Langkau ke kandungan utama

RESEPI ENAQ: Nasi Goreng Kicap Enaq,

Assalamualaikum.


Hai... dah musim tak selera makan nasi putih pula Encik Hasben dan anak-anak ni... Kari ayam semalam pun masih ada lagi. Dari nasi terbiar hingga esok, lebih baik digoreng nasi tu. Garenti habis . Lagipun banyak putih telur di dalam peti ais sebab guna kuning telur aje untuk buat biskut. Putih telur ini kita boleh guna sebagai rencah nasi goreng.




Maka terhasillah dinner for tonight, nasi goreng simple menggunakan kombinasi kicap pedas Enaq dan kicap lemak manis Enaq, putih telur, dan sosej. Hmm... enak sekali dimakan ketika panas. Walaupun cara memasaknya agak ringkas dan tidak banyak bahan yang digunakan, tetapi nasi goreng ini tetap enak. Encik Hasben dan anak-anakpun suka. Apa yang penting ada kicap enaq dan semua makanan pun akan rasa enak. Sebelanga masak tadi dahpun clear. Alhamdulillah..



Nasi Goreng Kicap Enaq
Oleh:  Kak Noor @ sajiandapurbonda

Bahan-bahannya:
Nasi putih lebih kurang 2 mangkuk
Beberapa batang sosej ayam - dihiris bulat
Putih telur - ikut yang terada
2 sudu besar sos tiram
Kicap pedas Enaq secukup rasa
Kicap masin Enaq secukup rasa
3 - 4 biji cili padi - dipatah-patahkan
2 tangkai daun sup
Minyak secukupnya

Bahan-bahan ditumis:

1/2 biji bawang besar - dihiris
3 biji bawang putih - dicincang kasar

Cara-caranya:

1. Pertama sekali, gaul nasi putih bersama sedikit garam secukup rasa.
2. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali.
3. Masukkan hirisan sosej dan goreng sehingga masak.
4. Kemudian baru dimasukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga bawang bertukar kekuningan.
5. Selepas itu masukkan putih telur dan kacau sehingga putih telur menjadi seperti scrambled eggs.
6. Masukkan sos tiram, kicap pedas dan kicap lemak manis secukupnya. Kacau rata.
7. Akhir sekali masukkan nasi putih dan kaupbalikkan sehingga semuanya bergaul rata. Sebelum tutup api, masukkan daun sup dan cili padi. Gaul rata dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Selamat Mencuba.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

UDANG MASAK MASALA

Assalamualaikum. Hari ini terpaksa ambil EL.  Sejak seminggu yang lalu dah rasa macam nak demam, tapi x juga demam-demam.  Hari ini mungkin dah sampai ke kemuncaknya.  Lemah longlai sangat badan ni, dah terdaya untuk melangkah ke tempat kerja.  Rasa nak rehat aje kat rumah.  Biasalah walaupun bercuti kerja pejabat, tetapi ibu tak boleh cuti di rumah.  Masih meneruskan tugas dan tanggungjawab seorang ibu.  Dapur mesti berasap. Bila dah rasa ok, bangun untuk masak ala kadar untuk keluarga.   Sebenarnya N3 resepi kali ini telah lama Kak Noor hendak  kongsikan.  Tetapi kalau tak cuba masak  macam mana nak kongsi kan!  So hari ini kugagahi diri ini untuk mencuba resepi yang telah lama kuidamkan iaitu UDANG MASALA.  Nampak sedap bila ayahanda Mamak Haji Roslan poskan dalam FB.  Teruja sangat nak mencubanya.  Lagipun udang dah siap disiang dan ada dalam peti sejuk.  Sebagai gandingannya Kak...

Rendang Tok Versi Ayam, inspirasi Sajian Dapur Bonda

Assalammualaikum dan Salam Ceria di Hujung Minggu. Menu yang ingin dikongsikan pada N3 kali ini ialah Rendang Tok. Bila sebut aje Rendang Tok, biasanya daging yang digunakan ialah daging lembu. Tak pernah lagi Kak Noor jumpa resepi Rendang Tok guna daging kambing ke.. daging itik ke... daging rusa ke... Tapi daging ayam pernah kot.. tapi mungkin jarang-jarang.  Orang lebih suka masak rendang tok guna daging lembu. Mungkin disebabkan ketahanannya, tekstur daging tak cepat hancur walaupun dah seminggu dibandingkan dengan daging ayam. Boleh dipanaskan sehingga kering,  dan bila dah tekstur daging dah hancur jadi serunding daging pula.  Okay.. kalau dah biasa sangat masak Rendang Tok Versi Daging, kali ini Kak Noor ingin berinspirasi pula dengan Rendang Tok Versi Ayam pula. Tapi Rendang Tok Ayam ini tak boleh tahan lama, teksturnya dagingnya cepat hancur. Paling lama dua hari sahaja. Lagipun ia masih berkuah, tidak seperti Rendang Tok Dagi...

SAWI RAJA GORENG SOS TIRAM

Tak ramai orang kenal sayur ni kan?  Kebiasaannya kalau kita masak sayur, hanya terlintas di fikiran kita sayur-sayuran seperti kangkung, bayam, kobis, dan kailan yang telah kita kenali sejak dahulu lagi. Tetapi sayur ini? Menjadi teka teki akan namanya.  Kak Noor sendiri pun tak tahu nama sayur ini, pakai beli sahaja disebabkan teruja dengan kesegaran dan kehijauannya.  Beli sayur ni kat NSK Selayang dan ramai orang Cina yang membelinya. So.. hari tu sempat Kak Noor tanya seorang perempuan Cina, sedap x sayur ni dan macam mana masak? Katanya sedap dan dengan murah hatinya dia berkongsi cara-cara untuk memasak sayur ini. Tapi... Kak Noor tak tanya pulak nama sayur ini kepadanya. Memandangkan ketidaktahuan nama sayuran ini, maka ter`pending'lah N3 untuk resepinya.  Kak Noor akses internet untuk mencari nama bagi sayur ini.  Puas jugalah mencari... sehingga terpaksa Kak Noor letakkan dalam FB gambar sayur ini bertanyakan kepada rak...