Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

MASAK LEMAK CILI API UDANG BERSAMA REBUNG MADU

Bahan-bahannya: 600 gram udang saiz sederhana 1 paket rebung madu segar (300 gram) 1 - 2 keping asam gelugor 2 - 3 helai daun limau purut - dibuang urat di tengahnya 1 batang serai - dititik 200 ml santan sawit KHALIS + 400 ml air (Kalau santan kelapa biasa, guna 300 ml pati santan + 300 ml air) Garam dan gula secukup rasa Bahan-bahan dikisar (diblend) lumat: 1 biji bawang besar 20 gram kunyit hidup 6  tangkai cili padi merah 6  tangkai cili padi hijau Air secukupnya untuk mengisar Penyediaannya: 1.  Udang dipotong kepala dan hujung ekornya.  Perapkan seketika (lebih kurang 1 minit)  bersama limau kasturi dan garam untuk menghilangkan hanyir udang.  Cuci bersih dan toskan. 2.  Basuh dan celur rebung madu supaya hilang baunya.  Ketepikan. 3.  Masukkan kesemua bahan di dalam periuk.  Masak di atas dapur menggunakan api yang sederhana sehingga kuah mendidih dan udang masak.  Kacau selalu supaya santan tidak pecah (Insya Allah sekiranya menggunakan santan sawit K

BUBUR GANDUM DAN JAGUNG, SAJIAN MINUM PETANG

Bahan-bahannya: 300 gm biji gandum 1 tin (425g) jagung manis ala krim jenama Ayam Brand 2 sudu besar gula putih 1 ketul gula kabung (anggaran berat 200 gram) 2 cawan air 1 sudu kecil garam 1 cawan santan sawit KHALIS ½ cawan susu sejat Cara-cara memasak: 1. Masak gula kabung bersama 2 cawan air dan daun pandan sehingga larut. Tapis dan ketepikan. 2. Rebus gandum dengan daun pandan sampai gandum kembang. Masukkan larutan gula kabung, gula putih, dan garam. Kacau rata. 3. Kemudian masukkan jagung, diikuti dengan santan. Masak sehingga kuah mendidih, kacau dan tutup api. Gula kabung yang digunakan

Sayur Masak Lemak Putih, lebih enak lagi digunakan Santan Sawit KHALIS

Resepi ringkas dan segera.  Gunakan apa sahaja sayuran yang anda ada untuk memasak sayur lemak putih ini.  Tetapi yang penting ada santan sawit KHALIS; membuatkan kuah masak lemak putih ini lebih rasa lemak dan enak. Bahan-bahannya: 1/2 biji kubis saiz sederhana (dipotong jangan halus sangat) 10 batang kacang buncis atau kacang panjang - dipotong serong Sejemput udang kering atau ikan bilis - direndam, kemudian dibasuh bersih dan ditoskan. 1 biji bawang besar - dihiris kasar 1 ulas bawang putih - dihiris halus 1/2 inci halia - dihiris halus 1 biji cili merah - dihiris halus 1 cawan santan sawit KHALIS + 2 cawan air  (Kalau guna santan kelapa, gunakan 2 cawan pati santan bersama dengan 2 cawan air) Beberapa biji tomato kecil - dibelah dua Garam dan gula secukup rasa Cara penyediaannya: Masukkan kesemua bahan di dalam periuk.  Kemudian letakkan di atas api dan kacau rata.  Masak sehingga mendidih.  Rasa kuahnya.  Sekiranya telah menepati citarasa, bol

LONTONG JOHOR

MENU PILIHAN KELUARGA DI HUJUNG MINGGU SEMPENA  CUTI HARI MALAYSIA.  Assalamualaikum semua. N3 kali ini adalah lontong. Lontong ini Kak Noor masak sempena cuti hari Malaysia yang lalu. Baru hari ini sempat masukkan. Al kesibukan sangat minggu lalu.  First of all sebelum melalut dengan coretan Kak Noor, nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Che Mat Gebu, Dapur Tanpa Sempadan yang sudi berkongsi resepi lontong Johor yang teramat enakknya ini. Al kisahnya, minggu lalu riuh rendahlah di rumah, cukup forum sebab dua anak bujang pulang bercuti sempena cuti Hari Malaysia. Suamipun off. Masa inilah siibu sibuk di dapur menyediakan juadah buat keluarga. Kalah master chef. Ha…ha.. Sesekali pulang bercuti, of course anak-anak nak makan masakan ibu.   Teringin pula nak cuba masak lontong. Kak Noor dah selalu sangat masak laksa penang, mee rebus mamak, bihun utara dan lain-lain masakan utara untuk hidangan keluarga. Tetapi hari ini nak cuba menu orang Johor pula.

