Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

KOAY TEOW GORENG BERSOS

Koay teow goreng lagi untuk breakfast hari ini. Pagi-pagi lagi dah suruh encik suami pergi ke kedai membeli koay teow dan taugeh. Bahan-bahan rencah lain seperti sotong dan udang siap aea di dalam peti sejuk. Oh ya! Lupa pula bab cili kisar. Dah tak ada stok di dalam peti sejuk tu.. Kebiasaannya Kak Noor akan beli dua tiga ringgit cili kering dan kemudian dikisar, dan disimpan sebagai stok sedia. Senang dan menjimatkan masa, bila nak masak cedok aje…. Tapi sekarang ni dah emergency. Pakai cili boh ajelah…., bukan nak pakai banyak pun. So… pesan juga kepada encik suami supaya jangan lupa beli cili boh. Koay teow goreng ini sebenarnya faveret anak bongsu Kak Noor. Tapi….  tak boleh pedas dan mesti bewarna hitam. Nak macam makan kat kedai makan tu... katanya. Memanglah kat kedai tu, bila kita pesan koay teow goreng, selalunya dihidangkan dengan koay teow goreng bewarna hitam. Tetapi untuk citarasa Kak Noor sendiri, lebih suka koay teow yang ditumis menggunakan cili

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

Bahan-bahan: 3 ekor ikan kembung – disiang dan dibersihkan 2 batang serai - dititik 2 batang serai – dititik 1 biji tomato – dibelah empat 1 kuntum bunga kantan – dibelah dua 1 ½ sudu besar pati asam jawa X-tra Adabi – dibancuh dengan sedikit air Air untuk kuah – bergantung kepada kepekatan kuah yang diingini Garam secukup rasa Gula secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Bahan-bahan dikisar: 10 gram cili kering 5 biji cili padi 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 cm halia 1 cm kunyit hidup 1 sudu besar (10 ml) rempah kari ikan Segenggam ikan bilis – direndam dengan air panas seketika dan toskan Cara-cara memasak: 1. Satukan cili kering, cili padi, bawang besar, bawang putih, halia, kunyit hidup, rempah kari, ikan bilis dan air secukupnya di dalam blender. Kisar sehingga lumat. 2. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga terbit minyak/garing. 3. Masukkan asam jawa dan kacau rata. Tambahkan air

CUCUR 4 RASA (CARA SDB)

Apa yang sedap untuk minuman petang ye!  Kuih manis atau kuih pedas?  Kalau nak buat kuih…, banyak juga bahan yang perlu disediakan dan perlu ke kedai untuk dibeli.  Sekarang ni nak guna bahan yang ada kat umah aje... Emm… dah agak lama juga tak makan cucur.  Sejak anak-anak tak ada kat rumah ni, dah malas sikit (sikit aje tau, nanti kalau malas banyak, tak berasap dapur tu nanti!) nak sediakan minum petang.  Kebiasaannya berkumpul ramai-ramai semasa minum petang baru berselera.  Masa tu tak menang tangan sang ibu di dapur `menjemput' dan menggoreng cucur.    Letak sepinggang habis, letak dua pinggan pun licin,   pinggan silih berganti diisi. Dihidang dengan air teh o panas, dan dicicah pula dengan sos cili atau kuah kacang, dan yang paling best kalau dapat cicah dengan kari ikan semalam. Perghh…. memang marvelous!.  Kenyang, tak yah dinner dah… Hari itu tertonton dalam TV, kalau tak silap Kak Noor rancangan Nasi Lemak Kopi O kot…! mungkin betul atau idak… dah lupa.  Dala

SUP SAYUR PAK CHOY DAN PUTIK JAGUNG

Bahan-bahannya: 6 ikat sayur Pak Choy       10 batang putik jagung    - dipotong 2 5 ekor udang kecil – sebagai perencah 3 ulas bawang putih – diketuk dan dicincang 1 biji bawang besar saiz kecil – dihiris 1 biji cili merah – dihiris 1 sudu kecil perencah maggi cukup rasa Serbuk lada hitam kasar – jika suka Garam secukup rasa 1 sudu besar makan minyak untuk menumis Air secukupnya – untuk kuah Cara-cara membuatnya: 1.                 Rendam sayur pak choy di dalam air biasa yang dicampur dengan 1 sudu garam lebih kurang 10 minit.  Kemudian dibasuh dan dibilas. 2.                 Panaskan minyak di dalam kuali.  Tumis udang, diikuti dengan bawang putih, bawang besar, dan cili merah sehingga kekuningan. 3.                 Masukkan air secukupnya untuk sup.  Perasakan dengan perencah maggi, garam dan serbuk lada hitam.  Masak sehingga sup mendidih. 4.                 Selepas sup mendidih, masukkan baby jagung dahulu dan kacau rata.  Selang 1 minit, b

