Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

Ayam Masak Kicap Lada Hitam

Assalamualaikum semua.  Selamat Santai di hujung minggu. Emm.... celik mata saja, dah fikir nak masak apa untuk tengah hari ini.  Blur..... Bila tanya Encik Hasben nak masak apa, standard selalu jawapannya, `Banyak resepi dalam blog SDB tu...'. Ye tahulah kita banyak resepi dalam blog tu, tapi semua dah pernah masak dan selalu sangat dihidangkan. Nanti jemu pula.  Kalau boleh di hujung minggu ini naklah sesuatu yang istimewa sikit.  Nak tahu juga Cik Abang nak makan apa. Kot-kot ada request tertentu.  Tetapi itulah hasben KaK Noor, tak cerewet orangnnya, dari dulu dan selama-lamanya. Apa sahaja yang dihidangkan, itulah yang dimakannya. Syukur Alhamdulillah.  Tetapi kita sebagai isteri, sesekali bila masa terluang, ingin juga mencuba sesuatu yang istimewa untuk disajikan untuk keluarga di hujung minggu.  Finally, teringat request daripada Shila, anak bongsu Kak Noor semalam.  `Ibu masak ayam kicap pedas, macam ibu buat hari itu.  Sedaplah ibu guna kicap tu..&

MEE HAILAM UDANG ENAQ

Assalamualaikum. Ini cerita semalam. Tak selera nak makan nasi. Just campak campak ikut bahan bahan yang ada saja. So dapatlah menu ini, Mee Hailam Udang Enaq. Guna kombinasi 3 serangkai kicap jenama ENAQ. Walaupun simple, resultnya tidak mendukacitakan. Masih SEDAP dan ENAQ. Makan pula semasa masih panas lagi. Nyum-nyum & slurrp... kuahnya. Satu kepuasan Resepi ini simple, sesiapapun boleh menyediakannya asalkan ada tiga serangkai kicap ENAQ ini. Tak perlu lagi tambah garam, pedas, dan manis dalam menu ini. Guna ketiga-tiga kicap ENAQ sebagai perasa barulah hidangan menjadi enaq. RESEPI MEE HAILAM UDANG ENAQ Oleh: Sajian Dapur Bonda Bahan-bahannya: 1 bungkus mi kuning - dibasuh dan ditoskan. Beberapa ekor udang 1/2 biji bawang besar - diracik/dicincang 2 ulas bawang putih - dititik dan dicincang Sayur sawi Lobak merah - dipotong bulat 1 biji cili merah - dihiris serong 5 - 6 biji cili padi diketuk 1/2 biji tomato - dipotong wedges 2 sudu besar sos tira

Agar-Agar Pandan Santan

Assalamualaikum dan Selamat Santai Bersama Keluarga di Hujung Minggu. Alhamdulillah, baru habis mengemas di dapur. Hasben dan anak-anak pun telah selesai menjamu selera untuk makan tengah hari. Kak Noor masih kenyang lagi sebab pagi tadi telah bersarapan nasi lemak. Cuma dahaga sahaja, maklumlah cuaca panas sekarang ini. Di luar tu panas sangat. Oghang Utagha kata panas `lit-lit'. So lebih baik kita menjalani aktiviti `indoor' sahaja.  Sementara menunggu masuk waktu Asar, sempatlah Kak Noor godek komputer ini sekejap. Muatkan resepi yang masih pending. Resepi ini telah dikongsi bersama dalam laman FB Sajian Dapur Bonda. Cuma di laman sana tak dapat nak celoteh panjang-panjang macam di blog ini. Resepi yang ingin dikongsi bersama ialah Agar-agar Pandan Santan. Dalam keadaan cuaca panas sekarang ini, memang sedap makan agar-agar ni. Sejuk tekak, apalagi lagi sejurus keluar daripada peti sejuk. Memang mudah menyediakan agar-agar pandan sant

Chocolate Chip Cookies dan Anakandaku Shila.

Assalamualaikum dan Selamat Malam. Esok cuti,  Memang ditunggu-tunggu harinya.  Malam ini dapatlah Kak Noor `bersantai' di depan komputer sambil mengarang N3 untuk malam ini. Malam ini hanya edisi ulang tayang biskut yang paling digemari oleh seisi keluarga, iaitu Chocolate Chip Cookies.  Panjang sikit celoteh Kak Noor malam ini sebab ada cerita di sebaliknya; `Chocolate Chip Cookies dan Anakandaku Shila'.   Chocolate Chip Cookies, memang agak mudah untuk membuatnya asalkan bahan-bahannya sedia ada di dalam stok. Kerap juga Kak Noor buat biskut ini untuk kudapan keluarga dan juga bekalan untuk anak-anak yang pulang ke IPTA.  Sesekali bila balik ke rumah bonda, biskut ini menjadi buah tangan kepada anak-anak saudara di sana.  Mereka gemar sangat chocolate chip cookies ini.   Ada juga permintaan daripada rakan-rakan pejabat dan juga rakan-rakan FB yang membelinya secara online.  Kak Noor hanya buat bila ada orang yang menempahnya, `Fresh from Oven'.

