Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

Ketam Lemak Cili Padi, menggunakan santan sawit KHALIS. Lebih lemak dan berkrim...

Assalamualaikum dan Selamat Malam semua. Just a simple N3.  Tak perlu celoteh panjang-panjang sebab mata dah ngantuk ni!  Just nak share masak lemak ketam cili padi.    Semua orang pernah masak kan!  Memang mudah sangat.  Tetapi kalau ikutkan selera Kak Noor, lebih gemar masak kari ketam tumis darat.  Oranglah Penanglah katakan... sememangnya kari!! Tetapi suami dan anak-anak Kak Noor lebih gemar masak lemak cili padi.  Lebih-lebih lagi kalau guna santan sawit KHALIS.  Lebih rasa lemak dan berkrim.  Kuahnya boleh dihirup lagi.  Kalau tak caya, cubalah guna santan sawit KHALIS untuk masak lemak.  Bukan nak promote, tetapi sebagai info kepada rakan-rakan yang belum pernah menggunakan santan ini dalam masakan mereka. Bahan-bahan yang Kak Noor gunakan adalah seperti berikut: 1 kg. ketam (lebih kurang 6 ekor saiz sederhana) - Kak Noor guna ketam yang berkulit merah 2 batang serai - dititik 3 - 4 helai daun limau purut 320 ml santan sawit KHALIS (paket 320ml) Sedikit gula Garam

Kari Ikan Bawal Emas (Stail Mamak Penang)

KARI IKAN BAWAL EMAS (STAIL MAMAK PENANG) - Hidangan untuk 4 orang Resepi Asal: Kari Ikan Bawal Mamak Penang oleh Mohammad Roslan http://balannambiar.wordpress.com/2009/09/12/siri-4-kari-ikan-bawal-mamak-penang/ Bahan-bahan: ½ kg. ikan bawal emas (seekor dipotong dua) – * lihat tips membasuh ikan bawal 75 gm. santan pekat atau 1/4 tin susu cair. 1 sudu besar pati asam jawa XTRA ADABI 1 biji tomato – dibelah empat Beberapa biji bendi (basuh dulu kemudian potong tangkainya) 2 biji cili hijau – dibelah dua tetapi jangan sampai putus Garam secukup rasa ½ senduk besar minyak masak. Bahan-bahan ditumis: 1 sudu kecil halba campur 1 biji bawang besar dipotong hiris memanjang 2 ranting daun kari 1 sudu besar kisaran bawang putih + halia 2 sudu besar kisaran bawang besar Bahan-bahan pes (disatukan dan dibancuh dengan air): 65 gm. rempah kari ikan jenama Babas ½ sudu kecil serbuk jintan putih. ½ sudu kecil jintan manis. ½ sudu kecil serbuk cili. ½ sudu k

Biskut Arab Susu

Resepi  mudah yang memang menjadi kesukaan keluarga. Tak kira tua ataupun yang muda.  Tak kira hari raya ke... hari biasa ke.... kalau rasa rajin,  boleh buat.  Tapi make sure bahan utamanya iaitu minyak sapi ada. Kesedapan dan kelemakan biskut arab ini adalah bergantung kepada jenama minyak sapi yang digunakan.  Caranya mudah aje, bancuh dan gentel bulat je, kemudian bakar dan salut dengan susu. Memang mudah sangat.  Tapi ada juga yang bancuh terkeras disebabkan kekurangan penggunaan minyak sapi semasa menguli. Berdasarkan pengalaman Kak Noor, untuk 1 kg. tepung gandum, kita menggunakan habis 1 tin minyak sapi (400 gm), kemudian ditambah  lagi minyak sapi sehingga tepung boleh digentel.  Bahan-bahannya: 1 kg. tepung  gandum 300 gm gula ising 420 gm minyak sapi  - dicairkan dahulu di atas dapur menggunakan api yang kecil Susu tepung lemak berkrim secukupnya untuk menyalut biskut (cadangan susu tepung Everyday atau Nespray). Cara membuatnya: 1.  Ayak tepun

