Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2015

Daging Masak Lada Hitam Kicap Manis

Assalamualaikum dan Selamat Tengah Hari. Menu apa tengah hari ini ye? Apapun menunya, syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana kita masih dapat menikmati masakan kegemaran mengikut pilihan dan citarasa kita. Ini cerita pagi tadi.  Sempat masak lauk untuk makan tengah hari sebelum berangkat ke tempat kerja. Telah agak lama tidak memasak pada waktu pagi; sejak anak-anak telah dewasa dan masing-masing telah pandai uruskan diri sendiri. Soal makan minum telah boleh diuruskan oleh mereka, yang penting ada bahan tersedia di dalam peti ais. Lagipun masing-masing nak menjaga penampilan, dalam erti kata lain `diet', so selera tak seperti dulu lagi.  Pagi ini `terajin' pula siibu hendak memasak. Sejak semalam lagi menu ini ada dalam kepala. Menu daging masak lada hitam kicap manis.  Emm... sedap ni bila dimakan bersama-sama nasi panas. Ini bukan daging korban ye!  Daging korban telah selesai dibuat sup sehari selepas hari raya korban.  Ini daging t

Biskut Cip Rich Coklat (Rich Chocolate Chip Cookies)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Hari ini hari Ahad. Emm... esok kerja. Ambil cuti sehari sebelum hari raya lagi untuk menyediakan juadah untuk Hari Raya Aidil Adha. Rancang nak balik beraya dengan bonda dan adik beradik di Utara, tetapi anak-anak pula tak dapat cuti. Cuma cuti yang digazetkan, itu saja. Tak seronok pula balik tanpa anak-anak.  Kasihan tinggalkan mereka di pagi raya.  Lagipun Hari Aidil Fitri hari itu Kak Noor sekeluarga dah pulang beraya di sana. So raya kali ini, raya di sini pula. Adalah buatlah makan sikit-sikit, ala-ala open house gitu... Ramailah rakan-rakan anak yang bertandang. Sempatlah juga buat biskut cip coklat ini. Lagipun ada customer yang order. Alang-alang dah buat untuk customer, buat sekali untuk famili. Bolehlah dibuat kudapan keluarga dan dijamu kepada tetamu yang bertandang. Orang kongsi resepi lauk pauk, tapi untuk tengah hari ini Kak Noor tak masak. So tak lehlah share resepi. Bihun goreng untu

Cucur Susu Lemak Manis

Assalamualaikum. Ini cerita petang tadi. Dalam dok busy update blog, si bongsu nak makan cucur manis pula. Dok asyik tanya berkali-kali bila ibu nak buat. Sedangkan kita dok tengah rancak mengarang. Hanya weekend aje yang boleh ngadap komputer lama-lama dan update apa yang patut. Tentulah dah `berakaq' di tempat duduk dan malas sekali nak bangun ke dapur. Tapi kesian juga, dah lama tak buat cekodok faveretnya sejak sibuk menyemperit tiap-tiap hari. Demimu anakku, ibu tinggalkan Sajian Dapur Bonda sejenak untuk memenuhi permintaanmu. Teringat kembali Kak Noor ada save resepi cucur manis  daripada FB dalam handphone. Resepi ini ada kelainan dari segi penggunaan bahan-bahannya. Itu yang teruja sangat hendak mencubanya. Sebenarnya sekejap sahaja untuk membuatnya. Tak sampai 10 minit dah siap bancuhan adunannya. Cukuplah satu adunan untuk percubaan kali pertama. Kalau sedap, boleh bancuh lagi. Memang sedap sangat cucur manis ini. Dalamnya gebuss...

Kek Pisang Berangan Cip Coklat dan Cip Butterscoth

Selamat petang semua. Bila petang begini, rasa lapar pula. Rasa malas sangat nak keluar dari rumah. Lebih teruk, bila malas nak masuk dapur. He...he... kadang-kadang memang wujud rasa malas tu. Mungkin pada hari-hari lain kita terlebih rajin ke dapur, tapi ada suatu ketika itu terlebih malas pula nak masuk dapur.     Tu le... rasa hari ini macam nak lepak aje..., tak nak buat apa-apa.  Namapun hujung minggu.  Masa untuk relax dan santai-santai. Kalau boleh nak ada orang hidangkan makanan di depan mata kita.  Jadi `mem' kejap.  Lebih-lebih lagi kalau telah mengadap komputer untuk mengemas kini blog yang telah berkurun tak up-date . Memang `berakaq' le... kat kerusi tu, berganjak jauh sekali kalau tugas belum selesai. Semalam selepas selesai menyediakan tempahan tart nanas kerang untuk pelanggan, rasa terajin pula nak buat kek pisang. Lagipun kelmarin, pagi-pagi lagi Encik Hasben telah ke pasar tani untuk membeli pisang. Sebelum semua pisang itu

