Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Sambal Tumis Kerang Kerisik

Bahan-bahannya: 600 gram isi kerang rebus 2 biji bawang besar - dihiris gegelang 1 batang serai - dititik/diketuk 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar pati santan 2 keping asam gelugor (asam keping) 2 helai daun limau purut - dicarikkan 2 sudu besar kerisik 2 sudu besar gula perang Gula putih secukupnya (sebagai tambahan kepada gula perang) Garam dan serbuk perasa Minyak secukupnya untuk menumis Bahan-bahan dikisar: 4 senduk nasi cili kering kisar 2 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 2 inci panjang kunyit hidup 1 batang serai 1 inci halia 1/2 inci belacan Cara-cara memasak: 1.  Panaskan minyak di dalam kuali.  Tumis serai dan bahan-bahan kisar sehingga garing/terbit minyak. 2.  Masukkan sedikit air, gula perang, gula putih, garam, serbuk perasa dan asam keping.  Kacau rata dan biarkan kuah mendidih. 3.  Kemudian masukkan kerang diikuti dengan pati santan dan kacau. 4.  Akhir sekali masukkan kerisik, bawang besar dan daun limau purut.  Kacau sebati dan p

Ikan Tenggiri Bunga, Masak Asam Pedas Tumis

Bahan-bahannya: 5 - 6 ketul ikan tenggiri bunga 2 batang serai - dititik Secekak daun kesum - anggaran RM1.00 1 kuntum bunga kantan - dibelah dua 1 biji tomato - dibelah 4 3 - 4 helai daun limau purut 1 camca besar pes asam jawa (jenama Adabi) 3 senduk nasi cili kering kisar 1 sudu besar gula perang - Kak Noor tak guna gula putih Garam secukup rasa Serbuk perasa - opsyen Minyak secukupnya untuk menumis (Jangan gunakan minyak yang banyak) Bahan-bahan tumis: 1 labu bawang besar saiz kecil - dihiris 3 ulas bawang putih - dihiris 2 tangkai daun kari - dilurut daunnya 1 sudu teh jintan kasar 1 sudu teh jintan halus Bahan-bahan dikisar halus (menggunakan blender): 1 labu bawang besar saiz besar 4 ulas bawang putih 4 biji buah keras 3/4  inci kunyit hidup 1 inci halia 1 inci lengkuas 1 camca teh serbuk lada hitam Cara membuatnya: 1.  Panaskan minyak di dalam periuk.  Masukkan bahan tumis dan serai, tumis sehingga harum.  Tambah bahan kisar halus dan masak se

Daging Masak Lemak Cili Api dengan Rebung Madu, menggunakan Santan Sawit KHALIS

Bahan-bahannya: 500 gm daging cincang 300 gm rebung madu -  boleh beli di pasar raya yang siap paket 3 cawan santan sawit KHALIS - dicampur dengan 2 cawan air 2 batang serai - dititik 1 biji tomato - dibelah 4 - opsyen Garam secukup rasa Serbuk perasa - opsyen Bahan-bahan dikisar: 2 inci kunyit hidup 1 biji bawang besar 10 - 15  biji cili padi merah Air secukupnya. Cara-cara memasak: 1.  Rebung madu dibasuh dan dicelurkan terlebih dahulu.  Kemudian ditoskan sehingga sejuk dan dipotong bulat.  Ketepikan.  (Rebung madu ini lembut) 2.  Kisar kunyit hidup, bawang besar dan cili padi sehingga lumat.  Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama serai di dalam periuk.  Masukkan daging dan tambah air.  Masak sehingga daging empuk. Sekiranya air kering dan daging masih belum empuk lagi, boleh tambahkan air.  Ulang proses ini sehingga daging betul-betul empuk. 3.  Selepas daging empuk, masukkan santan.  Perasakan dengan garam  Kemudian masukkan rebung madu yang

