 4 sudu besar rempah kari 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil serbuk cili 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih Air secukupnya (Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dimesin dengan air hingga halus) Bahan tumis (B): 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 sudu besar halba campur 2 tangkai daun kari Cara-cara memasak: · Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan (B) sehingga terbit bau dan bawang kekuningan. · Kemudian masukkan bahan mesin (A) dan kacau. Tutup periuk dan masak sehingga rempah terbit minyak.