Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

DAGING KAMBING MASAK HITAM KASHMIR

Minggu lalu, bertempat di Aras 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur telah diadakan pameran Peluang Perniagaan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara  (NCER).  Seingat Kak Noor inilah adalah kali kedua pameran Koridor Utara diadakan di sini.  Kebiasaaannya banyak syarikat perniagaan Bumiputra mengambil bahagian mempamerkan produk-produk tempatan mereka, tetapi kali ini tidak banyak syarikat yang mengambil bahagian.    Sambutan yang paling menggalakkan ialah di gerai menjual oblong SEMPOI dan di gerai yang menjual produk jenama Iman.  Gerai menjual oblong burger SEMPOI dibuka dari jam 11.00 pagi sehingga 5.00 petang. Gerai ini menawarkan oblong daging ayam, daging lembu, dan daging kambing, dan ia dijual dengan harga RM4.00 satu.  Memang tak menang tangan membuatnya, sehingga orang ramai yang hendak membelinya perlu beratur. Apapun burger oblong SEMPOI memang sedap.  Thumb up! Kak Noor sempat juga ke gerai menjual produk jenama Iman. Ada mee segera, beehun segera, dan perencah-perencah masa

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS KENTANG

Semua orang suka makan sambal tumis ikan bilis kan!  Kebiasaannya sambal tumis ikan bilis ini sinonim dengan nasi lemak.  Bila masak nasi lemak mesti akan sambal ikan bilis. Tetapi boleh juga dihidang dengan nasi putih panas-panas. Tetapi kali ini Kak Noor mempelbagaikan sambal tumis ikan bilis ini dengan meletakkann beberapa potongan ubi kentang. Anak-anak Kak Noor memang suka masakan seperti ini.  Selain dapat makan ikan bilis, kita juga dapat makan ubi kentang sambal.  Dalam erti kata lain masakan dua dalam satu.  Dalam masakan sambal tumis ikan bilis ini Kak Noor letakkan daun pandan untuk mewangikannya.  Memang semerbak bau sambal tumis ini semasa di atas dapur. Resepi sambal tumis ikan bilis kentang ini lebih kurang sama sahaja dengan resepi sambal tumis ikan bilis yang pernah Kak Noor masak. Cuma ada beberapa bahan tambahan sahaja.  Jom kita tengok bahan-bahannya. Bahan-bahannya: 100 gram ikan bilis yang telah siap dikopek - Rendam seketika (lebih kurang

AYAM GORENG REMPAH

Mudah aje resepi ni.  Sesiapa pun boleh buat.  Jom kita tengok bahan-bahan yang Kak Noor gunakan untuk resepi ayam goreng rempah ini. Bahan-bahannya: 1 ekor ayam - dibuang kulit dan dipotong ikut suka 1 sudu besar gula perang 1 sudu besar perencah ayam TUMIX Garam secukupnya Bahan-bahan Kisar:  2 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 2 inci halia 1 inci lengkuas 2 inci kunyit hidup 5 batang serai - dipotong halus 3 tangkai daun kari 1 sudu besar jintan manis 1 sudu besar jintan putih 1 sudu besar serbuk cili 1 sudu besar serbuk lada hitam 1 sudu besar serbuk ketumbar 1 sudu besar serbuk kas-kas Penyediaannya: 1.  Satukan kesemua bahan-bahan kisar di dalam blender dan dikisar hingga lumat dan sebati.  2.  Perap ayam dengan bahan-bahan yang telah dikisar tadi bersama gula perang, perencah ayam TUMIX, dan garam secukup rasa.  Ayam lebih elok diperap semalamam di dalam peti ais (freezer). 3.  Pastikan ayam yang diperap dinyahbekukan

AYAM ROS BERKISMIS

Pernah dengar ayam masak merah? ayam masak ros? ayam masak wangi? Sebenarnya ketiga-tiga masakan ini adalah lebih kurang sama, cuma diolah dengan menggunakan bahan-bahan tambahan untuk disesuaikan dengan citarasa masing-masing.  Pun begitu, rasanya tidak banyak bezanya dan masih mengekalkan keaslian masakan ini. Masakan ayam masak merah dan ayam masak ros memang sinonim sejak dahulu lagi, dan sering dimasak semasa kenduri kendara, terutamanya semasa kenduri kahwin.  Bezanya ayam masak merah dengan ayam masak ros ialah ayam masak merah tidak diletakkan santan, dan ditumis dengan menggunakan bawang merah, bawang putih, dan halia sahaja manakala untuk ayam masak ros diletakkan santan dan ditumis dengan campuran rempah-rempahan seperti kulit kayu manis, bunga lawang, biji pelaga di samping bawang merah, bawang putih, dan halia.  Ditambah pula daun pandan, memang tidak dapat dinafikan aromanya sudah pasti terserlah dan berbau wangi. Sebenarnya masakan ayam ros ini selalu dim