Biskut Sarang Semut

Assalamualaikum semua... Mesti semua tertanya-tanya kenapa Kak Noor poskan biskut raya ini sedangkan raya pun sudah.  Tak sempat buat kuih raya ke....ataupun dah habis biskut raya dan terpaksa buat semula.  Ataupun... ada orang order untuk open house?  Rajin sungguhlah Kak Noor kalau buat biskut raya selepas raya....!?  Bahan-bahan biskut raya pun masih berbaki lagi, tunggu hari raya haji kot baru buat. Sebenarnya, Biskut Sarang Semut ini Kak Noor buat untuk hari raya, tapi tak sempat nak upload disebabkan kesuntukan masa.  Everyday busy..... So hari ini Kak Noor uploadkan untuk dikongsi bersama walaupun mungkin dah `basi'.  Ye le.. kita pun dah raya.  Siapalah.... yang `rajin' nak buat kuih raya lagi? Semua perkakas telah dibasuh dan disimpan rapi.  Next year baru dibuka harta karun ini semula.  Tapi... sayang pula kalau tak upload, nanti susah pula nak refer pada masa akan datang; mencari resepi dan godek sana sini.  Ingat lagi pesan bonda Kak Noor, kalau res

Daging Rusa Kicap Berempah

Malam-malam begini terasa lapar pula.  Lauk sambal tumis telur yang dimasak oleh anakanda siang tadi telah habis.  Pagi tadi ingat nak masak daging rusa yang Kak Noor beli daripada MARDI sebelum hari raya lagi; dah siap basuh dan potong daging rusa.  Tetapi disebabkan kurang mood kerana tidak sihat, masukkan balik di dalam freezer.   Sebenarnya terfikir juga nak masak apa dengan daging rusa ini sebab tak pernah beli dan tak pernah makan pun.  Ada rakan yang bekerja di MARDI ambil order, so pakatlah member-member sepejabat order daging rusa ini.  Sekilo RM35.00. Puas jugalah godek internet mencari resepi-resepi yang bersesuaian dengan daging rusa ini.   Nak masak rendang, baru sahaja makan rendang daging semasa balik ke rumah bonda di Bukit Mertajam.  So anak perempuan Kak Noor suggest masak kicap aje... ringkas sahaja katanya.  Idea yang bagus juga tu!  Lagipun bahan-bahan yang diperlukan semua ada.  Kalau masak kicap ini, Kak Noor lebih suka yang ada rempah sikit.  Baru teras

Kupang Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahannya: 1 kg. kupang 350 gm santan sawit KHALIS atau santan kelapa 2 batang serai dititik 2 keping asam gelugor (asam keeping) 1 kiub pati ayam Garam secukup rasa Bahan-bahan dikisar lumat: 2 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 2 inci kunyit hidup 1 inci halia 5 biji cili padi merah 5 biji cili padi hijau 1 biji cili merah 5 gm belacan Air secukupnya Cara-cara memasak: 1. Basuh kupang sehingga bersih. Masukkan kupang bersama-sama serai dan bahan yang telah dikisar lumat di dalam periuk. Rebus sehingga mendidih. Kacau rata. 2. Masukkan Khalis Santan Sawit. Sekiranya kuah agak pekat, bolehlah ditambah air. Masukkan kiub pati ayam, asam keping, dan garam secukupnya. 3. Selepas itu bolehlah dimasukkan kupang dan kacau rata. Masak sehingga kuah mendidih dan kupang masak. 4. Siap dan boleh dihidangkan.

Daging Masak Kicap Kerisek

Bahan-bahan A: 600 gram isi daging – dipotong 2 inci lebar 2 sudu besar kerisek 1 batang serai – dititik 3 biji bawang merah – dihiris 2 ulas bawang putih – dihiris 1 tangkai daun kari – dilurut daunnya Daun sup dan daun bawang 2 – 3 helai daun limau purut – opsyen Garam dan gula putih secukup rasa. Minyak secukupnya untuk menumis. Bahan-bahan B (dikisar halus menggunakan blender basah): 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 inci halia Air secukupnya Bahan-bahan C: 1 sudu kecil serbuk jintan manis 1 sudu kecil serbuk jintan putih 1 sudu kecil serbuk kurma 1 sudu kecil rempah daging 1 sudu kecil serbuk lada hitam 3 sudu besar kicap ABC 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar gula perang Cara-cara memasak: 1. Daging diperap bersama bahan B dan bahan C selama lebih kurang 20 – 30 minit. 2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis serai yang dititik bersama daun kari, kemudian diikuti dengan bawang merah dan bawang putih.