Langkau ke kandungan utama

TOMYAM AYAM ALA THAI

Hari ini telah masuk seminggu kita berpuasa.  Mungkin berasa keletihan sedikit sebab cuaca di luar amat panas sekali.  Kalau semasa di pejabat sejuk aje... rasa air con.  Bila dah keluar pejabat, barulah terasa kepanasannya.  Semuanya dugaaan daripadaNYA. Kalau hari ini kita tidak tahan menghadapinya, bagaimana pula semasa di padang Mashyar nanti,  panasnya seakan-akan matahari berada sejengkal dari kepala kita.

Bagi  ibu-ibu yang bekerja di pejabat pada bulan Ramadhan ini, tentu terasa penat. Semuanya nak `rushing' balik awal sebab ada tugas khas yang masih menanti di rumah, iaitu menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga. Topik yang selalu menjadi perbincangan hangat sesama ibu di pejabat `nak masak apa hari ni ye!’ Pening juga memikirkan apa yang hendak dimasak untuk keluarga pada setiap hari. Bagi ibu-ibu yang kepenatan, mungkin mengambil jalan  mudah semasa berbuka puasa nanti iaitu membeli lauk-pauk `instant’ yang dijual di gerai sahaja. Pelbagai lauk pauk dan kuih-muih ada, main tunjuk-tunjuk aje…. Kemudian bayar. Dah siap pun hidangan untuk berbuka puasa…. Balik rumah, dapatlah rehat sebentar sementara menanti waktu berbuka. 

Tetapi ada juga ibu-ibu walaupun kepenatan bekerja seharian di pejabat, masih wajib memasak untuk keluarganya. Kemungkinan kerana suami atau anak-anak memang tidak gemar dengan masakan luar. Walaupun ringkas masakannya atau sekadar telur dadar telah cukup untuk mereka menikmatinya. Bagi keluarga Kak Noor, tak berapa kisah sangat.  Ada kalanya beli dan ada kalanya masak sendiri.

Bagi ibu-ibu yang bekerja Kak Noor nak kongsi resepi yang boleh dikatakan ringkas juga untuk memasaknya. …. iaitu Tomyam Ayam Ala Thai. Kak Noor gunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah sahaja.   Mari kita tengok resepinya.



Bahan-bahannya: 
Beberapa ketul daging ayam dipotong kecil
3 sudu besar pes tomyam Thai
Beberapa helai daun limau purut
2 batang serai – dititik
5 – 6 biji cili padi - diketuk
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar susu pekat
2 biji limau nipis – diperah dan diambil jusnya
Garam secukup rasa
1 labu bawang besar – dipotong bulat
Bunga kobis
Lobak merah – dipotong bulat
1 batang daun saderi – dipotong pendek
1 biji buah tomato
6 batang crab filament stick - dipotong pendek
(Banyaknya penggunaan sayur terpulang kepada citarasa masing-masing)

Penyediaannya:
1. Masukkan air secukupnya bersama pes tomyam, serai, limau purut, dan cili padi. Kacau dan masak sehingga mendidih.
2. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk.
3. Perasakan dengan garam, susu pekat, sos ikan, dan jus limau nipis. Kacau rata. Akhir sekali masukkan bunga kobis, lobak merah, bawang besar, buah tomato, batang saderi dan crab filament stick. Biarkan sebentar sehingga mendidih, dan kemudian tutup api
4.  Bolehlah dihidangkan.  Sedap dimakan sewaktu tomyam masih panas.