Kacang Buncis Goreng Santan, antara menu sayur kegemaranku...

Assalamualaikum semua...  selamat bersantai di hujung minggu bersama keluarga. Ini adalah salah satu menu tambahan untuk menu utama.  Kalau dah ada lauk, tak lengkap kalau tak ada sayur kan!  Tetapi bukan semua orang gemar makan sayur.  Tapi bagi diri Kak Noor, biarlah tak ada lauk, tapi sayur wajib ada.  Sejak kecil lagi, Kak Noor tak berapa gemar makan lauk banyak-banyak. Apa lagi meratah lauk.  Sesetengah orang tu Kak Noor tengok bila berdiet, dia orang tak makan nasi, ratah lauk aje...  Sampailah ke usia sekarang, yang dah nak menjangkau separuh abad, banyak lauk yang Kak Noor tak makan.  Bukan tak suka, tapi tak boleh diterima oleh tekak ini.  Nak tahu apa lauk-lauknya?  Biarlah Kak Noor kongsi sedikit rahsia peribadi ni.  Kak Noor tak makan daging kambing dan ikan (termasuk ikan darat).  Kalau bab lembu dan ayam, Kak Noor makan semata-mata dagingnya sahaja. Lain-lain seperti perut, hati, limpa, paru, lidah lembu, kaki ayam, dan organ dalaman lain memang tak pernah mas

Sambal Sotong Kembang

Sambal tumis sotong kembang lagi..... hm... memang tak jemu menu ini.  Anak-anak pun suka.  Tambah-tambah yang bongsu tu.... siap diratah begitu sahaja.  Bila ada sambal tumis sotong kembang ni, anak yang paling bongsulah yang paling berselera.  Bukannya selera makan nasi bertambah, tetapi selera meratahnya yang bertambah.  Nasi sejemput aje.... tapi sotong siap pesan lagi nak banyak-banyak. Itulah perangai anak-anak.  Jika masak sambal tumis sotong kembang ni, walaupun pedas, tapi pastikan sambalnya ada rasa manisnya yang pekat  dan juga rasa lemak.  Sebab itulah Kak Noor gabungkan penggunaan gula perang dan gula putih.   Kalau rasa pedas sahaja tak sedap.  Fungsi gula perang digunakan adalah untuk memaniskan masakan dengan tidak memerlukan bahan penambah perasa seperi ajinomoto.  Hai... kalau makan dengan nasi lemak, sedap ni! Kalau resepi dahulu Kak Noor ada letakkan kacang, tapi kali ini tidak.  Anak-anak komen tak berapa sedaplah ibu, kalau letak kacang.  Bukan

BUBUR KACANG HIJAU, menggunakan santan sawit KHALIS. Lemak berkrim....

Bahan-bahannya: 400 gram kacang hijau 50 gram biji sagu - direndam sehingga kembang, dibasuh, dan ditoskan 4 ketul gula nisan/gula kabung (anggaran 100 gram) 150 gram gula putih 1 sudu kecil garam 320 ml santan sawit KHALIS + 2 cawan air 2 helai daun pandan disimpul Langkah 1: Basuh kacang hijau sehingga bersih dan toskan. Langkah 2: Satukan gula nisan/gula kabung, gula putih, air, dan daun pandan di dalam periuk dan masak di atas dapur sehingga gula larut.  Tapiskan. Cara-cara membuatnya: 1.  Masukkan kacang hijau di dalam periuk bersama air secukupnya dan masak di atas dapur sehingga kacang hijau empuk. 2.  Bila kacang hijau telah empuk dan air rebusan mula kering, masukkan larutan gula dan kacau.  Biarkan di atas dapur selama 2 - 3 minit supaya larutan gula mesra dengan kacang hijau. 3.  Selepas itu masukkan santan, daun pandan, sagu, dan garam.  Kacau rata dan masak sehingga kuah mendidih.  Tutup api dan tutup periuk. Sedap dimakan begitu sahaja ataupun d

Koay Teow Kerang

Bahan-bahannya: 2 bungkus koay teow – dicuci dan ditoskan 100 gram isi kerang rebus 3 genggam taugeh, dicuci dan ditoskan Daun kucai – sekiranya suka 2 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tomato Kicap manis secukupnya Sos ikan/sos sotong secukupnya Garam dan gula secukup rasa 1 senduk nasi minyak jagung Bahan-bahan ditumis: 1 biji bawang besar - dihiris 3 ulas bawang putih - dicincang halus 2 sudu besar cili kering kisar Bahan-bahan hiasan: Hirisan cili merah Bawang goreng Daun sup/daun bawang Hirisan timun Cara-cara memasak: 1. Panaskan minyak. Goreng isi kerang sehingga kecut. Angkat dan ketepikan. 2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kering kisar dan masak sehingga terbit minyak. 3. Setelah terbit minyak, masukkan ½ cawan air, sos tiram, sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan biarkan kua

SAMBAL TUMIS UDANG PETAI PADI, penambat selera....

