Bahan-bahannya:
1 ekor ayam dibersihkan dan dipotong ikut saiz yang anda suka
(hendaklah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, dan diperap seketika)
#1 cawan pati santan sawit KHALIS dicampurkan dengan 1 1/2 cawan air
Ubi kentang dibelah dua (kuantiti ikut citarasa)
2 biji tomato (dipotong dua atau empat, bergantung kepada saiz tomato)
3 biji cili hijau
1 biji bawang besar - dibelah 4
2 helai daun pandan.
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa
2 keping asam gelugor
Minyak untuk menumis
Bahan-bahan A (untuk diblender dan dijadikan pes rempah):
5 sudu besar rempah kari ayam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar serbuk cili/cili kering yang telah dikisar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
Bahan-bahan B (untuk ditumis):
2 biji bawang kecil (merah) dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
3 inci halia dihiris
1 batang kulit kayu manis (ukuran @ 1 inci)
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
4 tangkai daun kari
- Panaskan periuk dan masukkan minyak secukupnya. Tumis bahan-bahan B sehingga naik bau dan kekuningan. Kemudian masukkan bahan-bahan A, kacau dan tutup periuk sehingga bahan-bahan rempah terbit minyak.
- Selepas rempah terbit minyak, masukkan sedikit air, diikuti dengan garam dan gula. Kacau rata, kemudian masukkan ayam. Kacau sebati dan tutup periuk semula, biarkan ayam masak ½ empuk. Masa ini air aroma ayam keluar dan bercampur dengan kuah.
- Selepas itu masukkan kentang dan masak sehingga empuk.
- Selepas kentang empuk, baru dimasukkan santan. Masak sehingga kuah mendidih.
- Akhir sekali masukkan cili hijau, tomato, bawang besar, dan daun pandan. Biarkan mereneh seketika lebih kurang 5 minit. Tutup api dan tudung periuk.
# Cawan yang digunakan untuk sukatan ialah cawan kopi lutsinar.
Ulasan