AYAM SAMBAL (SWEET & SPICY)

Menu SDB hari ini ialah ayam sambal rasa manis dan pedas yang Kak Noor rasa sesuai untuk dihidangkan kepada kanak-kanak  yang tidak menggemari  lauk yang terlalu pedas. Anak-anak Kak Noor cukup suka dengan lauk ini.  Kalau ditanya kepada mereka ayam ni nak masak apa, mesti jawapannya ayam sambal yang selalu ibu buat tu...  Lauk ayam ini boleh dimakan dengan nasi putih, nasi ayam, nasi tomato dan nasi-nasi lain yang berperisa.  Ratah pun sedap. Sebab itulah Kak Noor gunakan peha ayam untuk menu ini. Kanak-kanak memang suka sangat dengan peha ayam. Selalunya peha ayam sedap digoreng, tetapi  apa kata sesekali kita cuba resepi ini pula untuk membuka selera anak-anak kita  Walaupun nampak pedas, tapi bila telah dimasak, ia tidaklah sepedas seperti mana yang dilihat dalam gambar ini. Kombinasi sos tomato, sos cili, dan gula merah serta gula putih telah menenggelamkan rasa pedas pada sambal ayam.  Jenis cili kering yang digunakan juga harus diambil kira dalam penyediaan ay

BUBUR KELEDEK DAN JAGUNG (SANTAN SAWIT)

Bahan-bahannya: 1 biji ubi keledek saiz besar (Anggaran 800 gram) 200 gm isi jagung – boleh beli isi jagung sejuk beku di pasar raya 150 gm gula Melaka 1 cawan gula putih – boleh dikurangkan 1 cawan sagu 2 cawan pati santan kelapa sawit jenama KHALIS – guna santan kelapa pun boleh 3 helai daun pandan – dikoyak dan disimpul Garam secukupnya Penyediaannya: 1. Keledek dikupas kulitnya, kemudian dipotong dadu kasar. Basuh dan toskan. 2. Gula melaka dan gula putih disatukan di dalam periuk dan dimasak sehingga larut untuk dijadikan air gula. Letakkan daun pandan untuk mewangikannya. Kemudian ditapis air gula tersebut ke bekas lain. 3. Sagu direndam seketika sehingga kembang. Kemudian dibasuh dan ditoskan. 4. 2 cawan pati santan kelapa sawit dicampur dengan 1 cawan air untuk dijadikan 3 cawan santan. Cara-cara memasaknya: 1. Masukkan keledek yang telah dipotong dadu dan air secukupnya di

SOTONG MASAK KASHMIR

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Telah agak lama juga Kak Noor tidak up date resepi baharu di dalam blog ini. Seingat Kak Noor semenjak Hari Raya bulan lalu. Nak kata sibuk? tak le sibuk mana pun! Cuma tak ada resepi baharu yang spesial gitu yang hendak diketengahkan. Lagipun Kak Noor kurang masak sebab tak ada siapa yang nak makan. Anak-anak semua dah keluar belajar; jauh di perantauan. Yang tinggal hanya dua orang sahaja. So... kuranglah semangat nak masak banyak dan yang special. Teringat pula anak-anak lain yang tak dapat makan nanti. Itulah naluri seorang ibu. Sering teringat anak-anak bila tiba bab makan.  Kalau semua berkumpul, baru berselera makan. Ni kalau tak cukup forum, kalau masak pun, tak habis.... membazir gitu aje. Lastly masuk tong sampah.  Dah kira membazir tu!  So masak yang ringkas dan yang mudah sahaja. Ingat lagi tak perencah Masak Hitam Kashmir produk keluaran Iman yang Kak Noor gunakan dalam resepi Masak Kambing Kashmir hari itu.