Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Ayam Sambal Ala Thai, menu tengah hari di hujung minggu.

Bahan-bahan A: ½ kg. ayam 2 batang serai – dititik 2 sudu besar besar sos Thai 2 sudu  besar sos tiram 2 sudu besar kicap manis 2 sudu besar sos sotong/ikan 2 sudu besar gula perang 2  cawan air 2 biji bawang besar – dipotong gegelang Beberapa helai daun limau purut Gula putih (tambahan kepada gula perang) dan garam secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Bahan-bahan B (dikisar lumat): 3 senduk nasi cili kering yang telah dikisar – guna cili kering kerinting yang tidak pedas 2 biji bawang besar saiz sederhana 5 ulas bawang putih Air secukupnya Cara-cara Memasak: 1. Setelah dibasuh bersih, ayam digaramkunyitkan dan digoreng ½ masak. Ketepikan. 2. Panaskan minyak secukupnya di dalam periuk (guna minyak gorengan ayam tadi). Masukkan serai dan tumis sehingga naik bau. 3. Kemudian masukkan bahan-bahan B dan kacau rata. Tutup periuk dan gunakan api sederhana dan masak sehingga terbit minyak/cili garing. 4. Buka tudung periuk. Ka

Kek Marble Butter Cheese, lebih extra rasa coklat dan moist

Assalamualaikum. Malam ini berkesempatan buat Kek Marble Butter Cheese untuk kudapan keluarga. Dah agak lama cream cheese berada dalam peti ais tu, tak terusik. Beli cream cheese hari itu pun sebab nak buat kek cream cheese. Teruja sangat tengok kek cream cheese yang dipos oleh kekawan kita dalam FB. Tetapi dari sehari ke sehari asyik tak jadi. Itulah, walaupun semangat berkobar-kobar nak buat kek ini tetapi bila kepenatan mengatasi semangat, terpaksalah ditangguh dulu. Resepi ini Kak Noor dapat semasa blogwalking di Dapur Fiza's Cooking. Jenama cheese yang digunakan oleh Fiza sama dengan apa yang Kak Noor telah beli tempoh hari. Mudahlah bagi Kak Noor untuk ikut resepi ini. Adunan yang dilorekkan dengan chopstick sebelum dimasukkan ke dalam oven. Tetapi ada sedikit olahan pada resepi asal Fiza's Cooking ini. Kak Noor olah mengikut kesesuaian dan mudah untuk difahami oleh Kak Noor. Ada beberapa bahan yang telah ditokok tambah. Contohnya,

Makaroni Bakar Cheese

Salam kunjung ke blog Sajian Dapur Bonda. Selamat Malam. Esok cuti am kerana sambutan KRISMAS. Hai…. lega rasanya bila cuti. Tapi Kak Noor cuti esok aje, hari Jumaat perlu kembali bertugas. Seronok kalau dapat bercuti bersama keluarga sehingga hujung tahun. Tapi apakan daya Kak Noor, cuti awal-awal telah habis. Cuti disebabkan Kak Noor sendiri tak sihat, anak tak sihat, dan urusan-urusan lain yang memerlukan komitmen Kak Noor. Memandangkan esok cuti, malam ini dapatlah Kak Noor bersantai lebih lama di depan komputer untuk memuatkan entry lama yang tidak sempat diposkan. Bagi mereka yang menggemari pasta dan cheese, pasti menu yang hendak dikongsikan bersama ini membangkitkan selera dan secara tidak langsung teruja untuk mencuba membuatnya. Makaroni Bakar, menu pot luck yang dibawa ke pejabat minggu lalu sempena jamuan kesyukuran dan meraikan pelajar yang telah menamatkan latihan amali di jabatan Kak Noor bertugas. Alhamdulillah, walaupun first time buat, menjadi

Puding Jagung Kastard Jeli Sumi

Bahan-bahannya: 30 gram agar-agar tali (strip) 1 liter air 1 ¼ cawan gula pasir 1 tin jagung manis ala krim Ayam Brand – 425gram 1 tin susu sejat Dairy Champ – 390 gram 2 sudu tepung kastard perasa jagung 2 cawan ais krim perasa jagung Jelly Sumi secukupnya. Cara-cara Membuatnya: 1. Basuh agar-agar terlebih dahulu. Kemudian masak bersama 1 liter air sehingga larut. 2. Masukkan gula pasir dan masak sehingga gula larut. 3. Sementara itu satukan jagung manis, susu sejat, dan tepung kastard dalam blender dan blend sehingga lumat dan semuanya sebati. 4. Kemudian masukkan dalam larutan agar-agar tadi dan kacau sehingga pekat. Guna api perlahan supaya tidak bergentel. 5. Bila adunan telah mendidih, tutup api. Masukkan ais krim perasa jagung dan kacau rata sehingga ais krim cair dalam adunan tadi. 6. Aturkan jeli sumi secukupnya di dalam acuan. Kemudian tuangkan sedikit adunan perlahan-lahan, setengah paras tenggelam jeli sumi. Biarkan seketika lebih kurang 15 minit sehingga adunan ker

