Langkau ke kandungan utama

Cekodok Kelapa, orang Utara panggil Cucuq Nyok.

Suasana kampung yang damai senantiasa menggamit nostalgia.  Di sinilah Kak Noor dibesarkan oleh nenek tersayang sejak Kak Noor dilahirkan. Teringat pabila tiba waktu petang, nenek akan sediakan juadah petang.  Menu yang kerap dihidangkan ialah cekodok. Itulah menu yang paling ringkas dan cepat dimasak dan sedap dimakan.  Orang dulu-dulu tak panggil cekodok, dia orang panggil jemput-jemput .  Kalau orang Utara panggil CUCUQ  (bila pronounce  tu... kenalah sekali dengan idghamnya).  Pelbagai menu cucuq yang disediakan, antaranya yang paling Kak Noor suka ialah Cekodok Kelapa atau dalam bahasa ibunda Kak Noor cucuq nyok.




Cucuq Nyok ni kalau dapat dicicah dengan sambal tumis atau kari semalam, memang meletop!  Hidangkan pula dengan air teh o wangi atau kopi o.  Hai... x tahu nak cakap le... Cucuq nyok ni nenek Kak Noor hidangkan untuk dimakan bersama-sama kawan sepermainan.  Seperti biasa, sekitar jam 4.30 petang, kawan-kawan akan datang ke rumah untuk ajak Kak Noor bermain.  

Main Tuju Tin

Main sorok-sorok
Main teng-teng


Permainan kanak-kanak zaman dahulu tak seperti permainan sekarang. Ia semakin pupus akibat perubahan zaman yang semakin tinggi teknologi dan semakin moden.  Permainan dahulu seperti `zero point', main tuju tin, main tuju selipar, police sentri, teng-teng, ular naga, chaplom, sorok-sorok, main guli, main gasing dan lain-lain lagi di mana semua permainan ini mempunyai nostalgianya sendiri yang sememangnya tidak mungkin dapat dirasai oleh anak-anak zaman sekarang.  Tak kira lelaki atau perempuan boleh bermainnya.   Cuba tanya anak-anak kita, tahukah mereka akan permainan-permainan ini?

Ok..  itu serba sedikit cerita Kak Noor mengenai  permainan zaman kanak-kanak dahulu yang ingin dikongsi bersama di sini.  Kita berbalik kepada ceghita nak buat cucuq nyok tadi.  Rasanya dah tersasar dari tujuan asal ni! Anyway sekali-sekala mengimbau nostalgia semasa zaman kanak-kanak bersama-sama, apa salahnya kan. 





Resepi asal cekodok kelapa ini menggunakan parutan kelapa muda.  Tetapi disebabkan emergency dan tak ada kelapa parut muda, Kak Noor gantikan dengan kelapa kering dalam tin.  Resepi ini diolah oleh Kak Noor dengan menambahkan bahan-bahan yang bersesuaian bagi menambahkan kesedapannya.  Hasilnya? Insya Allah sedap pada tekak Kak Noor dan keluarga.  


Bahan-bahannya:
2 cawan kelapa parut kering - boleh dibeli di pasar raya sama ada dalam bungkusan plastik atau tin.
4 cawan tepung gandum           )  diayak 
1 sudu teh soda bikarbonat      )   bersama
1 biji telur
3 sudu besar susu cair
1/2 cawan gula putih
1 sudu teh garam
Air suam secukupnya untuk membancuh adunan
Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara membuatnya:
1.  Dalam satu bekas, masukkan kesemua bahan.  Gaul rata dan tuang air sambil diadun sehingga bancuhan boleh dijemput.  Biarkan seketika lebih kurang 10 - 15 minit sehingga adunan kembang sedikit.
2.  Panaskan minyak untuk goreng terendam.  Gunakan api yang sederhana (Jangan guna api kuat,  dikhuatiri nampak masak diluar tetapi di dalam belum masak lagi). Jemput adunan tadi menggunakan jari.  Kemudian goreng sehingga kekuningan pada keseluruhan bahagian.
3.  Angkat dan toskan.  Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sambal tumis atau kari semalam. Sedap dimakan ketika masih panas.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum ...k.Noor lama dh x baut cekodok kelapa ni...teringat masa kecik2 dlu..kelapanyer dikukur jer..sekatang guna mesen ek...
Gee® berkata…
Sedapnya cucoq nyok tu... nk sket...!!

