Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2015

Menu di Hujung Minggu, Asam Pedas Tumis Sotong

Assalamualaikum dan Selamat Tengah Hari terutama sekali kepada ibu-ibu yang sedang memikirkan apakah menu yang ingin dimasak untuk keluarga di hujung minggu ini. Seperti ibu-ibu yang lain pada setiap hujung minggu, Kak Noor mesti memikirkan apakah menu tengah hari yang hendak dipersembahkan untuk keluarga . Seperti biasa pada setiap hari Sabtu Encik Hasben akan ke pasar tani membeli lauk-pauk untuk bekalan seminggu. Ada sotong, ayam, dan udang. Ikan jarang sangat dibeli sebab anak-anak tak berapa gemar ikan. Ikan sekarang pun dah mahal, kalau masak tetapi tidak dimakan akan terbuang begitu sahaja. Dah kira membazir tu . Kak Noor jarang ke pasar tani ini sebab kalau dah ikut Encik Hasben, round lama di pasar tani tu... Biasalah orang perempuan ini, nak tengok tu, nak tengok ni, nak belek dulu barang sebelum membeli, dan kadang-kadang membeli barang yang tiada dalam list pun. Bila balik rumah dah letih, tak larat ke dapur. Last sekali beli lauk di gerai aje.

Nasi Goreng Bonda, sarapan pagi untuk keluarga di hujung minggu

Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Hari ini hari Sabtu. Bagi ibu-ibu yang bekerja lima hari seminggu, hari ini adalah waktu untuk bersama keluarga. Tentu pagi-pagi lagi ibu telah bangun untuk menyediakan sarapan pagi untuk keluarga. Cuma cuti hujung minggu sebegini sahaja semua ahli keluarga dapat berkumpul semeja untuk bersarapan bersama. Tak terkecuali juga Kak Noor. Pagi ini Kak Noor cuma sediakan nasi goreng untuk keluarga. Semalam En. Hasben tolong masak nasi sebab nasi dah habis. Kesian pula kepada anak-anak yg belum dinner lagi. Pagi ni tengok nasi di dalam periuk tidak terusik pun. Bila tanya nape x makan nasi, masing-masing jawab diet x nk makan masi malam. So pagi ini buat nasi goreng ajelah untuk breakfast. Sebelanga tu....silap haribulan boleh sampai lunch ni. So tak yahlah ibu masuk ke dapur lagi. Kasi langsai nasi goreng tu dahulu baru ibu masak. Ibu nak mentelaah di depan komputer pagi ini. Update apa-apa yang patut sebab dah lama sepi tanpa berit

Homemade Cookies Sajian Dapur Bonda: White Chocolate Cranberry Crunchy Cookies -

Assalamualaikum. White Chocolate Cranberry Crunchy Cookies atau dalam terjemahan bahasa ibunda kita,  Biskut Rangup Cranberry Coklat Putih. Dah terbiasa dengan nama biskut omputih ni, bila diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia, rasa macam tak berapa sesuai dan tak berapa sedap pula bila disebut.  Walau bagaimanapun kita mesti memperkayakan bahasa kita, `Cintailah Bahasa Kita'. Mungkin pada mulanya kita rasa janggal, tetapi lama-kelamaan akan jadi biasa. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Kalau selalu kita gunakannya, lama-lama pasti sedap didengar. Hari ini Kak Noor nak kongsi salah satu Biskut ini adalah salah satu produk Biskut Homemade Sajian Dapur Bonda. Memang rangup dan enak. Telah dua tahun berturut-turut Kak Noor menerima tempahan biskut ini daripada pelanggan sama ada yang tinggal di Kuala Lumpur atau di luar Kuala Lumpur. Rata-rata maklum balas yang diterima amatlah memberangsangkan. Mereka berpuas hati dengan kerangupan dan keenakan

Kuih Keria, faveret sejak dulu dan selama-lamanya.

Assalamualaikum. Seingat Kak Noor boleh dikira jari berapa kali saja kuih keria ini pernah dibuat oleh Kak Noor sejak berkahwin 26 tahun lalu. Lebih kerap dibeli di kedai untuk sarapan pagi dan minum petang. Kuih keria ini merupakan kuih faveret Kak Noor sejak kecil lagi. Kriteria kuih keria yang menjadi faveret Kak Noor mestilah teksturnya rasa lebih ubi dan disalut oleh banyak gula. Hmm... sedap tu.... lupa diet seketika.  Walaupun nampak mudah dibuat, tetapi sekiranya resepi yang digunakan tidak betul, maka hasilnya tentu tidak menepati citarasa. Tetapi Kak Noor tengok orang dulu-dulu tak ikut resepi sangat. Pakai agak-agak aje bancuhannya. Mungkin dah selalu buat; alah bisa tegal biasa. Tapi Kak Noor taklah seterror orang dulu-dulu tu. Masih dok rujuk resepi sebab masih tak konfiden nak guna sukatan agak-agak tu.  Takut terlajak lembik atau terlajak keras bancuhannya. Untuk lebih konfiden Kak Noor layari You Tube untuk mendapatkan resepi Kuih