KARI BEBOLA AYAM DAN UDANG BERSAYUR

Kari bebola ayam dan udang bersayur ini adalah hasil eksperimen Kak Noor sendiri dengan mengkombinasikan bahan-bahan seperti bebola ayam, udang, dan sayur-sayuran.   Selain sedap dimakan bersama nasi, ia juga sedap dimakan dengan mee .  Dalam erti kata lain kuahnya sesedap kuah mee kari yang pernah kita makan. Pertama kali mencuba resepi ini, hasilnya memang memuaskan hati dan  menepati citarasa.  Kalau nak cuba masak, boleh gunakan resepi di bawah sebagai panduan.  Bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan resepi ini adalah terbatas kepada stok yang sedia ada di dalam peti ais Kak Noor pada ketika itu. Untuk bebola daging ayam, Kak Noor membeli jenama Ayam Dindings (Asli), berat 800 gram, cuma gunakan separuh sahaja iaitu 400 gram.  Penggunaan bebola daging ayam ini sebenarnya tidak terhad kepada 400 gram sahaja, boleh digunakan lebih bergantung kepada citarasa masing-masing.  Begitu juga dengan udang, boleh gunakan udang yang bersaiz besar.  Kalau dapat udang gala

SOTONG GORENG KUNYIT

Bahan-bahannya: 1 kg. sotong saiz sederhana 1 sudu serbuk kunyit Serbuk lada hitam dan serbuk lada putih 1 biji bawang besar - dihiris (untuk ditumis) 3 ulas bawang putih - dititik (untuk ditumis) 1 inci halia - dihiris (untuk ditumis) 1 biji cili hijau 1 biji cili merah 1 biji bawang besar - dipotong bulat 1 biji tomato - dibelah empat Garam, gula, dan perasa (jika suka) Daun sup dan daun bawang Minyak untuk menumis Cara-cara memasak: 1.  Sotong dibasuh bersih dan ditoskan.  Kemudian kerat sotong dalam bentuk gegelang dan lumurkan dengan serbuk kunyit, serbuk lada hitam, dan serbuk lada putih. 2.  Panaskan minyak di dalam kuali.  Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sehingga naik bau. 3.  Selepas itu masukkan sotong dan gaul rata. Masukkan garam, gula, dan perasa.  Biar mereneh sehingga pekat dan sotong masak. 4.  Akhir sekali masukkan bawang besar ,buah tomato, cili hijau, dan cili merah.  Kaup balikkkan. 5.  Semasa menghidangkan bolehlah dihiaskan deng

Menu Tengah Hari: Siakap Tiga Rasa, Sotong Goreng Kunyit, Ayam Goreng, Ulam-ulaman dan Sambal Belacan

Inilah masakan yang sempat Kak Noor sediakan untuk santapan tengah hari sempena berkumpulnya keluarga pada hujung minggu semalam.  Telah menjadi kebiasaan,  bila masuk ke dapur sendiri,  Kak Noor lebih selesa memasak seorang diri tanpa perlu pembantu.  Kita dah tahu selok belok dapur sendiri.  Kak Noor rasa dengan memasak keseorangan lebih cepat daripada masak ramai-ramai.  Tetapi lainlah kalau masakan itu berbagai-bagai, let say lebih daripada 10 resepi of course Kak Noor perlukan pembantu. Kak Noor ambil order sahaja apa yang dia orang nak makan.  I am your chef today and kindly please make make your order.  Ha..ha..  (only chef for my family.... ye!) Inilah menu yang Kak Noor sempat hidangkan iaitu siakap tiga rasa dengan putih jagung, sotong goreng kunyit, ulam-ulaman, dan sambal belacan.  Ringkas kan! Makan pula panas-panas dengan nasi putih....  Eh..eh...kenapa ayam goreng tu tiga ketul aje? Nak tahu ceritanya.... lihat gambar ayam goreng di bawah. Siakap Tig

SIAKAP TIGA RASA DENGAN PUTIK JAGUNG

Hari ini situasi rumah kembali seperti biasa.  Baru semalam rumah riuh rendah dengan gelagat anak-anak saudara, bonda, dan adinda yang datang bertandang.  Pada masa yang sama  anak lelaki kedua Kak Noor yang belajar di IKBN juga pulang bercuti pada hujung minggu. Bonda mertua dan anak lelakinya juga datang sebab tak ada orang yang hendak menjaga mereka sebab  ipar ada urusan di Melaka. Maka penuh sesaklah rumah seketika.  Sesekali berkumpul begini memang seronok; taklah sesunyi seperti hari-hari biasa.   Sembang-sembang dan makan bersama-sama.  Hari pertama, untuk sarapan Kak Noor hidangkan nasi lemak santan kelapa sawit.  Kalau sudah ramai begini, tak boleh beli di kedai, tak puas kalau  makan seorang sebungkus sahaja.  Lagipun mereka tak pernah merasa lagi nasi lemak santan kelapa sawit.  So... masa inilah nak tunjukkan kehebatan santan kelapa sawit yang tidak mempunyai kolestrol ini.  Nak bertambah-tambah nasi pun tak apa. Untuk hidangan tengah hari pula, ada request daripa