Sambal Tumis Sotong Kembang Petai, favourite anak bongsuku Cheela - 3x Makan Nasi. Seleranya dia....
Assalamualaikum. Sambal tumis sotong kembang dicampur petai, hidangan makan tengah hari untuk keluarga. Amat berselera sekali anakku Cheela makan hari ini. Tengah hari, petang, dan malam, asyik rasa lapar; minta nak makan nasi aje bila ibunya masak lauk favourite nya. Sejak cuti sekolah ini bertambah-tambah montel. Ibunye pun tak boleh masak sedap-sedap sangat, nanti baju sekolah tak muat pulak. Tapi tak pelah, sekarang ini bukan tiap-tiap hari Kak Noor meluangkan masa di dapur. Hanya hujung minggu sahaja. Hari-hari yang lain Chef Junior yang masak untuk adik-adiknya. Alhamdulillah, legalah sikit Kak Noor. Tak nak celoteh panjang, jom terus ke resepinya. Bahan-bahannya: 4 ekor sotong kembang Petai secukupnya - dibuang kulit dan dibelah 2 1 keping asam gelugor 2 sudu besar gula merah 2 sudu besar gula putih ½ kiub ikan bilis 1 sudu kecil sos sotong 1 sudu besar sos tiram 1 biji bawang besar – dipotong gegelang ½ cawan air Garam secukup rasa Minyak untuk m