Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2015

BEREKSPERIMEN DENGAN PERIUK NOXXA; AYAM MASAK KAPITAN (NYONYA CHICKEN CURRY)

Assalamualaikum. Jom bereksperimen dengan periuk NOXXA lagi. Resepi yang menjadi pilihan untuk eksperimen kali ini ialah Ayam Masak Kapitan atau dalam Bahasa Inggerisnya Nyonya Chicken Curry. Kenapa tidak di translate Kari Ayam Nyonya saja ye? Kak Noor pun sedikit confuse dengan terjemahan ini. Apapun Kak Noor perolehi resepi ini daripada blog Mamak Haji Roslan, chef yang serba boleh; masakan 1 Malaysia.  Tak nak sembang panjang-panjang. Kita terus ke resepi dan penyediaannya ye. Cara penyediaannya Kak Noor olah kembali mengikut kesesuaian penggunaan periuk NOXXA. Walau bagaimanapun untuk masakan manual, rakan-rakan boleh rujuk kepada resepi asal di blog Mamak Haji Roslan. Sumber Resepi Asal: Mamak Haji Roslan Dioleh oleh: Sajian Dapur Bonda Bahan-bahannya: 1 kg. isi ayam organik 200 ml santan pekat 300 ml air 5-6 sudu besar minyak masak. 2 - 3 helai daun limau purut - dibuang urat tengah. 1 biji limau nipis diperah jus. Gula dan ga

SAMBAL TAUHU PEDAS MANIS, AMAT MUDAH MENYEDIAKANNYA.

Assalamualaikum. Bahan-bahannya: 5 ketul tauhu - dipotong dua (potongan segitiga) 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos cili thai 2 sudu besar gula perang Sedikit air (sekiranya perlu) Minyak secukupnya untuk menumis Gula putih secukup rasa (tambahan kepada gula perang) Garam secukup rasa Bahan-bahan dikisar: 2 senduk nasi cili kering kisar 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih Cara-cara memasak: 1.  Tauhu dibasuh dan digoreng sehingga kekuningan.  Ketepikan. 2.  Panaskan minyak di dalam periuk/kuali.  Masukkan bahan-bahan kisar dan kacau rata. Masak sehingga terbit minyak.  Gunakan api kecil. 3.  Masukkan sos tiram dan sos cili thai, gula perang, gula putih dan garam.  Masukkan sedikit air sekiranya kuah agak pekat.  Masak sehingga kuah mendidih. 4.  Setelah cukup rasanya, masukkan tauhu goreng tadi dan kacau rata.  Biar ia mereneh di atas dapur sekejap, kemudian bolehlah ditutup api.

SET MENU TENGAH HARI: ASAM PEDAS TUMIS IKAN SELAR CAMPUR NANAS DAN SAMBAL TUMIS TAUHU

Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Masih berfikir hendak masak apa untuk tengah hari ini?  Apa kata masak asam pedas tumis campur nanas?  Ikan pula boleh guna apa aje ikan ikut citarasa masing-masing. Untuk resepi ini Kak Noor guna ikan selar kuning kerana ikan ini sahaja yang ada di dalam peti ais.  Tapi kalau diberi pilihan, Kak Noor lebih suka guna ikan pari untuk masakan asam pedas ini, sebab tak ada tulang, senang makan.  He...he.. sebenarnya ikan-ikan lain tu Kak Noor tak makan sejak kecil lagi.  Ikan pari ini ok. Kalau masak asam pedas, tiga bahan ini wajib ada iaitu daun kesum, bunga kantan, dan juga serai. Bahan-bahan inilah yang menaikkan aroma asam pedas ini.  Kak Noor gandingkan asam pedas ini dengan sambal tumis tauhu.  Sambal tumis tauhu ini faveret anak-anak. Sambalnya dimasak pedas-pedas manis.   Bahan-bahannya: 6 ekor ikan selar kuning saiz sederhana ½ biji nanas 1/2 camca besar pes asam jawa 1 ikat daun kesum 1 batang bunga kantan – (bat

DAGING MASAK ITAM NASI KANDAR MENGGUNAKAN PERIUK NOXXA.