Maka terhasillah NESTIES COOKIES

Assalamualaikum... Hari ini izinkan Kak Noor berceloteh sikit.  Dah lama tak berceloteh kan... !  So... dalam minggu ini Kak Noor agak sibuk juga kerana mengejar masa untuk menyiapkan biskut yang ditempah oleh pejabat sebagai ole-ole Hari Raya untuk staf barisan hadapan. Tidaklah banyak tempahannya, tetapi boleh tahan juga kepenatannya.  Sebenarnya selama ini Kak Noor tidak pernah  dan tidak berani mengambil apa-apa tempahan biskut raya. Biskut raya yang dibuat adalah untuk diri sendiri sahaja. Kalau tak silap Kak Noor dah empat atau lima kali raya, Kak Noor `pencen' menyediakan biskut raya disebabkan masa yang tidak berapa mengizinkan. Masa tu anak-anak masih kecil dan lebih memerlukan perhatian kita. Banyak perkara yang perlu difikirkan dan dibuat pada setiap hari sekembalinya dari kerja. Biskut raya semuanya pakai order sahaja daripada rakan-rakan sepejabat ataupun beli di pasar raya.  Tetapi sekarang apabila anak-anak semua telah meningkat dewasa dan boleh berdikari da

Tau Miu (Taugeh Hijau) Goreng

Bahan-bahannya: 1 paket tau miu 2 ulas bawang merah – dihiris 2 ulas bawang putih – ketuk 1 biji cili merah – dihiris 3 – 4 bebola ikan sayur panjang – dihiris serong 4 sudu besar sos tiram – dibancuh dengan sedikit air Gula dan garam secukup rasa Cara-cara memasak: Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, cili merah dan bebola ikan. Bila bawang telah kekuningan dan bebola ikan masak, masukkan bancuhan sos tiram. Kacau rata dan perasakan dengan gula dan garam. Akhir sekali masukkan tau miu, kacau dan kaup balikkan. Bila sayur telah masak bolehlah ditutup api (jangan goreng sampai layu).

SAYUR CAMPUR SOS TIRAM

Bahan-bahannya: Kacang buncis Lobak merah (Kak Noor guna baby carrot) Cendawan tiram kelabu Kacang sepat Putik jagung Bebola ikan sayur panjang – dipotong serong ¼ biji lada benggala – warna kuning, dihiris memanjang ¼ biji lada benggala – warna hijau, dihiris memanjang 3 ulas bawang kecil - dihiris 2 ulas bawang putih - dihiris 3 biji cili padi merah – diketuk 4 sudu sos tiram ) disatukan dalam bekas dan 1 sudu kecil serbuk lada hitam ) dibancuh dengan air 2 sudu besar tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air Garam dan gula secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Cara-cara memasak: 1. Kuantiti setiap jenis sayur-sayuran yang digunakan adalah bergantung kepada keperluan hidangan. 2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang kecil, bawang putih, cili padi merah sehingga naik bau. Kemudian masukkan bebola ikan. Tumis sehingga bebola ikan masak. 3. Masukkan sos tiram dan serbuk lada

PUCUK MANIS MASAK LEMAK PUTIH

Bahan-bahannya: 2 ikat pucuk manis (diambil daunnya) Segenggam udang kering 2 cawan santan sawit KHALIS – dicampur dengan 4 cawan air 1 biji bawang besar – dihiris 3 ulas bawang putih – dihiris ¼ biji cili benggala kuning – dihiris memanjang 3 - 4 cili padi merah Gula, garam dan serbuk perasa secukupnya Cara memasaknya: Satukan semua bahan di atas  di dalam periuk.  Masak sehingga mendidih.  Selalu dikacau supaya santan tidak pecah.   Bila cukup masak, barulah diangkat untuk dihidangkan.

KACANG BUNCIS GORENG TAUHU

Bahan-bahannya: 15 batang kacang buncis - dipotong serong 1/4 biji cili benggala hijau - dipotong memanjang 2 biji tauhu - digoreng dahulu, dipotong kecil 2 biji bawang merah - dihiris 2 ulas bawang putih - dihiris 1 sudu besar sos tiram + 1 sudu besar air 1 genggam udang kering - direndam, dibasuh dan ditoskan Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis Cara-cara memasaknya: 1.  Panaskan minyak di dalam kuali.  Tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering sehingga naik bau.  Masukkan sos tiram, garam, dan gula, kacau rata. Selepas itu bolehlah dimasukkan kacang buncis, tauhu goreng dan cili benggala.  Kaupbalikkan dan goreng sehingga sayur masak, tetapi jangan sampai sayur layu.  Tutup api dan sedia dihidangkan.

