Walaupun nampak ringkas, tetapi lauk inilah yang menjadi kegemaran anak-anak di rumah apabila mereka tidak berselera untuk makan. Mudahkan! Just goreng telur mata kerbau dan selepas itu masukkan dalam sos saja. Masakan ini sesuai juga untuk anak-anak bujang yang tinggal jauh di perantauan. Ringkas dan menjimatkan.
Bahan-bahannya:
5 biji telur ayam – (digoreng mata kerbau)
1 biji bawang besar saiz sederhana – diracik halus
3 ulas bawang putih – diracik halus
2 sudu besar cili kering yang telah dikisar
1 inci halia dihiris
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos ikan
1 biji tomato – dipotong kiub
1 sudu besar gula perang
Garam sekiranya perlu
Daun sup dan daun bawang – untuk hiasan
Cili padi - opsyen
Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara membuatnya:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sehingga kekuningan dan naik bau.
Selepas itu masukkan cili kering yang telah dikisar dan masak sehingga cili garing dan terbit minyak.
Tambahkan air, sos cili, sos tiram, sos ikan, buah tomato, dan gula perang (banyaknya air bergantung kepada tahap kepekatan kuah yang dikehendaki). Kacau rata dan biar kuah mendidih. Rasa kuahnya. Perasakan dengan garam sekiranya perlu. Kebiasaannya tidak perlu tambah garam sebab sos cili dan sos tiram telah ada rasa masin.
Setelah kuah mendidih, masukkan telur yang telah digoreng tadi dan kacau. Perlahankan api dan biarkan mereneh di atas dapur seketika supaya kuah mesra dengan telur.
Semasa menghidang, bolehlah ditaburkan dengan daun sup/daun bawang. Jika suka lebih pedas, patahkan cili padi dan taburkan.

Ulasan
sedap juga masak telur mcm ni bila dah ketandusan idea nak masak apa..
oh ya.. sy dah update ke blog resepi tomyam ayam resepi noor yg sedap tu.. mintak dihalalkan ye..