Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Semoga di hujung minggu sebegini kita semua masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan di alam maya ini dengan penuh keceriaan dan menikmati detik waktu yang berharga bersama keluarga tercinta. Juga dimohon ke hadrat Illahi semoga dipanjangkan umur ibadah kita, Insya Allah.
Bagi Kak Noor sekeluarga, Alhamdulillah. Cuma agak lama juga Kak Noor tidak memuatkan cerita dan resepi terkini disebabkan komitmen yang perlu diberi perhatian. Maklumlah kalau dah mula mengarang dan menaip, sudah tentu memerlukan tempoh masa yang agak lama untuk kita memikirkan apa yang perlu dan yang patut ditulis untuk teman-teman pembaca.
Salah satu aktiviti yang meninggalkan memori indah percutian kali ini ialah barbeku. Sesekali apabila sanak saudara berkumpul, membakar ayam bersama-sama, bersembang sambil menjamu makanan yang masih panas diselangi dengan cerita dan gelak ketawa yang meriah amatlah menyeronokkan. Aktiviti ini dilakukan pada sebelah pagi iaitu sekitar jam 10.00 pagi. Kanak-kanaklah yang paling gembira, selepas mandi-manda di kolam dan bila perut terasa lapar, rehat sebentar sambil menikmati ayam barbeku dengan nasi lemak panas.
Dah agak panjang cerita Kak Noor, tetapi resepi tak muncul-muncul lagi. Resepi yang akan Kak Noor muatkan kali ini ada kaitannya dengan percutian di atas. Apa lagi kalau bukan resepi Ayam Barbeku. Resepi ini Kak Noor olah sendiri berdasarkan resepi-resepi barbeku yang pernah Kak Noor cuba sebelum ini. Apa komen mereka setelah merasainya sendiri? Komen adik lelaki Kak Noor, sedap dan terbaikkk! Betul ke sedap ni? Apapun teman-teman sekalian bolehlah mencuba sendiri resepi ini dan kemudian berikan komen, k.
AYAM BARBEKU, SAJIAN DAPUR BONDA
Bahan-bahannya:
2 ekor ayam (anggaran 4.5 kg)
Sos BBQ, dibancuh dengan sedikit air – untuk disapu di atas isi ayam semasa membakar
Bahan-bahan Perapan
Bahan-bahan A:
3 sudu besar sos BBQ
5 sudu besar gula perang (boleh ganti dengan madu)
2 sudu besar gula putih
Garam secukup rasa
1 biji lemon (diambil jusnya)
Bahan-bahan B (Dikisar halus dan dijadikan pes):
2 – 3 biji bawang besar (saiz besar) - dihiris
8 ulas bawang putih saiz besar
4 sm halia
4 sm kunyit hidup
2 sm lengkuas
4 – 5 batang serai - dihiris
3- 4 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk lada hitam halus (kalau nak pedas, boleh tambah lagi)
Anggaran air secukupnya
Cara-cara Penyediaannya:
1. Potong ayam mengikut citarasa anda. Bersihkan ayam dan toskan. Kelar sedikit permukaan isi ayam supaya bahan perapan mudah menyerap dan isi ayam cepat masak bila dibakar nanti.
2. Masukkan kesemua isi ayam di dalam bekas, diikuti dengan bahan-bahan perapan (bahan A dan bahan B). Gaul rata sehingga semua bahan sebati.
3. Masukkan ayam di dalam zipper beg. Kuantiti ayam yang dimasukkan di dalam zipper beg bergantung kepada saiz beg berkenaan. Boleh juga guna bekas plastik/tupperware bertutup untuk menyimpan ayam.
4. Perap ayam tersebut 1 – 2 malam di dalam peti ais (lagi lama perap lagi bertambah sedap).
5. Bakar ayam di atas bara api sehingga masak. Semasa membakar bolehlah disapu sos BBQ di atas isi ayam menggunakan serai (menambahkan aroma)
6. Ayam barbeku ini boleh dicicah dengan sos BBQ dan sos cili atau sos lain mengikut citarasa masing-masing.
Kolam mandi dan anak-anak tidak dapat dipisahkan |
Bagi Kak Noor sekeluarga, Alhamdulillah. Cuma agak lama juga Kak Noor tidak memuatkan cerita dan resepi terkini disebabkan komitmen yang perlu diberi perhatian. Maklumlah kalau dah mula mengarang dan menaip, sudah tentu memerlukan tempoh masa yang agak lama untuk kita memikirkan apa yang perlu dan yang patut ditulis untuk teman-teman pembaca.
Resort yang sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga |
Terdapat gazebo untuk beristirehat sambil menikmati keindahan pemandangan pantai, dan juga tempat untuk barbeku |
Bermula dengan kepemergian Kak Noor ke Dungun mengambil anak lelaki yang telah menamatkan semester pertama dan kemudian terus bercuti ke Kuala Terengganu, dan kemudian minggu berikutnya `family gathering’ di Port Dickson membuatkan Kak Noor begitu sibuk menguruskan itu dan ini. Dan… sudah tentu tidak dapat dinafikan keletihan pasti melanda. Walaupun telah beberapa kali memasuki blog dan cuba mencatatkan sesuatu, tetapi setiap kali itu juga idea `pending'. Cuma hari ini, ada kelapangan waktu untuk mengadap komputer dan memuatkan N3 yang telah agak lama pending di kotak fikiran.