Lala Masak Rasa Tomyam, Selera Thai untuk `lunch' hari ini.

Assalamualaikum. Selamat bercuti hujung minggu bersama keluarga. Semoga semua sihat-sihat belaka dan ceria di samping keluarga tercinta. Untuk menu tengah hari hari ini, Kak Noor masak menu selera Thai pula. Pagi tadi pesan kepada Encik Hasben suruh beli lala sebab dah jemu masak menu ayam dan ikan aje. Selalunya lala ini Kak Noor masak lemak cili padi dan sambal sweet sour. Anak-anak lebih gemar masak sambal sweet sour. Tetapi hari ini nak tukar selera pula. Nak cuba masak lala selera Thai. Emm.... memang sedap sangat. Rasa tom yam menjadi pembuka selera. Ni yang takut nak masak sedap-sedap. Selera pun apa lagi., emm... bertambah-tambah le... Sekali sekala apa salahnya makan bertambah kan! Hari-hari biasa kita diet pulak. Resepi Lala Masak Rasa Tomyam Oleh Sajian Dapur Bonda Bahan-bahan: 1 kg. siput lala - direndam seketika dengan sedikit garam, kemudian dibasuh dan ditoskan. 2 sudu besar pes tomyam thai 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos cili th

I'M IN LOVE WITH SAMPERIT.... `Order and Bake, Fresh from Oven'

Assalamualaikum. Selamat bercuti di hujung minggu. Semoga ceria dan gembira bersama keluarga tercinta. Hari ini juga diceraikan dengan samperit beraneka warna. Cuba tengok foto-foto samperit yang dimuatkan. Warna-warnamya menceriakan suasana. Sesiapapun yang melihatnya tentu terpikat dan teruja nak merasa samperit ini. Samperit Susu Samperit ini merupakan antara produk homemade Sajian Dapur Bonda yang paling banyak mendapat tempahan daripada pelanggan. Tempahan samperit ini dibuka sepanjang tahun; bukan sahaja pada musim perayaan.  `Order, & Bake Fresh From Oven' itulah konsep Sajian Dapur Bonda. `Anda tempah,saya buat'. Samperit Susu Cheese ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada pelanggan. Ada yang telah repeat order; mungkin tak jemu memakannya. Banyak komen yang diterima mengatakan ia sedap dan lemak berkrim. Di samping itu ramai yang teruja dengan bentuk bunga samperit ini dan sering bertanyakan acuan yang digunakan. Resepi ya

Kuih Cara Manis

Assalamualaikum. Kuih Cara Manis , salah satu kuih tradisional yang masih dihidangkan untuk sarapan pagi dan minum petang. Semasa kecil, nenda Kak Noor suka buat kuih ini. Maklumlah tinggal di kampung. Bila telah penat bermain dengan kawan-kawan, nenda selalu hidangkan juadah petang seperti jemput-jemput ikan bilis, cekodok pisang, lempeng, pisang goreng, bingka, dan pelbagai lagi kuih-muih tradisional. Sedap dan berselera bila ditemani kawan-kawan makan bersama. Menghirup pula teh o wangi panas-panas. Hmm.... sedih pula bila terkenang saat-saat terindah ini. Semuanya nostalgia yang ditinggalkan melalui catatan di halaman ini.  Ok... berbalik kepada kuih cara manis tadi. Sebenarnya dah berzaman juga acuan kuih cara disimpan sebagai harta karun di dalam almari. Inilah satu-satunya acuan kuih cara yang Kak Noor ada. Seingat Kak Noor acuan ini dibeli pada tahun 1989 semasa tinggal di Padang Besar. Bila berkahwin Kak Noor berhenti kerja dan mengikut