Puding Jagung Kastard Aiskrim Jagung

Assalamualaikum pengunjung-pengunjung Sajian Dapur Bonda. At last.... dapat juga Kak Noor gunakan acuan khas Puding Jagung ini setelah lebih dua bulan membelinya. Teringin sangat nak tengok hasilnya bila gunakan acuan ini untuk membuat puding. Acuan pun berbentuk jagung, so kita buat puding jagung, barulah sesuaikan! Untuk resepi puding jagung ini Kak Noor olahkan dengan memasukkan tepung kastard perasa jagung. Tepung kastard ini ada dijual di pasar raya, brand Bistari. Tepungnya memang berbau wangi jagung manis. Di samping itu Kak Noor masukkan juga aiskrim jagung. Bahan-bahannya: 30 gram agar-agar tali (strip) 1 liter air 1 ¼ cawan gula pasir 1 tin jagung manis ala krim Ayam Brand – 425gram 1 tin susu sejat Dairy Champ – 390 gram 2 sudu tepung kastard perasa jagung 2 cawan ais krim perasa jagung Pewarna kuning (yellow egg) dan pewarna hijau Cara-cara Membuatnya: 1. Basuh agar-agar terlebih dahulu. Kemudian masak bersama 1 liter air sehingga larut. 2.

Resepi Periuk Noxxa: Kari Ayam dengan Kentang, 10 minit telah boleh dihidangkan.

Assalamualaikum. Bagi resepi periuk Noxxa kali ini, Kak Noor ingin kongsi cara-cara memasak kari ayam menggunakan periuk Noxxa. Kari ayam ini telah dimasak minggu lalu, tetapi N3nya yang masih tertunda. Bahan-bahan yang digunakan sama seperti kita masak kari ayam dalam periuk biasa. Cuma yang membezakan apabila kita memasak menggunakan periuk Noxxa ialah ayam cepat empuk dan dalam masa 10 minit kari ayam telah dapat dihidangkan. Kalau kita kesuntukan masa, contohnya pada awal pagi di mana kita perlu memasak untuk keluarga sebelum ke pejabat, periuk noxxa merupakan satu keperluan bagi ibu yang bekerja. Periuk Tekanan Elektrik Berbilang Fungsi Noxxa Resepinya.... Bahan-bahannya: 1 kg. ayam - dipotong kecil 3 - 4 biji ubi kentang - dibelah dua atau empat 1 cawan pati santan sawit KHALIS + 2 cawan air 1/2 ketul kiub ayam Garam dan gula secukup rasa Bahan-bahan ditumis: 1 inci kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 2 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 1 biji bawang besa

Sempena Ulang Tahun Hari Kelahiranku, Chocolate Moist Cake Leleh, inspirasi puteri-puteriku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakan-rakan semua. Terlebih dahulu Kak Noor ingin panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi, kerana masih memberi peluang Kak Noor hidup di muka bumi ini.  Telah 49 tahun Kak Noor diberi ruang untuk hidup di bumi Allah ini.   Masih banyak lagi ruang yang perlu dipenuhi dengan ilmu-ilmu Allah. Teras diri kita begitu kerdil di sisi Allah jika dibandingkan dengan apa yang telah Allah kurniakan kepada kita.  Semoga Allah senantiasa merahmati dan memberi keampunan kepada hamba-hambanya.  Kak Noor tertarik dengan satu doa hari lahir yang ditemui di blog  ini .  Kak Noor copy and paste aje ye untuk dikongsi bersama. Kak Noor juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir pada mereka-mereka yang ulang tahun kelahirannya jatuh pada hari mereka membaca N3 Kak Noor ini.   Jom layan video Selamat Hari Lahir   oleh Saujana. Seperti tahun-tahun yang lalu, pada setiap hari ulang tahun kelahiran Kak Noor, ia diraikan di ru