Kari Ikan Tenggiri Bunga.

Assalamualaikum... So seperti biasa ibu-ibu di luar sana mesti tengah fikir nak masak apa hari ini.  Kalau masih tak pasti apakah yang hendak dimasak, jom kita layari internet.  Banyak laman blog yang memaparkan pelbagai masakan untuk kita buat pilihan.   Kak Noor pun kerap juga singgah di blog rakan-rakan  lain untuk mencuba resepi-resepi yang diketengahkan dalam blog mereka untuk mencari kelainan citarasa dalam setiap sajian yang dihidangkan. Menu yang hendak dikongsi bersama ialah Kari Ikan Tenggiri Bunga. Menu ini merupakan juadah berpuasa hari ke-8 tetapi tidak sempat untuk dimuatkan dalam blog kerana masa tidak mengizinkan.  Cuma hari ini baru ada kelapangan.    Isnin lalu on the way balik kerja, sempat singgah di Pasar Malam/Bazar Malam di AU1, Keramat/Setiawangsa.  Tengok ramai orang tengah memilih ikan tenggiri bunga ini.  Harganya satu kilo  RM16.  Fresh juga ikannya.  Ambillah seekor, selepas ditimbang tak sampai 1 kg pun, harganya cuma RM11. Kuah kari sedap di

MENU BERBUKA PUASA, SAMBAL UDANG PETAI, SUP SAYUR PETOLA CAMPUR FISH BALL DAN SOUN, DAN TELUR MASIN

Assalamualaikum..... Inilah juadah yang sempat disediakan oleh Kak Noor untuk juadah berbuka puasa hari Ramadhan yang ke-7.   Tak sempat nak sediakan lauk yang beraneka, maklumlah orang bekerja.  Sambal tumis udang campur petai itu merupakan menu kegemaran keluarga Kak Noor.  Bila dah dihidangkan, kecur juga `menatap'nya di bulan puasa ini,   Dihidangkan pula dengan sup sayur petola campur fish ball dan telur masin.  Anak-anak dah tak sabar.... tunggu azan maghrib berkumandang aje..., nak `on'. Resepi sambal tumis udang petai telah ada di blog ini.  Klik di SINI untuk resepinya. Cuma N3 kali Kak Noor berikan resepi sup tumis petola saja.  Mudah aje resepi ni, anak-anak bujang pun boleh mencubanya. SUP SAYUR  PETOLA CAMPUR FISH BALL DAN SOUN Bahan-bahannya: 1 batang petola - dipotong serong 1 paket kecil fish ball sayuran Sedikit soun - direndam dan ditoskan 1 biji bawang merah (bawang kecil) - dihiris 2 ulas bawang putih - diketuk 1 inci halia

SAMBAL TERUNG

Assalamualaikum... N3 Kak Noor kali ini ialah Sambal Terung.    Bila masa tidak mengizinkan kita lama-lama berada di dapur, inilah cara paling mudah untuk menyediakan sambal terung.  Paling menjimatkan masa sekiranya anda mempunyai stok sambal belacan yang lebih di dalam peti sejuk.  Kak Noor suka membuat sambal belacan dalam kuantiti yang banyak dan simpan di dalam tupperware dan masukkan di dalam peti sejuk.   Bila nak makan, ambil sahaja. So inilah cara mudah yang ingin dikongsikan bersama-sama untuk N3 kali ini.  Jom kita tengok resepi mudah sambal terung ini. Bahan-bahannya: 5 biji terung pendek - dibelah dua *4 sudu besar sambal belacan Segenggam udang kering - direndam, dibersihkan, dan ditoskan. 1 sudu teh kicap manis 1 biji bawang besar - dihiris 2 ulas bawang putih - dihiris Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis *Sekiranya tiada sambal belacan, gunakan bahan-bahan berikut untuk bahan sambal. 5 biji cili merah 3 biji cili padi merah S