Catatan popular daripada blog ini

AYAM MASAK ASAM KAMPUNG (STAIL NENDA)

Assalammualaikum. Kak Noor bersiaran lagi pagi ini. Hari ini Kak Noor cuti; cuti ganti Tahun Baharu Cina hari itu. Valid hanya sebulan sahaja, so dah hampir nak expire, ambil ajelah sambil santai-santai di rumah.  Resepi ini terlebih dahulu telah Kak Noor poskan dalam FB Kak Noor. Dah agak lama juga tak masak resepi ini. Dalam blog pun tak pernah dikongsikan resepi ini. Resepi ini agak mudah dan ringkas sahaja, dan cepat penyediaannya. Kadang-kadang bila tak ada selera, perlulah fikirkan sesuatu menu yang boleh membuka selera walaupun lauk itu kita nampak macam biasa sangat. Masakan itu perlulah ada rasa sedikit masam dan manis. Masa itulah terfikir untuk menyediakan ayam masak asam stail kampung ini. Biasanya Kak Noor menggunakan ikan, tapi ada juga masanya Kak Noor tukarkan kepada ayam. Memang sedap bila dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman. Lagipun dalam situasi Kak Noor yang tidak berapa sihat disebabkan slip disk, perlulah

LAKSA PENANG

Antara menu hidangan yang disajikan untuk para tetamu sempena majlis ulang tahun hari lahir anak bongsu Kak Noor yang ke-8 tahun ialah Laksa Penang. Laksa Penang memang menjadi kegemaran keluarga Kak Noor. Puas hati masak sendiri daripada beli kat kedai kerana ia menepati citarasa sebenar Laksa Penang. Di sini Kak Noor nak kongsi menu Laksa Penang untuk lebih kurang 30 - 40 orang makan. Bahan-bahannya: 3 kg ikan mata besar (boleh guna ikan kembong dan ikan sardin) 1 ekor ikan tongkol sederhana besar (Direbus bersama beberapa keping asam gelugor) 4 bungkus laksa kering 7 - 10 keping asam gelugur 2 kuntum bunga kantan dibelah dua, batang diketuk 4 sudu besar pes udang 2 cekak daun kesum / cenohom 4 cm keratan lengkuas (diketuk) 6 batang serai (diketuk) Garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa. Bahan-bahan untuk dibuat pes (dikisar halus): Anggaran RM3.00 cili kering dibuang biji (boleh tambah ikut kepedasan). Perlu direbus. 3 ulas bawang putih. 4 biji bawa

Kari Ikan Pari

Bahan-bahannya:  500 gm ikan pari – dipotong kepada beberapa keping 10 batang bendi 1 biji terung panjang – dipotong serong 1 biji tomato – dibelah empat 2 biji cili hijau 4 – 5 tangkai cili kering – dibasuh dan dipotong kecil 1 sudu besar pati asam jawa 1 cawan pati santan + 2 cawan air Garam secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Bahan mesin (A): 4 sudu besar rempah kari 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil serbuk cili 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih Air secukupnya (Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dimesin dengan air hingga halus) Bahan tumis (B): 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 sudu besar halba campur 2 tangkai daun kari Cara-cara memasak: · Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan (B) sehingga terbit bau dan bawang kekuningan. · Kemudian masukkan bahan mesin (A) dan kacau. Tutup periuk dan masak sehingga rempah terbit minyak.