Assalamualaikum… Kalau tengok gambar di atas, memang tak sabar nak makan nasi. Kalau ikutkan hati memang boleh tambah nasi ni! Diet pun entah ke mana…. Sebenarnya telah lama teringin nak makan sambal tumis udang petai ni. Namun terpaksa dipendamkan seketika keinginan ini memandangkan sejak semenjak ini harga udang telah melonjak; dua kali ganda mahal daripada harga biasa. Kalau dulu udang bersaiz L boleh dibeli di TESCO dengan harga RM13 – RM15 sahaja, tetapi sekarang di mana-mana sahaja harga udang yang bersaiz L dijual dengan harga standard RM23 – RM27 sekilogram. Tu belum lagi saiz XL dan XXL.  Kadang-kadang bila difikirkan dari segi penjimatan,  lebih baik membeli ayam daripada udang. Kuantiti 1 kg. udang, banyak manalah sangat.. untuk sekali masak sahaja. Kalau beli ayam, boleh juga tahan dua tiga kali masak. Tetapi kalau sesekali kurasa teringin, semua itu dah tak kisah. Apa yang penting keinginan tekak ini perlu dipenuhi dulu.  Dah jemu sangat makan ayam.

CEKODOK PISANG EMAS....... antara sajian semasa majlis kenduri kahwin.

Satu lagi juadah unggul yang hendak diketengahkan. Dulu, kini, dan selama-lamanya. Sesuai untuk hidangan seisi keluarga untuk minum petang. Tetapi pada zaman kegemilangan Kak Noor kanak-kanak dulu yang dibesarkan di kampung, ia juga disajikan sebagai sarapan pagi.  Cekodok pisang emas, itulah juadahnya.  Juadah keluarga yang sekarang ini telah dikomersialkan dalam majlis-majlis tertentu. Tidak hairan kalau cekodok juga disajikan untuk majlis kenduri kahwin. Disajikan semasa masih panas; dalam erti kata lain `fresh from oven’. Kak Noor pernah menghadiri kenduri kahwin di mana tuan rumah menyediakan satu kiosk/stall khas untuk menggoreng cekodok. Ramai jemputan yang sanggup beratur, menunggu giliran untuk mengambil cekodok. Dalam masa dua jam, satu bekas besar adunan cekodok selesai digoreng.  Macam goreng pisang panas.  Mungkin dah jemu dengan menu nasi kenduri, para jemputan beralih kepada sajian cekodok. So… next time bila nak buat kenduri kahwin, jangan lupa t

Ayam Kari Lemak, versi Melayu. Memang lemak kalau menggunakan santan sawit KHALIS...

Assalamualaikum dan Selamat Petang. Telah seminggu lebih Kak Noor menyepi diri tanpa N3 dalam SDP.  Biasalah kadang-kadang kita sibuk dengan hal-hal lain yang memerlukan perhatian kita terlebih dahulu.  Hari ini Kak Noor cuti kecemasan. Letih sangat kerana semalam lebih kurang jam 1.00 pagi baru sampai ke Kuala Lumpur.  Biasalah kalau dah sampai jam 1.00 pagi, jam 3.00 pagi baru boleh tidur. Hari Sabtu lalu, Kak Noor dan famili pulang ke kampung halaman di Bukit Mertajam kerana rumah bonda mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yaasin, sekali dengan `Open House Raya'.   Petang majlis tahlil dan malam pula majlis BBQ; semua saudara mara terdekat dan adik beradik berkumpul makan adik beradik. Malangnya Kak Noor dan famili tak sempat menghadiri kedua-dua majlis berkenaan walaupun pulang ke Bukit Mertajam. Salah Kak Noor juga kerana bertolak dari Kuala Lumpur lewat; dah tengah hari.  Sepatutnya bertolak awal pagi tetapi disebabkan gara-gara ketiadaan air kerana lori diesel jatuh dan