Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Lets Cook with Kicap ENAQ, Ayam Masak Kicap Cabai

Assalammualaikum. LETS COOK with Kicap ENAQ. Memang sedap sangat.  Siapa yang belum memiliki kicap ini bolehlah mencubanya. Kicap ini telah jadi viral di media masa.  Sejak dahulu lagi kita cuma mengenali kicap jenama Tamin, Jalen, dan Kipas Udang. Kini kicap terbaharu di pasaran iaitu Kicap ENAQ tidak kurang sedapnya, malah lebih sedap dan lebih ekonomik.  Sesuai dengan tag linenya `Tersedap, Bukan Termahal' kicap ini telah mula diterima oleh masyarakat. Kalau dulu kicap ini sukar didapati di pasar raya, tetapi sekarang ini mudah diperolehi di semua pasar raya ternama, malah di negara Berunai.    Produk Bumiputra dan Halal Toyibban. Thumbs-up to Kicap ENAQ dan ownernya  Hj Jaffar Abu Bakar (JAB). Kak Noor memang telah bertukar kepada kicap Enaq sejak kemunculannya di pasaran.  Masa itu kicap ini belum lagi dikenali ramai. Biasalah sebagai consumer, kita akan  beli jenama yang biasa kita beli; amat sukar untuk bertukar kepada jenama atau produk baharu yang lai

KEK BATIK EXTRAVAGANZA SEDAP (TOPPING COKLAT GANACHE, CHEESE DAN CHOCOLATE RICE)

Assalammualaikum. Dalam banyak-banyak posting,  Kak Noor cuma perasan ada satu sahaja N3 berkaitan kek batik yang dimuatkan dalam blog Kak Noor bertajuk Kek Batik Marie Ekspres. Ini bermakna kek batik marie memang jarang dibuat untuk kudapan famili, walaupun anak-anak begitu menggemari kek ini. Sebenarnya penyediaan dan cara membuatnya memang ringkas dan mudah, tak perlu guna oven, cuma disejukkan di dalam peti ais.  Kalau untuk resepi asas kek batik marie, kebanyakan bahan-bahan yang digunakan memang telah tersedia stok di rumah. Cuma perlu beli bahan utamanya iaitu biskut marie. Pun begitu ada juga resepi yang menggunakan biskut disgestive. Tetapi untuk resepi kek batik ini Kak Noor lebih prefer menggunakan kombinasi biskut marie dan biskut tiger; kedua-duanya jenama Tiger.  Semasa kecil dahulu tak pernah tahu yang biskut marie boleh dibuat kek. Hmm...mungkin juga nenda tidak pernah membuatnya. Biasanya biskut marie ini Kak Noor buat ala-ala nestum. Cara

Kek Red Velvet Versi Bakar; cheese leleh atau plain, kedua-duanya citarasa famili

Assalammualaikum. Suatu ketika dahulu fenomena Kek Red Velvet menjadi viral di sana sini. Semua teruja untuk membuatnya, mungkin disebabkan teruja dengan warna red velvetnya dan gambar-gambar yang menggamit selera.  Gambar Hasil Google, memang teruja melihat hasilnya Bagi tahap sifu tu, sudah tentu dah cukup mahir untuk membuat kek ini. Tetapi bagi yang tidak pernah langsung membuat kek, dan mungkin baru berjinak-jinak belajar nak buat kek ini, sudah tentu memerlukan satu resepi yang mudah untuk diikuti dan langkah-langkah untuk penyediaannya. Kek Red Velvet Versi Bakar Bagi yang baru nak berjinak-jinak membuat kek seperti Kak Noor sendiri, disyorkan rujuk resepi yang diposkan oleh Sifu Azlina Ina dalam page FBnya Azlina Ina Fans . Terdapat pelbagai resepi kek; dari resepi kek yang simple hinggalah yang agak heavy, semuanya memang menggamit selera. Bukan hanya sekadar gambar kek yang mengancam selera diposkan, tetapi juga dimuatkan sekali dengan tutorial bergamba

EGGLESS RICH FRUIT CAKE (VERSI BAKAR)

Assalammualaikum.   Alhamdulillah sempurna kejadian kek buah tanpa telur ini walaupun percubaan kali pertama. Dah lama teringin nak makan kek buah hasil air tangan sendiri, tapi pada setiap kali nak buat, rasa macam tak ada mood pula. Kalau nak dibeli di kedai, sudah tentu semua kek ada telur. Disebabkan faktor kesihatan, buat sementara waktu ini perlu pantang masakan yang ada telur.  Puaslah juga google cari resepi kek buah tanpa telur. So menyinggahlah di dapur beberapa blogger yang memuatkan resepi kek buah tanpa telur. Tertarik dengan gambar kek buah yang dimuatnaikkan dalam blog `Dapurku Sayang’; membangkitkan selera dan cara membuatnya pun mudah. Terima kasih kepada empunya resepi. Yang paling mudah, tak perlu guna mixer (kalau guna mixer, banyak pula kerja nak membasuhnya selepas digunakan). Kek buah ini faveret Encik Hasben juga. Bolehlah dibuat kudap-kudapan nanti.  Resepi kek buah ini Kak Noor edit kembali mengikut ketersediaan b

Daging Goreng Kunyit Berempah, memang mudah dengan periuk Noxxa.