Sambal Manis, Kombinasi Tauhu & Sosej

Assalamualaikum dan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog Sajian Dapur Bonda ini. Malam ini Kak Noor luangkan masa di hadapan komputer. Nak update beberapa menu untuk dikongsi bersama. Menu ini Kak Noor masak tengah hari tadi. Sambal manis, kombinasi tauhu dan sosej boleh menghasilkan satu menu yang ringkas, tetapi tetap membuka selera anak-anak. Pada mulanya plan nak masak sambal manis tauhu sahaja, tetapi bila buka peti ais tengok tauhu yang dibeli semalam hanya tinggal empat keping sahaja. Tak payah siasat siapa yang ambil. Kalau dah terkurang tu, siang-siang dah tau kerja Encik Hasben la.. yang memang suka makan tauhu mentah ni! Terpaksalah siibu fikir altenatif lain untuk memeriahkan lagi lauk ini. Nasib baik semalam beli empat paket sosej untuk dibuat roti sosej. Itulah jalan penyelesaiannya. Campur sosej aje dalam sambal manis ini. Memang faveret anak-anaklah sosej ni. Sosej ini digoreng sama seperti tauhu sebelum dimasukkan di dalam samb

Roti Pertamaku, Roti Sarang Lebah @ Bee Hives Bun

Assalamualaikum. Roti Sarang Lebah atau dalam bahasa omputihnya `Bee Hives Bun'. Roti ini telah menjadi fenomena masa kini di kalangan chef-chef roti yang termasyhur dan tidak kurang juga di kalangan `chef yang bertaraf amatur'.  Ramai juga kawan-kawan yang bukan bertaraf chef dapat menyediakan roti ini dengan begitu baik sekali. Gambar roti yang diposkan bisa bikin orang yang melihatnya terasa akan kesedapan dan keenakan roti tersebut. Dan... tidak secara langsung orang yang zero knowledge dan tidak pernah membuat roti selama ini pun ingin mencuba membuatnya. Bagi sesiapa yang tidak pernah menghadiri kelas membuat roti, maka resepi yang dikongsi dalam FB atau blog oleh rakan-rakan yang telah mahir membuat roti menjadi rujukan. Ada juga di kalangan rakan-rakan FB dan blogger yang rajin memuatkan resepi berserta gambar dan langkah-langkah membuatnya.  Ini telah banyak membantu dan memudahkan rakan-rakan yang masih baru nak bereksprimen dengan roti.

Variasi Mee Leper Goreng (Pedas dan Kicap)

Salam semua. Just nak kongsi dengan kekawan semua resepi mee leper goreng ini.  Sebenarnya tak pernah makan dan tak pernah masak mee leper ini.  Mee leper ini Encik Hasben beli di pasar tani Setiawangsa, sebungkus RM3.00, produk muslim.   Tak tahu nak panggil mee apa sebab first time baru beli. Disebabkan bentuknya leper, kita panggil mee leper aje. Sebungkus digoreng pedas dan sebungkus lagi digoreng kicap. Cara masakannya lebih kurang sama sahaja macam mee goreng biasa.   Okay, kita tak payah cerita panjang-panjang.  Jom tengok kedua-dua resepi mee ini.  Resepi ini memang simple dan mudah.  Anak bujang pun boleh memasaknya. Mee Leper Goreng (Pedas) Oleh Sajian Dapur Bonda Bahan-bahannya: 1 bungkus mee leper - dibasuh dan ditoskan Sotong secukupnya untuk rencah 1 senduk nasi cili kering 1 biji bawang besar - dicincang kasar 3 ulas bawang putih - diketuk 1 cawan air 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos cili 1 sudu kecil perencah TUMIX Ga

Menu Untuk Minum Petang: Cucur Jagung Ikan Bilis, rangup dan enak

Assalamualaikum. Inilah juadah minum petang yang sempat Kak Noor sediakan untuk keluarga petang tadi. Rajin-rajinkan diri masuk ke dapur bila tekak ini rasa nak makan cucur jagung. Lagipun memang dah berkira-kira sejak semalam nak buat cucur jagung ini memandangkan dah seminggu tongkol jagung itu berada di dalam peti ais. Kalau tunggu lagi seminggu, alamatnya busuklah jagung tu. Membazirlah pulak kan..  Sebenarnya anak perempuan sibongsu request minta dimasak bubur jagung kegemarannya. Tetapi cuma ada dua tongkol jagung sahaja. Kalau masakpun tak cukup untuk sekeluarga makan, melainkan jika dicampur dengan gandum. Tetapi gandum pun tak ada.  Malas pula ke kedai untuk membeli. Tak apelah.. lain kali ibu masakkan. Hari ini kita makan cucur jagung dulu. Lagipun dah lama tak makan cucur jagung ni. Cucur jagung ini Kak Noor masukkan sedikit ikan bilis supaya rasa enak lagi.  Kak Noor juga kurangkan penggunaan tepung supaya cucur ini lebih rangup dan sedap. Cucur Jagung Ik

Fenomena Brownies Kedut

Salam Ceria dan Santai di Hujung Minggu. Assalamualaikum. Sekarang ini fenomena orang membuat Brownies Kedut. Di FB dok tayang gambar-gambar brownies dengan pelbagai resepi masing-masing. Terliuq cheq tengok...dan teruja tahap gaban juga dengan tayangan gambar oleh rakan-rakan kita ini. Sampai kenyanglah tengok gambar. Dari sehari ke sehari nak cuba buat, tapi tak buat -buat juga. Hati terpaut dengan gambar dan resepi brownies kedut yang diposkan oleh Rahel Blogspot dalam FB. Melihat pada bahan-bahan yang digunakan dan cara-cara membuatnya, rupa-rupanya brownies kedut ini agak mudah juga membuatnya jika dibandingkan dengan kek. Akhirnya.....!  dapat juga buat brownies kedut ini ikut resepi rahel blogspot. Ternyata cubaan pertama berjaya dan mendapat ucapan tahniah daripada tuan punya resepi. Mungkin wajahnya tak sesempurna brownies kedut yang dibuat oleh sifu, tetapi anak-anak dan rakan-rakan pejabat semua kata marvellous. Hari ini buat brownies