Apa yang sedap untuk minuman
petang ye! Kuih manis atau kuih
pedas? Kalau nak buat kuih…, banyak juga
bahan yang perlu disediakan dan perlu ke kedai untuk dibeli. Sekarang ni nak guna bahan yang ada kat umah aje... Emm… dah agak lama juga tak makan cucur. Sejak anak-anak tak ada kat rumah ni, dah
malas sikit (sikit aje tau, nanti kalau malas banyak, tak berasap dapur tu nanti!) nak sediakan minum petang.
Kebiasaannya berkumpul ramai-ramai semasa minum petang baru
berselera. Masa tu tak menang tangan sang ibu di
dapur `menjemput' dan menggoreng cucur. Letak
sepinggang habis, letak dua pinggan pun licin, pinggan silih berganti diisi. Dihidang dengan air teh o
panas, dan dicicah pula dengan sos cili atau kuah kacang, dan yang paling best
kalau dapat cicah dengan kari ikan semalam. Perghh…. memang marvelous!. Kenyang, tak yah dinner dah…
Hari itu tertonton dalam TV,
kalau tak silap Kak Noor rancangan Nasi Lemak Kopi O kot…! mungkin betul atau
idak… dah lupa. Dalam rancangan itu
dipertontonkan cara-cara membuat cucur resepi orang Johor. Mereka menggunakan bahan-bahan seperti ubi
kentang, ikan bilis, bawang besar, bawang putih, daun sup dan daun bawang, dan
cili merah. Kelainannya mereka tidak menggunakan telur untuk resepi itu dan
menggunakan air panas untuk membancuhnya.
Itulah yang dicakapkan oleh juruacara semasa rancangan itu berlangsung. .
Sejurus diangkat daripada kuali |
So… hari ini Kak Noor nak cuba
resepi orang Johor ni…, tapi diolah
mengikut citarasa Kak Noor dengan menambahkan bahan-bahan lain seperti udang
kering dan kacang panggang dalam tin.
Rasa-rasa Kak Noor le… jarang orang menggunakan kacang panggang dalam
tin ini untuk membuat cucur kan! So hari
ini Kak Noor dah cuba dan ternyata hasilnya memang memuaskan. Kak Noor menggunakan kacang panggang keju
dalam sos tomato jenama Ayam Brand. Bila
dah buat cucur ni, tak tahu pula nak kasi `judul’nya. Kalau ikutkan bahan perasa utama cucur ini
ada empat semuanya iaitu ubi kentang, ikan bilis, udang kering, dan kacang
panggang. So… sempena dengan bahan-bahan
yang digunakan, Kak Noor judulkannya dengan nama Cucur 4 Rasa (Cara SDB). Okey le.. tu kan!
5 - 6 cawan tepung gandum
Segenggam ikan bilis saiz kecil
Segenggam udang kering
Ubi kentang – dipotong kiub kecil
1 tin kecil (230 gm) kacang panggang keju dalam sos tomato jenama Ayam Brand
1 biji bawang besar – dipotong dan dicincang
1 biji cili merah – dihiris
Daun sup dan daun bawang
1 sudu besar perencah maggi cukup rasa
Garam dan gula secukupnya
Air panas untuk membancuh adunan
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara membuatnya:
1. Basuh ikan bilis dan udang kering. Kemudian rendam di dalam air panas seketika sehingga kembang. Kemudian bilas dan toskan.
2. Masukkan kesemua bahan di dalam bekas. Gaul rata dan kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit dan bancuh adunan sehingga kesemuanya bergaul sebati.
3. Panaskan minyak di dalam kuali. Jemput adunan dan goreng sehingga kekuningan.
4. Dah siap. Cicah dengan sos cili, sos kacang atau kari. Sedap!
Ulasan
Saygılar.
cucur tu nampak gebus dan sedap...
http://my-mintroom.blogspot.com/