Anak-anaklah yang paling ceria, bangun seawal pagi ingat kolam aje..... |
N3 kali ini Kak Noor just nak kongsi cerita mengenai `family gathering’ yang diadakan di Permaisuri Resort (Rumah Peranginan Persekutuan), Port Dickson. Sebenarnya telah agak lama Kak Noor sekeluarga dan adik-beradik serta bonda tidak bercuti bersama-sama. Ini adalah kali kedua Kak Noor sekeluarga bercuti di resort ini. Kali pertama adalah bersama rakan sepejabat dan keluarganya. Memandangkan tempat ini menarik dan sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga, di samping harga biliknya yang amat berpatutan khas untuk kakitangan kerajaan sahaja, maka Kak Noor telah memilih resort ini untuk `family gathering’.
Bila semua ahli keluarga dapat berkumpul, makan sambil bercerita dan bergelak ketawa. |
Tiga orang chef professional sedang membakar ayam. Kalau tak ada kipas, tudung tupperware pun jadi le.... (Time orang perempuan rehat, dan orang lelaki pula masak) |
Ayam oh! Ayam. Kaki ayam pun ada.... |
Salah satu aktiviti yang meninggalkan memori indah percutian kali ini ialah barbeku. Sesekali apabila sanak saudara berkumpul, membakar ayam bersama-sama, bersembang sambil menjamu makanan yang masih panas diselangi dengan cerita dan gelak ketawa yang meriah amatlah menyeronokkan. Aktiviti ini dilakukan pada sebelah pagi iaitu sekitar jam 10.00 pagi. Kanak-kanaklah yang paling gembira, selepas mandi-manda di kolam dan bila perut terasa lapar, rehat sebentar sambil menikmati ayam barbeku dengan nasi lemak panas.
Berasap! Cepat dimasak, sedap dimakan sehingga menjilat jari.. |
Nostalgia semasa zaman kanak-kanak; nasi putih, sardin, dan kicap, set hidangan lengkap yang pasti menyelerakan. Macam iklan promosi sardin cap ayam pulak dah! |
Memang berselera sungguh! Kemudian terjun kolam kembali. Selepas tu lapar lagi! Tapi ayam barbeku dah habis….. yang ada cuma sardin tin cap ayam. Sardin pun sardin le…. Panaskan aje sardin tu kemudian dimakan dengan nasi putih. Walaupun juadahnya tidak seberapa, tetapi itu sudah cukup menyelerakan kanak-kanak, tidak terkecuali hubby Kak Noor sendiri. Tapi… kalau nak lebih sedap, taruh kicap. Teringat menu ini semasa zaman kanak-kanak. Nasi panas, sardin tin, dan kicap; set hidangan lengkap yang menyelerakan dan boleh bertambah nasi!
Sos BBQ Heinz, antara bahan yang digunakan untuk memerap ayam. Juga boleh disapu ketika membakar ayam, dan juga sebagai pencicah. |
Dah agak panjang cerita Kak Noor, tetapi resepi tak muncul-muncul lagi. Resepi yang akan Kak Noor muatkan kali ini ada kaitannya dengan percutian di atas. Apa lagi kalau bukan resepi Ayam Barbeku. Resepi ini Kak Noor olah sendiri berdasarkan resepi-resepi barbeku yang pernah Kak Noor cuba sebelum ini. Apa komen mereka setelah merasainya sendiri? Komen adik lelaki Kak Noor, sedap dan terbaikkk! Betul ke sedap ni? Apapun teman-teman sekalian bolehlah mencuba sendiri resepi ini dan kemudian berikan komen, k.
AYAM BARBEKU, SAJIAN DAPUR BONDA
Bahan-bahannya:
2 ekor ayam (anggaran 4.5 kg)
Sos BBQ, dibancuh dengan sedikit air – untuk disapu di atas isi ayam semasa membakar
Bahan-bahan Perapan
Bahan-bahan A:
3 sudu besar sos BBQ
5 sudu besar gula perang (boleh ganti dengan madu)
2 sudu besar gula putih
Garam secukup rasa
1 biji lemon (diambil jusnya)
Bahan-bahan B (Dikisar halus dan dijadikan pes):
2 – 3 biji bawang besar (saiz besar) - dihiris
8 ulas bawang putih saiz besar
4 sm halia
4 sm kunyit hidup
2 sm lengkuas
4 – 5 batang serai - dihiris
3- 4 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk lada hitam halus (kalau nak pedas, boleh tambah lagi)
Anggaran air secukupnya
Cara-cara Penyediaannya:
1. Potong ayam mengikut citarasa anda. Bersihkan ayam dan toskan. Kelar sedikit permukaan isi ayam supaya bahan perapan mudah menyerap dan isi ayam cepat masak bila dibakar nanti.
2. Masukkan kesemua isi ayam di dalam bekas, diikuti dengan bahan-bahan perapan (bahan A dan bahan B). Gaul rata sehingga semua bahan sebati.
3. Masukkan ayam di dalam zipper beg. Kuantiti ayam yang dimasukkan di dalam zipper beg bergantung kepada saiz beg berkenaan. Boleh juga guna bekas plastik/tupperware bertutup untuk menyimpan ayam.
4. Perap ayam tersebut 1 – 2 malam di dalam peti ais (lagi lama perap lagi bertambah sedap).
5. Bakar ayam di atas bara api sehingga masak. Semasa membakar bolehlah disapu sos BBQ di atas isi ayam menggunakan serai (menambahkan aroma)
6. Ayam barbeku ini boleh dicicah dengan sos BBQ dan sos cili atau sos lain mengikut citarasa masing-masing.
SELAMAT MENCUBA...
Ulasan