Oh... nak tahu di mana Kak Noor dapat resepi ini? Seperti yang pernah Kak Noor nyatakan dalam N3 terdahulu iaitu dua minggu sebelum raya, Kak Noor telah blogwalking mencari resepi-resepi yang dapat memenuhi citarasa keluarga di hari raya. Blog yang Kak Noor temui ini memang ada kelainannya kerana empunya blog adalah seorang yang berbangsa India. Banyak sekali masakan India yang menjadi favourite makanan orang Melayu dimuatkan di sini. Walaupun beliau berbangsa India, tetapi bahasa perantaraan yang digunakan adalah Bahasa Malaysia (Cintailah Bahasa Kita). Di sinilah Kak Noor memperolehi resepi nasi beriani ini. Sebenarnya resepi asal ialah Nasi Beriani Udang. Tetapi memandangkan sejak akhir-akhir ini Kak Noor amat alah pada makanan seafood seperti udang dan sotong (muka jadi gatal dan kemerah-merahan), maka Kak Noor gantikannya dengan ayam. So bertukarlah nama kepada Nasi Beriani Ayam. Bahan-bahan lain tetap maintain, hanya lauk sahaja yang ditukar tau! Bagi yang berminat dengan masakan India bolehlah jelajah blog saudara Thyaga Rajan yang berjudul Daun Kari Masakan Malaysia
Bagaimana hasilnya? Emm.... ikhlas Kak Noor katakan ia tidak 100% memenuhi piawaian. Kenapa ye..? adakah disebabkan menu itu tidak sedap atau adakah Kak Noor terlupa untuk memasukkan bahan-bahan yang sepatutnya: No...no...no... dah penat seharian di dapur ni mak oooi... , dan mestilah dah cuba untuk melakukan yang paling terbaik bagi mendapatkan hasil yang paling terbaik. Tapi itulah...... kejadian nasi yang tidak berapa memuaskan hati Kak Noor. Kebiasaannya bila digunakan beras basmathi untuk memasak nasi beriani, nasi yang telah masak akan berderai. Pada firasat Kak Noor mungkin disebabkan beras basmathi yang digunakan adalah beras basmathi yang dibeli cara timbang (yang di dalam guni tu...) Kebiasaannya Kak Noor beli beras basmathi Faiza. Anak Kak Noor yang sulung juga dapat mengesan kelainan rasa nasi antara beras basmathi Faiza dan beras basmathi yang dibeli cara timbang apabila telah dimasak. Katanya beras basmathi yang dulu sedap lagi lah bu! Tetapi tak apelah, bukan tak sedap sangat pun.... dan bukan tidak boleh dimakan...., cuma ada sedikit kureng aje..!
Ok, tak nak cerita panjang-panjang lagi. Nanti jemu pula.... mukadimmah dah berkoyan-koyan, tetapi resepi tak muncul-muncul lagi. Jom kita tengok...
Resepi diolah oleh: Kak Noor, Sajian Dapur Bonda
Resepi Asal: Nasi Beriani Udang oleh Thyaga Rajan
Sebelum memasak nasinya, kita perlu memasak lauk beriani ayam dulu.
Bahan-bahannya:
1.8 kg isi ayam - Kak Noor guna dada
1/2 cawan yoghurt
7 sudu besar minyak sapi
5 biji buah tomato saiz sederhana - dicincang
2 sudu teh serbuk cili
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
100gm daun pudina - dicincang
Daun ketumbar
Dihidang bersama acar sayur (timun dan lobak merah) |

BERIANI AYAM
Bahan-bahannya:
1.8 kg isi ayam - Kak Noor guna dada
1/2 cawan yoghurt
7 sudu besar minyak sapi
5 biji buah tomato saiz sederhana - dicincang
2 sudu teh serbuk cili
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
100gm daun pudina - dicincang
Daun ketumbar
Serbuk perasa
2 sudu besar gula pasir
Garam secukup rasa
Bahan blend dengan 1/2 cawan air:
4 cm halia
10 ulas bawang putih
5 tangkai cili merah
9 tangkai cili hijau
1 biji bawang besar
1 sudu besar bawang merah
Bahan tumis:
2 batang kayu kulit manis
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 biji bawang besar - dimayang
Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali besar. Masukkan bahan tumis dan tumis hingga naik wangi dan bawang bertukar kekuningan.
2. Masukkan bahan yang telah diblend, tomato, serbuk cili, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, yoghurt, stok ayam dan 1/2 cawan air. Kacau rata biar sampai pekat dan naik minyak. Masukkan daun pudina, dan kacau rata.
3. Akhir sekali masukkan ayam dan tambahkan sedikit air lagi. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga ayam empuk dan kuah kembali pekat. Tutup api, taburkan daun ketumbar dan kaup balikkan ayam. Ketepikan.

Lauk beriani ayam telah masak, ketepikan seketika untuk dimasukkan ke dalam nasi beriani |
NASI BERIANI
6 cawan beras basmathi
3 sudu besar minyak sapi
100gm daun pudina - dicincang
100gm daun ketumbar - dicincang
100gm gajus
100gm kismis
1/2 cawan yogurt
1 sudu besar serbuk rempah beriani cap Babas, dibancuh dengan sedikit air
6 cawan air
Garam secukup rasa
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
2 kiub stok ayam
1 tin kacang peas
1 tin kacang peas
Bahan Tumis:
2 kuntum bunga lawang
2 batang kayu kulit manis
4 biji buah pelaga
Penyediaannya:
2 kuntum bunga lawang
2 batang kayu kulit manis
4 biji buah pelaga
Penyediaannya:
1. Basuh beras dengan air hanya dua kali sahaja. Kekerapan membasuh akan menyebabkan nasi kembang dan pecah. Selepas dibasuh, rendam 1/2 jam di dalam air biasa. Boleh juga rendam beras 5 - 7 minit di dalam air panas dan toskan segera akan membawa hasil nasi yang berderai cantik. Tos menggunakan penapis.
2. Panaskan periuk nasi elektrik di atas dapur gas dan panaskan minyak sapi. Masukkan bahan tumis, biji gajus dan kismis, diikuti dengan bancuhan rempah beriani. Adunkan semua rempah ini dan jangan sampai rempah hangus.

3. Apabila tumisan telah mengeluarkan bau haruman dan pecah minyak, segera masukkan air yang telah disukat, diikuti dengan yogurt, daun pudina, dan daun ketumbar. Masukkan kiub stok ayam, gula, dan garam secukup rasa. Tutup tudung periuk dan tunggu sehingga air mendidih.
4. Letak periuk elektrik kembali ke dalam bekasnya. Masukkan beras yang telah ditos ke dalam periuk, kacau, dan masak dengan elektrik sampai nasi masak.
5. Kacau nasi sehingga rata. Di dalam periuk yang lain, ambil 2 - 3 senduk nasi dan ratakan di dalamnya. Ambil ayam beriani dan letak atas nasi satu persatu. Curahkah sedikit kuah di atas nasi. Taburkan dengan kacang peas. Buat lapis macam ini sampai habis nasi dan ayam. Tutup periuk dan panaskan di atas dapur kembali dengan api yang perlahan lebih kurang 15 minit. Kemudian bolehlah ditutup api dan biarkan selama sejam, baru dihidangkan.

6. Semasa menghidang bolehlah ditaburkan lagi kacang peas dan buah gajus.