Ulasan

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata…
assalam...
tomyam ni memang feberet.. sayangnya suami pulak kurang suka.. jd jarang2 masak kat rumah.. tunggu suami tak mkn kat rumah barulah msk...
Kak Noor berkata…
Biasalah orang lelaki ni masakan masam kurang sikit. Selalunya orang perempuan sahaja yang suka sesangat.
adda syuhada berkata…
kalau dpt la hirup kuah dia ni sedapnya la Kak Noor...ni salah satu peberet sy & En Hubby..kalau dpt kt En Hubby..dlm pinggan pun dia bleh hirup kuah..
Kak Noor berkata…
Hirup masa panas-panas tu.... berpeluh satu badan!
MaDiHaA a.k.a Ratna berkata…
salam noor...
saya mintak izin letak resepi di blog saya ye.. dah beberapa kali juga memasak guna resepi noor ni sebab sedap sgt di tekak sy.. baru kali ni sempat snap gambar.. t.kasih ye..
Kak Noor berkata…
Akak dah jengok blog madiha. Terima kasih kerana sudi mencuba resepi dari SDB. Terliur pula akak tengok tom yam yang Madiha masak. Resepi ini akak dapat dari anak bujang jati Padang Besar, satu tempat kerja dengan Kak Noor. Dia kata kalau nak tahu kenapa tom yam di sebelah Thailand sedap, susu pekatlah rahsianya. Ramai orang yang tak tahu. So... dalam blog SDB akak kongsikan bersama.
Unknown berkata…
saya pun nk m,tak izin masukan dlm blog saya..bru hari ni nk cuba sebab lain dri tomyam yg biasa saya buat..tq for sharing
Silakan. Akak izinkan. Kalau sedap bagitahu kak noor ye!

Catatan popular daripada blog ini

LAKSA PENANG

Antara menu hidangan yang disajikan untuk para tetamu sempena majlis ulang tahun hari lahir anak bongsu Kak Noor yang ke-8 tahun ialah Laksa Penang. Laksa Penang memang menjadi kegemaran keluarga Kak Noor. Puas hati masak sendiri daripada beli kat kedai kerana ia menepati citarasa sebenar Laksa Penang. Di sini Kak Noor nak kongsi menu Laksa Penang untuk lebih kurang 30 - 40 orang makan. Bahan-bahannya: 3 kg ikan mata besar (boleh guna ikan kembong dan ikan sardin) 1 ekor ikan tongkol sederhana besar (Direbus bersama beberapa keping asam gelugor) 4 bungkus laksa kering 7 - 10 keping asam gelugur 2 kuntum bunga kantan dibelah dua, batang diketuk 4 sudu besar pes udang 2 cekak daun kesum / cenohom 4 cm keratan lengkuas (diketuk) 6 batang serai (diketuk) Garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa. Bahan-bahan untuk dibuat pes (dikisar halus): Anggaran RM3.00 cili kering dibuang biji (boleh tambah ikut kepedasan). Perlu direbus. 3 ulas bawang putih. 4 biji bawa

AYAM MASAK ASAM KAMPUNG (STAIL NENDA)

Assalammualaikum. Kak Noor bersiaran lagi pagi ini. Hari ini Kak Noor cuti; cuti ganti Tahun Baharu Cina hari itu. Valid hanya sebulan sahaja, so dah hampir nak expire, ambil ajelah sambil santai-santai di rumah.  Resepi ini terlebih dahulu telah Kak Noor poskan dalam FB Kak Noor. Dah agak lama juga tak masak resepi ini. Dalam blog pun tak pernah dikongsikan resepi ini. Resepi ini agak mudah dan ringkas sahaja, dan cepat penyediaannya. Kadang-kadang bila tak ada selera, perlulah fikirkan sesuatu menu yang boleh membuka selera walaupun lauk itu kita nampak macam biasa sangat. Masakan itu perlulah ada rasa sedikit masam dan manis. Masa itulah terfikir untuk menyediakan ayam masak asam stail kampung ini. Biasanya Kak Noor menggunakan ikan, tapi ada juga masanya Kak Noor tukarkan kepada ayam. Memang sedap bila dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman. Lagipun dalam situasi Kak Noor yang tidak berapa sihat disebabkan slip disk, perlulah

Kari Ikan Pari

Bahan-bahannya:  500 gm ikan pari – dipotong kepada beberapa keping 10 batang bendi 1 biji terung panjang – dipotong serong 1 biji tomato – dibelah empat 2 biji cili hijau 4 – 5 tangkai cili kering – dibasuh dan dipotong kecil 1 sudu besar pati asam jawa 1 cawan pati santan + 2 cawan air Garam secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Bahan mesin (A): 4 sudu besar rempah kari 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil serbuk cili 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih Air secukupnya (Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dimesin dengan air hingga halus) Bahan tumis (B): 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 sudu besar halba campur 2 tangkai daun kari Cara-cara memasak: · Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan (B) sehingga terbit bau dan bawang kekuningan. · Kemudian masukkan bahan mesin (A) dan kacau. Tutup periuk dan masak sehingga rempah terbit minyak.