Ikan Cencaru Belah Belakang @ Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Assalamualaikum. Ikan Cencaru Sumbat Sambal, menu ini tidak sekerap menu-menu yang selalu dimasak dan dihidang oleh Kak Noor untuk keluarga  walaupun semua menggemarinya termasuklah Kak Noor sendiri. Tetapi bila sesekali memasaknya, Kak Noor akan pastikan setiap orang akan puas menikmatinya. Ini pun permintaan daripada anak lelaki Kak Noor yang tinggal jauh di perantauan.  Teringin sangat nak makan ikan cencaru sumbat sambal yang dimasak oleh bondanya sendiri. Pesannya kalau datang melawatnya nanti, jangan lupa bawa ikan sambal. Ikan boleh dibelah di kedua-dua belah belakangnya untuk disumbat sambal. Kak Noor lebih suka cara ini kerana boleh sumbat banyak sambal; dua-dua belah ada sambal. Ada juga yang hanya menyumbatnya sebelah sahaja.  Kebiasaannya Kak Noor menggunakan method menggoreng sahaja. Tetapi sekiranya menggunakan oven, lebih sedap ikan dibungkus dahulu dengan daun pisang atau daun kunyit. Letakkan sedikit mentega/margerin di atas ika

Kek Pisang Berangan, juadah untuk minum petang

Assalamualaikum. Ini adalah cubaan pertama membuat kek pisang. Memang selama ini tak pernah pun nak cuba membuat kek pisang. Sesekali kalau teringin nak makan beli aje kat kedai.  Lagipun murah aje, satu buku saiz panjang harganya baru RM6.  Tak tahulah kalau sekarang harga telah naik, sebab telah agak lama Kak Noor tak beli kek pisang.  Disebabkan pisang yang dibeli di pasar malam dua hari lalu masih berbaki, maka hari ini terfikir nak buat kek pisang. Biasalah kalau perlu resepi, blogwalking di blog rakan-rakan, tengok mana-mana resepi yang berkenaan.  Tak rasmi blogwalking kalau tak singgah di blog Azlita Masam Manis. Kat sana banyak resepi yang sedap-sedap.  So... terpikat dengan resepi Kek Pisang Lembut yang dihidangkan di sana. Melihat kepada gambar kek, ternyata tekstur kek nampak lembap dan lembut.  Mesti sedap ni....  Apa kata kita cuba resepi ini.  Harap-harap tu menjadilah. Resepi kek pisang Azlita menggunakan pisang emas.  Tetapi Kak Noor guna

Agar-agar Coklat Lapis Kopi Hazelnut

Assalamualaikum.  Hari ini eksperimen buat Agar-agar Coklat Lapis Kopi Hazelnut. Resepi ini diolah berpandukan kepada pelbagai resepi agar-agar berasaskan coklat yang Kak Noor jumpa semasa blog walking.  Sebenarnya agar-agar coklat lapis kopi hazelnut ini lebih kurang sama saja penyediaannya dengan agar-agar berunsurkan coklat yang lain. Cuba ditokok tambah, dan diubah suai dari segi penggunaan bahan, maka jadilah satu resepi baharu.  Bahan-bahannya: 20 gram agar-agar tali 1000 ml air 150 gm gula 1 tin (400 gm) susu cair (susu sejat) 1 cawan serbuk koko 1 sachet white coffee hazelnut Beberapa biskut coklat dihancur kasar menjadikannya 100 gram Cara-caranya:  Basuh agar-agar, kemudian toskan. Masukkan dalam periuk bersama 1000ml air dan masak sehingga agar-agar larut.  Masukkan gula dan masak lagi sehingga gula larut. Selepas itu masukkan susu cair dan kacau hingga mendidih. Asingkan dua cawan ke dalam periuk lain dan campurkan serbu

Sotong Masak Lemak Padang

Assalamualaikum. Blog walking semata-mata nak cari menu sotong yang membangkitkan selera?  Akhirnya kutemui di blog  Azlita Masam Manis.  Bila dilihat pada bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaannya, menu ini agak ringkas dan mudah disediakan.  Kebiasaannya bila lauk sotong Kak Noor selalu masak sambal tumis, masakan lauk kandar, dan sesekali masakan kari.  Kali ini menu sotong yang Kak Noor masak agak lain citarasanya. Ini adalah cubaan pertama Kak Noor memasak menu Sotong Masak Lemak Padang ini. Alhamdulillah.. sekeluarga sukakannya.  Diperturunkan resepi Sotong Masak Lemak Padang, tetapi Kak Noor menggantikan bawang kecil dengan bawang besar sebab Kak Noor agak kurang menggunakan bawang kecil untuk masakan. Bahan-bahannya: 1 kg sotong ~ cuci bersih dan potong 3 biji bawang besar ~ belah 4 2 biji tomato ~ belah 4 2 batang serai ~ di titik 3 biji ubi kentang ~ belah 4 3 camca minyak untuk menumis 500 ml santan Air secukupnya Garam dan gula secuk

KEK COKLAT KUKUS, FIRST TRIAL KUKUS DENGAN ELECTRIC FOOD STEAMER

Assalamualaikum. At last.. finally I got it and I make it! Rasa impress sangat bila dah boleh kukus kek. Tengok hasilnya di atas. Hm... bolehlah kan! Boleh dimakan sudah.. Akhirnya dapat juga Kak Noor miliki Electric Food Steamer yang selama ini memang dicari-cari. Jenama pun nama EMPRESS. Sebutan sama tapi ejaannya dan maknanya berbeza.  Electric Food Steamer Berkira-kira juga nak beli food steamer ini sebab periuk kukus manual ada di rumah.  Tetapi periuk kukus lama le.. dah berzaman-zaman, bila kukus kek atau apom selalu nitik air.  Dah rasa trauma nak guna periuk kukus manual ini. Kadang-kadang terasa juga akan pembaziran membelinya. Bukanlah nak guna sangat; sesekali sahaja dan ada waktu-waktu tertentu. Cuma bila tengok orang guna, teringin juga memilikinya. So nak jadi cerita semasa Kak Noor pergi ke kedai Cosway untuk membeli sabun, shampoo dan sebagainya, terpautlah hati kepada Food Steamer yang dipamerkan di kedai berkenaan. Pucuk dicita, ulam m