Assalamualaikum dan Selamat Malam. Malam ini Kak Noor nak kongsi satu resepi biskut yang diposkan oleh Maestro Ateh Wan (Admin Group Resepi Otai - GRO) dalam pagenya. Tertarik dengan namanya yang `gah', terasa teruja untuk mencuba resepi ini. Walaupun pernah cuba pelbagai resepi chocolate chip cookies, namun resepi ini mempunyai kelainan dari segi penggunaan bahannya iaitu cream cheese. Kebiasannya cream cheese digunakan dalam kek dan juga membuat topping kek. Tetapi kali ini digunakan dalam cookies. Memang awesome rasa chocolate chips cookies ini. Kak Noor telah mengolah resepi ini mengikut citarasa dan ketersediaan bahan-bahan. Tetapi bahan yang satu ini iaitu cream cheese tidak dikecualikan. Untuk memperkayakan rasa coklat untuk biskut ini, Kak Noor tambah serbuk koko. Untuk merangupkannya Kak Noor masukkan sedikit emplex. Cream Cheese Chocolate Chips Cookies Rujukan Resepi Asal: FB Maestro Ateh Wan (GRO) Diolah oleh: Kak Noor @ Sajian D
http://www.sajiandapurbonda.blogspot.com