Assalammualaikum semua. Malam ini baru sempat bersiaran.  Siang hari asyik sibuk dengan rutin harian. Malam ini tak rasa mengantuk pula. Sambil jari jemari ini mengetuk keyboard, sempat juga mengerling ke kaca TV yang sedang menayangkan cerita hantu Thailand di channel Astro Citra bertajuk `Coming Soon'. Dan pada masa yang sama sebagai peneman kepada sibongsu yang takut menonton cerita hantu seorang diri.  Malam ini Kak Noor nak kongsi satu menu yang senantiasa menjadi faveret Kak Noor. Kalau makan nasi kerabu mesti pilih lauk ini. DAGING GORENG KUNYIT BEREMPAH inspirasi daripada Kak Noor sendiri, Tak cekedot dan google kat mana-mana tau; fresh resepi from the bottom of my heart.  Kelainan pada menu daging goreng kunyit berempah ini ialah dagingnya diperap semalaman. Tentulah sedap bila dimakan sebab rempah-rempahannya telah menyerap masuk ke dalam daging.  Menu ini Kak Noor masak semalam. Siap masak jam 6.00 pagi. Kalau ada periuk Noxxa di ruma

Rendang Tok Versi Ayam, inspirasi Sajian Dapur Bonda

Assalammualaikum dan Salam Ceria di Hujung Minggu. Menu yang ingin dikongsikan pada N3 kali ini ialah Rendang Tok. Bila sebut aje Rendang Tok, biasanya daging yang digunakan ialah daging lembu. Tak pernah lagi Kak Noor jumpa resepi Rendang Tok guna daging kambing ke.. daging itik ke... daging rusa ke... Tapi daging ayam pernah kot.. tapi mungkin jarang-jarang.  Orang lebih suka masak rendang tok guna daging lembu. Mungkin disebabkan ketahanannya, tekstur daging tak cepat hancur walaupun dah seminggu dibandingkan dengan daging ayam. Boleh dipanaskan sehingga kering,  dan bila dah tekstur daging dah hancur jadi serunding daging pula.  Okay.. kalau dah biasa sangat masak Rendang Tok Versi Daging, kali ini Kak Noor ingin berinspirasi pula dengan Rendang Tok Versi Ayam pula. Tapi Rendang Tok Ayam ini tak boleh tahan lama, teksturnya dagingnya cepat hancur. Paling lama dua hari sahaja. Lagipun ia masih berkuah, tidak seperti Rendang Tok Daging, kita masak

KARI KETAM DENGAN NANAS (TUMIS DARAT), kuahnya always be my faveret.

Assalammualaikum semua.   Apa yang ibu-ibu masak untuk menu tengah hari tadi. Adakah sama menu makan tengah hari dengan menu untuk makan malam ini.  Bagi Kak Noor menu tengah hari sama aje dengan menu malam sekiranya lauk yang dimasak siang tadi masih banyak lagi.   Biasanya bila masak lauk, Kak Noor akan bajet ia cukup sehingga ke malam.  So tak payahlah dua tiga kali berperang di dapur.  Panaskan aje. Lagipun Encik Hasben dan anak-anak dah tak kisah makan lauk yang sama, telah menjadi kebiasaan mereka.  Sebelah malam adalah masa untuk kita yang dah masuk 50 series ini rehat-rehatkan badan dan tenangkan fikiran.  Esok pagi mental dan fizikal perlu fresh untuk ke tempat kerja.   Tetapi seandainya pada hari itu permintaan melebihi pengeluaran, maka perlulah ada kontigensi.  Kita pun tak dapat nak baca selera ni,  Kadang-kadang selera meningkat secara tiba-tiba.  Justeru itu stok-stok makanan kering seperti telur, ikan bilis, ikan kering dan sardin tin senantiasa

KEK MARBLE COCONUT PANDAN BUTTER MILK, ada kelainan aromanya.

Assalammualaikum. Kebiasaannya bila weekend Kak Noor akan buat kek marble untuk customer yang order masa weekday. So bila dah masak anak yang bongsu selalu bertanya, `Kek ni kita punya ke?.. tapi jawapan yang sama saya beri pada setiap minggu. Ini ada orang order'. Si bongsu tanya lagi, kat kita tak ada ke? So saya akan jawab, tak de... bukan makan punnn.. kalau ibu buat.. membazir aje'. Si bongsu diam dan berlalu pergi. Minggu ini pertanyaan yang sama diajukan. Suka hatinya bila dapat tahu kek yang siap dibakar atas redai itu ibu buat untuk makan-makan keluarga. Dicuitnya kerak-kerak kek dan terus ngap ke mulutnya. Sedap sangat katanya.  Tapi seperti biasa, tak makan banyak mana pun. Terpaksalah dimasukkan di dalam bekas kedap udara. Hari Isnin nanti boleh bawa ke pejabat jamu kawan-kawan. Kek Marble ini diberi nama KEK MARBLE COCONUT PANDAN BUTTERMILK. Memang moist dan wangi sangat bila dibakar. Kombinasi perasa pandan coconut