AYAM SEMANIS KURMA

Bahan-bahan A: 1 ekor ayam organik - digaramkunyitkan 1 biji tomato – dipotong kiub ½ cawan santan + ½ cawan air 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos cili 1 kiub ayam Knorr 1 batang serai - dititik 2 sudu besar gula perang + gula putih Garam secukup rasa Minyak secukupnya untuk menggoreng ayam Bahan-bahan B (dikisar halus): 3 senduk nasi cili kering kisar 1 labu bawang besar 4 ulas bawang putih 1 inci halia Air secukupnya Bahan-bahan C (dikisar halus): 5 biji kurma 2 sudu besar kismis – sebarang kismis Sedikit air Cara-cara memasak: 1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ayam sehingga 3/4 masak. Ketepikan. 2. Gunakan 2 senduk nasi minyak gorengan ayam untuk menumis. Tumis serai dan kemudian masukkan bahan B. Masak sehingga terbit minyak. 3. Masukkan bahan C dan tomato, kacau rata. Gunakan api perlahan dan biarkan ia mereneh di atas dapur selama 5 minit. 4. Kemudian masukkan sos tiram dan sos cili, diikuti dengan santan.

Biskut Cip Coklat

RESEPI DIAMBIL DARI VIDEO TRY MASAK  Bahan-bahannya: 280 gram tepung gandum 1 sudu kecil serbuk koko 1 sudu besar tepung jagung 150 gram gula kastor ½ sudu besar soda bikarbonat 2 sudu besar susu tepung ½ sudu kecil garam 250 gram mentega ½ sudu kecil esen vanilla 1 biji kuning telur 100 gram cip coklat HERSHEY'S 50 gram almond yang dibakar/panggang terlebih dahulu Cara-caranya:  Mula-mula pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanilla.  Pukul sehingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum, serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbonat, susu tepung dan garam.  Kacau perlahan sehingga sebati. Masukkan cip coklat dan almond.  Gaul sebati menggunakan spatula. Seterusnya ambil adunan menggunakan sudu dan letakkan doh di atas dulang pembakar. Akhir sekali bakar pada suhu 160c selama 20 – 30 minit. Bikust cip coklat sedia untuk dihidangkan.

KOBIS MASAK LEMAK PUTIH SUHUN, FUCUK & CENDAWAN

Bahan-bahan A: 1 biji kobis - anggaran 200 gram - dipotong lebar 1 biji cili merah - dihiris 2 biji bawang merah (bawang kecil) - dihiris 2 ulas bawang putih - dihiris Segenggam udang kering 2 cawan santan sawit KHALIS + 1 cawan air Bahan-bahan B: 1 paket campuran suhun, fucuk & cendawan Garam dan gula secukup rasa Cara-cara memasak: 1.  Rendamkan suhun, fucuk & cendawan sehingga lembut dan kembang.  Kemudian ditoskan. 2.  Satukan  semua bahan A di dalam periuk.  Masak di atas dapur sehingga kuah mendidih.  Gunakan api yang sederhana.  Kuah hendaklah dikacau selalu supaya santan tidak pecah. 3.  Setelah kuah mendidih, barulah dimasukkan suhun, fucuk & cendawan tadi.  Kacau  rata dan  perasakan dengan garam dan gula.  Setelah kuah mendidih sekali lagi dan rasa pun dah ok, bolehlah ditutup api.

