Langkau ke kandungan utama

Masakan Ala Thai, Sotong Goreng Tom Yam Berkuah



Bila tak berselera makan, masakan ala thai lah yang menjadi pembuka selera.  Sotong ini Kak Noor goreng berkuah supaya dapat dinikmati kuah tom yamnya.  Sedap dimakan bersama nasi panas.  Dalam keluarga Kak Noor orang yang paling suka sotong adalah anak perempuan bongsu.  Suka sangat dia.  Kalau ada sotong bertambah seleralah dia makan nasi.  Tetapi selalunya.... sotong tu lebih daripada nasi. Rasanya sepinggan di atas boleh diratahnya.  Tapi... sekarang ini sotong dah mahal. Harga bagi sekilo sotong saiz besar harganya antara RM25 - RM28.   Nak masak sotong selalu x leh le.... sekilo mana cukup.


Bahan-bahannya:
1 kilo sotong saiz besar - dibersihkan dan dipotong gegelang lebih kurang 3 inci lebar.
2 - 3 helai daun limau purut
2 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar pes tom yam
1 sudu besar sos sotong
1 sudu besar sos tiram
1 batang serai - dititik
Beberapa biji cili padi - dititik
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 biji bawang besar - dipotong gegelang
Kacang panjang - opsyen
Garam dan gula secukup rasa.
3 sudu besar minyak untuk menumis.

Cara-carannya:
1.  Panaskan minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik bau.  Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga terbit minyak.
2.  Selepas itu masukkan pes tom yam dan kacau rata, diikuti dengan sos sotong dan sos tiram.  Tuangkan 1/2 cawan air untuk kuahnya. Perasakan dengan garam dan gula.
3.  Setelah cukup rasa, masukkan sotong, cili padi, dan daun limau purut. Kacau dan biarkan di atas dapur sehingga kuah mendidih dan sotong masak.
4.  Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dipotong gegelang tadi.  Kalau ada kacang panjang bolehlah dimasukkan juga.



Ulasan

Syira Lokman berkata…
mi mmg fav :)
Unknown berkata…
Sdp nmpknya nk try msk hr niii kebetulan sotong dan bhn yg lain ada

Catatan popular daripada blog ini

Rendang Tok Versi Ayam, inspirasi Sajian Dapur Bonda

Assalammualaikum dan Salam Ceria di Hujung Minggu. Menu yang ingin dikongsikan pada N3 kali ini ialah Rendang Tok. Bila sebut aje Rendang Tok, biasanya daging yang digunakan ialah daging lembu. Tak pernah lagi Kak Noor jumpa resepi Rendang Tok guna daging kambing ke.. daging itik ke... daging rusa ke... Tapi daging ayam pernah kot.. tapi mungkin jarang-jarang.  Orang lebih suka masak rendang tok guna daging lembu. Mungkin disebabkan ketahanannya, tekstur daging tak cepat hancur walaupun dah seminggu dibandingkan dengan daging ayam. Boleh dipanaskan sehingga kering,  dan bila dah tekstur daging dah hancur jadi serunding daging pula.  Okay.. kalau dah biasa sangat masak Rendang Tok Versi Daging, kali ini Kak Noor ingin berinspirasi pula dengan Rendang Tok Versi Ayam pula. Tapi Rendang Tok Ayam ini tak boleh tahan lama, teksturnya dagingnya cepat hancur. Paling lama dua hari sahaja. Lagipun ia masih berkuah, tidak seperti Rendang Tok Dagi...

UDANG MASAK MASALA

Assalamualaikum. Hari ini terpaksa ambil EL.  Sejak seminggu yang lalu dah rasa macam nak demam, tapi x juga demam-demam.  Hari ini mungkin dah sampai ke kemuncaknya.  Lemah longlai sangat badan ni, dah terdaya untuk melangkah ke tempat kerja.  Rasa nak rehat aje kat rumah.  Biasalah walaupun bercuti kerja pejabat, tetapi ibu tak boleh cuti di rumah.  Masih meneruskan tugas dan tanggungjawab seorang ibu.  Dapur mesti berasap. Bila dah rasa ok, bangun untuk masak ala kadar untuk keluarga.   Sebenarnya N3 resepi kali ini telah lama Kak Noor hendak  kongsikan.  Tetapi kalau tak cuba masak  macam mana nak kongsi kan!  So hari ini kugagahi diri ini untuk mencuba resepi yang telah lama kuidamkan iaitu UDANG MASALA.  Nampak sedap bila ayahanda Mamak Haji Roslan poskan dalam FB.  Teruja sangat nak mencubanya.  Lagipun udang dah siap disiang dan ada dalam peti sejuk.  Sebagai gandingannya Kak...

LAKSA PENANG

Antara menu hidangan yang disajikan untuk para tetamu sempena majlis ulang tahun hari lahir anak bongsu Kak Noor yang ke-8 tahun ialah Laksa Penang. Laksa Penang memang menjadi kegemaran keluarga Kak Noor. Puas hati masak sendiri daripada beli kat kedai kerana ia menepati citarasa sebenar Laksa Penang. Di sini Kak Noor nak kongsi menu Laksa Penang untuk lebih kurang 30 - 40 orang makan. Bahan-bahannya: 3 kg ikan mata besar (boleh guna ikan kembong dan ikan sardin) 1 ekor ikan tongkol sederhana besar (Direbus bersama beberapa keping asam gelugor) 4 bungkus laksa kering 7 - 10 keping asam gelugur 2 kuntum bunga kantan dibelah dua, batang diketuk 4 sudu besar pes udang 2 cekak daun kesum / cenohom 4 cm keratan lengkuas (diketuk) 6 batang serai (diketuk) Garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa. Bahan-bahan untuk dibuat pes (dikisar halus): Anggaran RM3.00 cili kering dibuang biji (boleh tambah ikut kepedasan). Perlu direbus. 3 ulas bawang putih. 4 biji bawa...