Langkau ke kandungan utama

Ayam Kicap 3 Rasa

Assalamualaikum.



Ayam Kicap 3 Rasa ini Kak Noor masak kelmarin pagi sebelum Kak Noor berangkat ke tempat kerja. Ada kelainan sedikit ayam masak kicap 3 rasa ini. Banyak kombinasi bahan-bahannya. Ye lah, kalau masak kicap biasa, jemulah pula. Dah biasa sangat masak kicap yang ringkas gitu... anak-anak pun tak berselera nak makan.
  


So apa kata kita olah resepi biasa yang sedia ada kepada satu resepi baharu yang ada kelainan rasanya. Kalau bab nak olah resepi ini, suka sangat  Kak Noor ni.  Bereksperimen dan try & error dengan menu-menu asal.  Bukan dalam bidang sains sahaja kita buat eksperimen, tetapi dalam bidang masakan pun kita boleh juga.   Maka hasilnya, terciptalah satu resepi baharu. 



Ayam Kicap 3 Rasa ini, masakannya ala mamak style sebab menggunakan daun kari untuk menumis. Di samping itu ada juga campuran rempah untuk memberi kelainan kepada masakan ini.

Nak tahu sendiri apa rasanya?  Cuba masak menggunakan resepi di bawah ini.

Resepi Ayam Kicap Rasa
(Oleh: Kak Noor @ Sajian Dapur Bonda)

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam organik - dipotong kecil
1 biji tomato dipotong wedges
2 biji bawang besar - dipotong bulat
1 senduk nasi cili kering kisar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu besar gula merah
1 sudu besar kismis
1 sudu besar madu
Kicap manis dan kicap masin secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan tumis:
2 tangkai daun kari
1 batang serai dititik
1 inci halia - diketuk

Bahan-bahan ditumbuk atau dikisar kasar (guna blend chopper):
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
8 biji cili padi merah

Cara-cara memasaknya:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis daun kari, serai, dan halia sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan bahan kisar dan kacau rata sehingga bahan-bahan kisar kekuningan.
3. Selepas itu masukkan cili kering kisar, jintan manis, dan jintan putih. Kacau lagi sehingga naik bau.
4. Selepas cili nampak garing, masukkan ayam. Kaup balikkan ayam sehingga bergaul mesra. Masukkan air secukupnya. Biar ayam mereneh di atas dapur dengan api perlahan.
5. Bila ayam telah empuk, masukkan gula merah, madu, kismis, kicap manis dan kicap masin. Gaul rata dan biarkan ia mendidih sekali lagi.
6. Untuk memekatkan kuah, bancuh 1 sudu besar tepung jagung dengan air dan tuangkan ke dalam kuah kicap tadi dan kacau.
7. Sebelum tutup api, masukkan bawang besar yg dipotong bulat, buat tomato, dan daun sup.
8. Sedia untuk dihidangkan

Catatan popular daripada blog ini

Rendang Tok Versi Ayam, inspirasi Sajian Dapur Bonda

Assalammualaikum dan Salam Ceria di Hujung Minggu. Menu yang ingin dikongsikan pada N3 kali ini ialah Rendang Tok. Bila sebut aje Rendang Tok, biasanya daging yang digunakan ialah daging lembu. Tak pernah lagi Kak Noor jumpa resepi Rendang Tok guna daging kambing ke.. daging itik ke... daging rusa ke... Tapi daging ayam pernah kot.. tapi mungkin jarang-jarang.  Orang lebih suka masak rendang tok guna daging lembu. Mungkin disebabkan ketahanannya, tekstur daging tak cepat hancur walaupun dah seminggu dibandingkan dengan daging ayam. Boleh dipanaskan sehingga kering,  dan bila dah tekstur daging dah hancur jadi serunding daging pula.  Okay.. kalau dah biasa sangat masak Rendang Tok Versi Daging, kali ini Kak Noor ingin berinspirasi pula dengan Rendang Tok Versi Ayam pula. Tapi Rendang Tok Ayam ini tak boleh tahan lama, teksturnya dagingnya cepat hancur. Paling lama dua hari sahaja. Lagipun ia masih berkuah, tidak seperti Rendang Tok Dagi...

UDANG MASAK MASALA

Assalamualaikum. Hari ini terpaksa ambil EL.  Sejak seminggu yang lalu dah rasa macam nak demam, tapi x juga demam-demam.  Hari ini mungkin dah sampai ke kemuncaknya.  Lemah longlai sangat badan ni, dah terdaya untuk melangkah ke tempat kerja.  Rasa nak rehat aje kat rumah.  Biasalah walaupun bercuti kerja pejabat, tetapi ibu tak boleh cuti di rumah.  Masih meneruskan tugas dan tanggungjawab seorang ibu.  Dapur mesti berasap. Bila dah rasa ok, bangun untuk masak ala kadar untuk keluarga.   Sebenarnya N3 resepi kali ini telah lama Kak Noor hendak  kongsikan.  Tetapi kalau tak cuba masak  macam mana nak kongsi kan!  So hari ini kugagahi diri ini untuk mencuba resepi yang telah lama kuidamkan iaitu UDANG MASALA.  Nampak sedap bila ayahanda Mamak Haji Roslan poskan dalam FB.  Teruja sangat nak mencubanya.  Lagipun udang dah siap disiang dan ada dalam peti sejuk.  Sebagai gandingannya Kak...

SAWI RAJA GORENG SOS TIRAM

Tak ramai orang kenal sayur ni kan?  Kebiasaannya kalau kita masak sayur, hanya terlintas di fikiran kita sayur-sayuran seperti kangkung, bayam, kobis, dan kailan yang telah kita kenali sejak dahulu lagi. Tetapi sayur ini? Menjadi teka teki akan namanya.  Kak Noor sendiri pun tak tahu nama sayur ini, pakai beli sahaja disebabkan teruja dengan kesegaran dan kehijauannya.  Beli sayur ni kat NSK Selayang dan ramai orang Cina yang membelinya. So.. hari tu sempat Kak Noor tanya seorang perempuan Cina, sedap x sayur ni dan macam mana masak? Katanya sedap dan dengan murah hatinya dia berkongsi cara-cara untuk memasak sayur ini. Tapi... Kak Noor tak tanya pulak nama sayur ini kepadanya. Memandangkan ketidaktahuan nama sayuran ini, maka ter`pending'lah N3 untuk resepinya.  Kak Noor akses internet untuk mencari nama bagi sayur ini.  Puas jugalah mencari... sehingga terpaksa Kak Noor letakkan dalam FB gambar sayur ini bertanyakan kepada rak...