IKAN SAMBAL KICAP ALA MAMAK

Bahan-bahannya: 5 ekor ikan mata besar (Ikan lain pun boleh) 2 senduk nasi cili kering kisar 1 biji tomato - dibelah 4 1 labu bawang besar - dipotong gegelang 1 labu bawang besar - dihiris 2 ulas bawang putih - dihiris 1 inci halia - dihiris 1 batang serai - diketuk 2 tangkai daun kari - dilurut 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tomato 2 sudu besar kicap manis Garam dan gula secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Cara-cara memasak: 1.  Ikan dibersihkan dan digaramkunyitkan.  Kemudian digoreng sehingga garing.  Ketepikan. 2.  Gunakan sedikit daripada minyak gorengan untuk menumis.  Bila minyak panas, tumis halia, serai,  dan daun kari sehingga naik bau.  Kemudian baru dimasukkan bawang besar dan bawang putih.  Tumis sehingga bawang kekuningan kemudian baru dimasukkan cili kering kisar.  Masak sehingga cili garing/terbit minyak. 3.  Setelah cili garing, masukkan 1 cawan air dan kacau.  Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, da

Asam Pedas Tulang (Daging Lembu) - Versi Melaka

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM RAMADHAN Salam Ramadhan 1434 Hijrah buat teman-teman blog semua.  Agak tidak terlewat untuk Kak Noor mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.  Semoga ibadah kita tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.  Semoga kita diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini dan di bulan-bulan seterusnya.  Ampun dan maaf jua dipinta seandainya sepanjang Kak Noor berbicara di ruangan ini mungkin terdapat tinta yang menghiris ataupun menyentuh hati kecil pembaca yang tidak disedari ataupun disengajakan.  Almaklumlah kita ini insan biasa yang banyak kelemahan. Dah masuk hari ke-3 kita berpuasa.   Syukur Alhamdulillah kerana kita masih diberi `nafas' untuk menunaikan perkara keempat dalam rukun Islam.   Kebiasaannya dalam bulan Ramadhan, kaum wanitalah yang paling sibuk.  Lebih-lebih lagi bagi wanita yang bekerja.  Balik kerja, ada kerja lain yang sedia menanti di rumah iaitu

Kari Masak Merah Peha Ayam - Kari Pekat

Bahan-bahannya : 5 ketul peha ayam saiz besar 3 biji ubi kentang kulit kuning – dibelah dua (tidak perlu kupas kulit) 1 biji buah tomato – dibelah dua 1 cawan santan sawit KHALIS + 1 cawan air (gunakan cawan yang sama) 1 keping asam gelugor (asam keping) 2 biji cili hijau – dibelah dua, tidak putus Minyak secukupnya untuk menumis Bahan-bahan A (ditumis): 2 biji bawang merah (bawang kecil) – dihiris 2 ulas bawang putih – dihiris 1 inci halia – dihiris 1 inci kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 2 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 2 tangkai daun kari – dilurut daunnya Bahan-bahan B (disatukan dan diblend): 3 sudu besar serbuk kari masak merah Cap O 1 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 1 sudu besar kas-kas Air secukupnya Cara-cara Memasak: 1.Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan A sehingga naik bau dan bawang kekuningan. 2. Masukkan bahan-bahan B dan kacau rata. Tutup periuk. Masak sehingga rempah menjadi garing dan naik

Masak Lemak Sotong dengan Kacang Buncis

Bahan-bahannya: 10 ekor sotong saiz sederhana – dipotong gegelang Kacang buncis – ikut keperluan 1 biji tomato - dibelah empat 1 biji cili merah – dibelah dua tetapi tidak putus 1 biji cili hijau – dibelah dua tetapi tidak putus 2 cawan pati santan (sekiranya guna santan sawit KHALIS, kurangkan kepada 1 cawan sahaja) Sedikit kunyit serbuk Garam dan gula secukup rasa Bahan-bahan ditumis:  2 sudu besar makan minyak 1 labu bawang besar saiz kecil – dihiris 2 ulas bawang putih – dihiris 1 batang serai diketuk 1 inci halia - dihiris Cara-caranya:  1. Sotong digaul dengan serbuk kunyit dan diketepikan. 2. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan serai terlebih dahulu diikuti dengan bawang besar, bawang putih, dan halia. Tumis sehingga naik bau dan bawang kekuningan. 3. Selepas itu masukkan sotong dan kacau selama 1 minit. Kemudian tuangkan santan dan kacau rata lagi. Sekiranya kuah agak pekat, bolehlah ditambah sedikit air. 4.