Mee Goreng Cintan, 3 minit sahaja dengan periuk Noxxa

Assalamualaikum. Sebagai seorang ibu yang bekerja, sudah pasti kita akan memikirkan apakah sarapan pagi yang hendak disediakan untuk anak-anak sebelum kita berangkat ke tempat kerja. Kekadang waktu kita kesuntukan masa untuk memasaknya sendiri. Sekiranya anda kesuntukan masa untuk menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak, periuk Noxxa merupakan penyelamat anda. Tak sampai 1/2 jam, sarapan pagi telah boleh dihidangkan. Semalam, Kak Noor masak mee goreng menggunakan mee kering Cintan. Kebiasaannya kita panaskan air terlebih dahulu untuk merebus mee kering ini sehingga lembut kemudian ditoskan. Tetapi dengan menggunakan periuk Noxxa, mee kering terus dimasukkan ke dalam periuk. 3 minit sahaja mee telah masak dan boleh dimakan. Bagi teman-teman di luar sana yang ada periuk Noxxa, Kak Noor ingin berkongsi resepi ini bersama kawan-kawan semua. Bahan-bahannya: 1 bungkus mee kering Cintan (550 gram – 10 keping) 10 ekor udang saiz sederhana 3 sudu besar kicap lemak manis

Resepi Retro: Puding Koktel Bunga Ros

Assalamualaikum rakan-rakan semua. Wow! Bunga Ros. Cantik sekali kejadiannya kan!  Menceriakan sesiapa sahaja yang menatapnya dan menggamit nostalgia sesiapa sahaja yang seangkatan dengannya.  So hari ini Kak Noor nak muatkan gambar-gambar yang ceria aje... Inilah hasilnya Puding Koktel dengan menggunakan acuan Bunga Ros Retro.  Memang sayang sangat nak makan. Kak Noor biarkannya selama sehari di dalam peti ais.  Anak bongsu Kak Noor tak benarkan Kak Noor memotongnya. Cantik katanya.... tunggu kakak balik baru potong sama-sama.  Acuan  ini dibeli online daripada rakan FB kita Norhamida Ida dari Pantai Dalam.   Kalau sesiapa yang berminat nak beli acuan ini bolehlah contact Norhamida Ida. Acuan ini memang cukup `glam' sejak zaman nenda dan bonda Kak Noor lagi, dan sering digunakan untuk membuat puding atau agar-agar bagi hantaran pertunangan atau hantaran kahwin.  Selepas acuan labu menjadi viral, disusuli dengan acuan Bunga Ros ini pula. Cuk

Agar-agar Neslo Oreo, kanak-kanak sukakannya

Assalamualaikum dan Selamat Petang. Masih tak tahu apa sajian petang untuk keluarga? Apa kata kalau kekawan semua cuba buat Agar-agar Neslo Oreo ini. Mesti anak-anak suka; penuh dengan limpahan coklat lemak berkrim.  Agar-agar Neslo Oreo ini adalah resepi eksperimen Kak Noor berpandukan Agar-agar Coklat Oreo yang diposkan oleh salah seorang rakan di FB.  Kak Noor pun dah lupa apa namanya. Terima kasih kepada empunya resepi asal yang mencetuskan idea untuk Kak Noor melahirkan menu ini. N3 untuk resepi Agar-agar Neslo Oreo ini telah Kak Noor poskan dalam laman FB Sajian Dapur Bonda. Memandangkan resepi di atas dalam bentuk JPEG, di sini Kak Noor perturunkan sekali lagi resepinya. Bahan-bahannya: 30 gram agar-agar bertali  3 cawan air 1 tin susu cair  1 cawan gula – kalau nak manis lagi, boleh tambah  ¾ cawan milo  ¼ cawan serbuk koko  1 sachet Nescafe Ipoh White Coffee with Brown Sugar Beberapa keping biskut oreo  Perasa

FENOMENA KINI.... Jeruk Mempelam Asam Boi

Hai... kecur air liur tengok gambar di atas tu ye! Inilah jeruk mempelam asam boi yang sekarang ini telah menjadi satu fenomena bagi penduduk-penduduk di Malaysia. Di FB dan di blog, memang banyak N3 mengenai jeruk ini.  Tidak diketahui dari mana asal usulnya resepi ini, tetapi menurut rakan sepejabat, jeruk sebegini pernah disajikan di restoran Thai Seafood.  Dah lama kewujudannya  tapi sejak akhir-akhirnya telah menjadi viral pulak. Memang kecur air liur bila tengok gambar jeruk mempelam asam boi ini yang ditayangkan di FB dan di blog.  Teruja nak cuba membuatnya dan juga merasanya. Jeruk ini Kak Noor buat hari Khamis lalu. Selepas selesai menjamu selera bersama Encik Hasben di Kedai Bihun Langgak yang terletak di AU2, sempat singgah di kedai runcit berdekatan dengan kedai berkenaan.  Adalah beberapa biji mempelam di dalam kotak yang terletak di hadapan kaunter cashier.  Hijau aje nampak... Macam tau-tau aje tauke kedai runcit ini pasal viral jeruk ni, sebab itu