Assalamualaikum. N3 periuk NOXXA kali ini, Kak Noor nak kongsi cara-cara memasak Daging Masak Itam Nasi Kandar dengan menggunakan periuk Noxxa.  Hanya mengambil masa 20 minit sahaja untuk daging empuk.  Cepatkan! Resepinya pula Kak Noor rujuk blog Mamak Haji Roslan . Apabila teringin nak makan masakan ala nasi kandar, blog inilah yang selalu menjadi rujukan Kak Noor.  Masakan kandarnya asli dan biasanya cubaan pertama memasak tidak menghampakan. Adalah menjadi perkara biasa,  bahan-bahan untuk masakan ala nasi kandar memang banyak dan memerlukan masa untuk penyediaannya. Tetapi pada penghujungnya kita pasti akan mendapat kesempurnaannya. Apa yang Kak Noor suka mengenai periuk NOXXA ini ialah daging cepat empuk.  So tak payah tunggu lama.  Sementara menunggu daging empuk, kita boleh melakukan tugas lain. Resepi ini Kak Noor olah penyediaannya bersesuian dengan cara memasaknya dengan menggunakan periuk NOXXA. Bagi  sesiapa yang tidak mempunyai periuk NOXXA bol

PENYEDIAAN CILI KISAR UNTUK MASAKAN

Assalamualaikum. Rasanya tip dan info ini amat berguna untuk dikongsi bersama. Mungkin ramai rakan yang telah sedia tahu mengenai cara-cara penyediaan cili kisar dan telahpun mempraktikkannya. Tetapi bagi rakan-rakan yang belum tahu, Kak Noor kongsikan di sini untuk rujukan.  Tip ini diambil daripada blog Mamak Haji Roslan.   Penyediaan Cili Kisar Untuk Masakan: 1. Cili kisar yang bermutu boleh disediakan dengan memotong cili saiz kecil dengan gunting mengikut 45 darjah. 2.  Rebuskan sehingga cili lembut.  Kebiasaannya biji-biji cili akan gugur. Bersihkan rebusan dengan penapis.  3.  Kisar cili mestilah 1 bahagian cili di balang pengisar dan 1 bahagian air. Jangan sendatkan balang pengisar. Gunakan hanya 3/4 bahagian balang pengisar supaya balang mempunyai ruang.  4. Sekiranya kisaran menjadi kasar atau berat, masukkan satu sudu minyak masak ke dalam balang pengisar.  5. Kisaran perlu mengikut waktu yang ditetapkan oleh pembuat pengisar; kebiasaannya 1 mini

Ayam Masak Ros Mamak Penang, menu keluarga di hujung minggu.

Ayam Masak Ros Mamak Penang Rujukan:  Perniagaan Katering dan Restoren (Mamak Haji Roslan) Menu di hujung minggu, santai bersama keluarga. Sesekali masuk ke dapur menyediakan juadah yang special dari hari-hari biasa untuk famili. Walaupun banyak persediaan untuk menyediakan menu ini, tetapi hasilnya memang marvelous. Puas hati sangat bila tengok anak-anak dan Encik Hasben begitu berselera menikmati hidangan ini. Sesekali rajin di dapur...selalunya masak ala kadar saja. Rasa macam masakan lauk nasi kandar di restoran mamak. Patutlah lauk pauk di restoran mamak mahal harganya, bahan-bahan yang digunakan pun boleh tahan juga banyaknya. Ayam Masak Ros Mamak sedap dimakan bersama nasi tomato. Nasi tomato ini dimasak menggunakan periuk tekanan tinggi NOXXA. Hanya mengambil masa 6 minit, masak menggunakan fungsi high pressure, nasi telah masak dan sedia untuk dihidangkan. Resepi nasi tomato menggunakan periuk Noxxa boleh dirujuk di SINI . Diganding pul

