Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

KARI IKAN SARDIN DENGAN UBI KENTANG, menggunakan Sardin Cap Ayam

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua.   Just nak kongsi satu resepi yang agak simple untuk hidangan tengah hari ini, iaitu kari ikan sardin.  Tak perlu bersusah payah menyiang ikan, just guna sardin cap ayam yang boleh dibeli di kedai.  Keenakan karinya setanding dengan kari ikan lain yang pernah kita masak.  Bagi ibu-ibu yang tiada idea lagi nak masak apa untuk tengah hari ini, bolehlah mencuba menu ini. Insya Allah sedap.  Selain dijadikan lauk untuk dimakan bersama nasi, ia sedap juga dicicah dengan roti sandwich, roti benggali,  roti canai, roti bom, capati, dan cekodok.   Jom kita ke bahan-bahannya. 1 tin besar sardin cap Ayam (asingkan ikan daripada sosnya) 4 biji ubi kentang saiz sederhana - 1 biji dibelah dua 1 biji bawang besar - dihiris 2 tangkai daun kari 1 sudu besar halba campur 2 biji cili hijau  1 biji tomato  (sederhana masak) - dibelah dua atau 4 bergantung kepada saiz buah tomato * 2 sudu besar serbuk rempah kari ikan dan udang BABAS *

BISKUT ARAB SUSU, rasanya sedap dan lemak bersusu

Assalamualaikum. Bulan Rejab telah berlalu, dan kini kita berada dalam bulan Syaaban. Tak sampai seminggu lagi kita akan menyusuri bulan Ramadhan Al-Mubarak.  Semoga tahun ini kita akan dapat berbuat lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Seperti tahun-tahun lalu, Biskut Arab merupakan salah satu biskut yang wajib ada pada hari raya, dan menjadi kegemaran anak-anak Kak Noor.  Tak tahu kenapa ia dinamakan Biskut Arab.  Adakah kerana ia menggunakan minyak sapi?  Kak Noor tidak mempunyai jawapan mengenai asal usulnya walaupun ingin juga mengetahuinya.  Sejak kecil lagi Kak Noor mengenali Biskut Arab ini dengan warna putih. Bonda Kak Noor selalu membuat biskut ini untuk hari raya kerana kami sekeluarga amat sukakannya, terutama sekali adik bongsu lelaki Kak Noor.  Tetapi sekarang terdapat juga versi Biskut Arab berwarna di mana adunan dibahagikan kepada tiga warna yang berlainan, dicantum dan digentel bulat.  Setelah dibakar, digolek dengan gula ising. Fresh from th

MEE KERING @ MAGGI GORENG UDANG versi Sajian Dapur Bonda, kegemaran anak-anakku

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua.  Syukur Alhamdulillah dapat lagi Kak Noor berkongsi cerita dan resepi di blog SDB ini.  Semoga kita semua senantiasa dirahmati Allah serta dipelihara ketaatan dan keimanan kita dengan taufik dan hidayahNYA. Emm... sedapnye bila makan semasa panas Topik  hari ini adalah mengenai sarapan.  Apakah sarapan yang disediakan oleh ibu-ibu kepada keluarga pagi ini? Pagi ini Kak Noor sediakan heavy breakfast untuk anak-anak, iaitu mee goreng. Tetapi bukan menggunakan mee basah ye… Kak Noor gunakan mee kering.   Stok mee kering ini memang sedia ada di rumah kerana ia boleh disimpan lama berbanding dengan mee basah.  Mee basah kalau digoreng pada hari yang sama kita beli memang sedap.  Tetapi kalau sudah dua tiga hari disimpan dalam peti sejuk, mee tu akan hancur bila kita goreng.  Nak makan udang ke, nak makan mee dulu ni? Kebiasaannya sebelum pergi kerja, Kak Noor akan pastikan ada breakfast yang ditinggalkan unt

Kunamakan samperitku SAMPERIT COME sebab ia comel sangat...

Assalamualaikum.   N3 kali ini mengenai samperit lagi.  Tak jemu-jemu Kak Noor ceghite pasal samperit kan?  Teruja juga dengan Samperit Come ini. Come sesangat! (Puji sendiri pulak!) Tetiba... aje boleh jadi kecik macam tu!  Sejak semenjak ini Kak Noor busy `menyemperit' bagi memenuhi tempahan rakan-rakan yang ingin merasa samperit come ini. Hujung minggu sahajalah masa yang terluang untuk Kak Noor membuatnya. Lagipun pada setiap hujung minggu baru ada assistant; iaitu anak sulung perempuan Kak Noor.  Bila dia ada, rasa lega.... sangat sebab tugas Kak Noor hanya membancuh, memicit dan packing aje... Bab meletak ceri dan membakar dia yang bantu.  Kalau nak harap Kak Noor seorang diri, perlahanlah sikit prosesnya, macam kura-kura. Ha..ha.. Kak Noor kalau bab nak tengok api ni memang malas sikit.  Wajah samperit yang sempurna apabila kita keluarkannya daripada oven kelopak bunganya tidak jatuh, dan warnanya masih kekuningan termasuk tapaknya. Syukur Al

Kari Udang Campur Ubi Kentang & Lobak Merah

Bahan-bahannya: 1 kg. udang saiz sederhana – dipotong kepala dan ekor 2 biji bawang besar – dikisar 3 ulas bawang putih + 1 inci halia – dikisar *3 sudu besar serbuk rempah kari ikan dan udang BABAS *2 sudu besar serbuk rempah kari ikan masin BABAS (* disatukan dan dibancuh dengan air, dijadikan pes) 1 ½ cawan pati santan - Kak Noor guna santan sawit KHALIS 3 – 4 cawan air 5 biji ubi kentang saiz sederhana – dipotong dua 1 biji lobak merah – dipotong memanjang atau bulat 2 biji cili hijau 1 biji tomato saiz besar (tidak berapa masak) – dibelah empat ½ kiub ikan bilis 1 keping asam gelugor (asam keping) Garam dan gula secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Bahan-bahan ditumis: 1 biji bawang besar – dihiris 1 batang serai – dititik 1 sudu besar jintan manis 2 tangkai daun kari Cara-cara memasak: 1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis hirisan bawang besar, serai, jintan manis dan daun kari. Apabila bawang besar layu, masukkan kisaran bawang putih + halia. Kacau dan kem