Pajeri Nanas Berempah, stail masakan Oghang Utagha

Assalamualaikum. Inilah pajeri stail oghang Utagha. Pajeri nanas berempah memang popular di kalangan orang-orang sebelah Utara. Masakan ini sering dihidangkan semasa kenduri kahwin dan merupakan pembuka selera selain acar buah. Rempah, santan, dan kerisek merupakan antara bahan utama masakan pajeri ini.  Lain negeri, lain cara masakannya. Ada juga pajeri nanas kuning, yang dimasak tanpa menggunakan rempah, santan, dan kerisik. Hanya menggunakan serbuk kunyit dan cuka. Cara ini belum dicuba lagi.  Tetapi selain nanas, terung panjang, jantung pisang, mangga, dan buah kedondong juga digunakan untuk masakan pajeri.  Bahan-bahannya: 1 biji nanas masak  4 sudu makan kerisik 1 cawan susu sejat (dicampur dengan 3 cawan air) 2 biji cili hijau 2 sudu makan gula perang Gula putih secukup rasa Garam secukup rasa. Bahan-bahan dikisar: 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 5 sudu makan rempah kari daging Air secukupnya. Bahan-bahan Tumis : 3 biji bawang merah - di

Kari Udang Sayuran

Bahan-bahannya: ½ kilo udang sederhana besar 15 batang kacang buncis 2 biji ubi kentang - dipotong kecil 1 biji lobak merah – dihiris serong 2 biji cili hijau – dibelah dua tapi tak putus 1 cawan susu sejat dicampur dengan 3 cawan air) 1 keping asam gelugor (asam keping) Perasa garam dan gula secukupnya Bahan-bahan dikisar: (jadikan pes) 4 sudu besar serbuk rempah kari ikan dan udang BABAS 1 biji bawang besar - dihiris 4 ulas bawang putih - dihiris 1 cawan air Bahan-bahan ditumis: 3 ulas bawang merah (bawang kecil) - dihiris 3 ulas bawang putih - dihiris 1 inci halia dihiris mancis 1 sudu kecil jintan manis 2 tangkai daun kari Minyak secukupnya. Cara-cara Memasak: 1. Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bahan-bahan tumis dan tumis sehingga naik bau dan bawang kekuningan. 2. Selepas itu masukkan bahan-bahan kisar dan kacau rata. Gunakan api sederhana. Tutup periuk. Biarkan rempah m ereneh di atas dapur sehingga terbit minyak/pecah minyak. 3. Selepas rempah te

Ayam Paprik Ala Thai

Assalamualaikum dan Selamat Malam. Malam ini  Kak Noor just nak kongsi resepi Ayam Paprik Ala Thai yang dimasak petang tadi. Telah lama tak masak lauk ala Thai ini.  Permintaan daripada anak bongsu. Tapi kekurangan sayur-sayuran. Ayam baru sahaja dibeli oleh Encik Hasben pagi tadi. Cuma ada kacang buncis sahaja. Nasib baik dalam peti ais ada cili benggala, cili padi, serai, dan daun limau purut.  Inilah bahan-bahan yang menaikkan aroma masakan ayam paprik ini.  Sempat snap gambar sejurus selepas masak, fresh from kuali. Bahan-bahannya: 4 keping dada ayam (keel) – dipotong/dihiris kecil 3 ulas bawang putih – dihiris 4 biji bawang merah (bawang kecil) – dihiris 1 inci halia – dihiris mancis 2 labu bawang besar – dipotong gegelang 5 – 6 biji cili padi merah – dititik 2 batang serai – dititik ½ biji cili benggala (boleh pilih hijau/merah/kuning atau campur ketiga-tiga sekali) 5 – 6 helai daun limau purut – dikoyak hujungnya 3 sudu makan cili kering kisar 2 sudu ma