Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

Mee Goreng Basah

Aha... mesti terliurkan bila tengok udang dan sotong di dalam mee goreng ini kan!   Inilah sarapan pagi keluarga Kak Noor hari ini.  Bila goreng mee, kebiasaannya Kak Noor goreng basah dan taugeh mesti banyak. Memang sedap dimakan sejurus lepas masak.  Jangan tunggu lama-lama sampai sejuk, nanti mee kembang. Bahan-bahannya: 2 bungkus mee kuning RM1.00 taugeh segar 10 ekor udang saiz sederhana 2 ekor sotong - dipotong bulat 1 senduk cili kering kisar 1 biji bawang besar dihiris 3 ulas bawang putih dititik 1 sudu teh cuka 2 sudu besar sos tomato 2 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar kicap manis 2 cawan air Gula/serbuk perasa/garam secukup rasa Minyak secukupnya Hiasan:  Daun salad dan cili merah dihiris halus, bawang goreng Penyediaannya: 1. Basuh mee kuning dengan air dan toskan. 2. Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian tumiskan bawang putih dan bawang merah. Apabila telah naik bau, masukkan cili kering kisar. Kacau seketika s

Kari Ikan Pari

Bahan-bahannya:  500 gm ikan pari – dipotong kepada beberapa keping 10 batang bendi 1 biji terung panjang – dipotong serong 1 biji tomato – dibelah empat 2 biji cili hijau 4 – 5 tangkai cili kering – dibasuh dan dipotong kecil 1 sudu besar pati asam jawa 1 cawan pati santan + 2 cawan air Garam secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Bahan mesin (A): 4 sudu besar rempah kari 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil serbuk cili 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih Air secukupnya (Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dimesin dengan air hingga halus) Bahan tumis (B): 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 sudu besar halba campur 2 tangkai daun kari Cara-cara memasak: · Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan (B) sehingga terbit bau dan bawang kekuningan. · Kemudian masukkan bahan mesin (A) dan kacau. Tutup periuk dan masak sehingga rempah terbit minyak.

Lemak Cili Api Ikan Masin dan Pisang Muda

Bahan-bahannya: 4 - 5 ketul ikan kurau masin - potong kecil 1 sikat pisang muda 1 cawan pati santan 2 batang serai - dititik Sedikit ikan bilis - dibasuh dan ditumbuk kasar Garam dan gula secukup rasa Bahan-bahan dikisar: 3 - 4 biji cili api (warna merah) 2 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 2 inci kunyit hidup 2 cawan santan cair -  1/2 cawan pati santan + 1 1/2 cawan air) (Satukan bahan-bahan di atas dan dikisar halus bersama santan cair) Cara-cara memasak: Siat kulit pisang dan potong serong.  Kemudian rendam di dalam air garam lebih kurang 1/2 jam. Masukkan bahan-bahan kisar, pisang, ikan bilis, serai, dan ikan masin di dalam periuk  Masak sampai pisang agak lembut. Selepas itu masukkan pati santan.  Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga kuah mendidih sekali.  Kacau kemudian tutup api.

Telur Masak Kicap

Bila daging atau ayam tidak lagi dapat membuka selera anakanda,  maka resepi ringkas inilah yang Kak Noor masak untuk mereka. Dan resepi inilah juga yang menjadi penyelamat sekiranya Kak Noor terlewat bangun pagi, tetapi masih perlu menyediakan sajian tengah hari untuk anakanda di rumah.  Walaupun tidak seberapa, setidak-tidaknya masih ada lauk yang boleh dimakan sepeninggalan Kak Noor pergi bekerja. Bahan-bahannya: 5 biji telur - digoreng mata kerbau 1 biji bawang besar - dihiris membulat 2 - 3 biji cili padi - diketuk 1 biji buah tomato - dibelah empat Daun sup/daun bawang - dipotong 1 inci panjang] Garam/gula/serbuk perasa Air secukupnya - (Boleh ditambah dan dikurangkan mengikut citarasa masing-masing). Minyak secukupnya  Bahan-bahan tumis: 2 bulas bawang putih - dihiris 2 biji bawang kecil - dihiris 1 inci halia - dihiris 1 sudu besar rempah sup - dibancuh dengan sedikit air *Bahan-bahan sos: Kicap manis dan kicap masin (lebihkan kicap ma

SAMBAL TUMIS KERANG

Kerang lagi!! Hai…sejak-sejak akhir ini Kak Noor berminat dengan masakan kerang pulak. Sebenarnya Kak Noor ni peminat nombor satu sambal tumis kerang. Kalau makan dengan nasi putih, lebih-lebih lagi dengan nasi lemak, terkelu lidah untuk berkata-kata. Mestilah lidah kelu, sebab tengah menyuap kan…  Ingat tak zaman kanak-kanak dulu semasa ibu kita meminta tolong kita mengopek kerang. Boleh kata separuh masuk ke mulut dan tinggal separuh lagi untuk dimasak. Kak Noor rasa semua orang pernah mengalami saat-saat indah mengopek kerang ini. Nak masak sambal kerang ni perlu bersusah-susah dulu, berenak-enak kemudian. Apa taknya, banyak proses yang perlu dilakukan sebelum kerang dapat disajikan sebagai satu masakan yang enak. Kerang perlu dibersihkan dulu sehingga kulit kerang nampak putih. Kemudian direbus (setengah orang suka rebus setengah masak, tetapi Kak Noor rebus sehingga masak). Selepas itu kerang dikopek untuk mengeluarkan isinya. Kalau saiz kerang be

SWEET SOUR BEBOLA AYAM DAN TAUHU

Masakan ini  teramat digemari oleh anak-anak Kak Noor.  Sajian ini dimasak pada hari ini atas permintaan anak lelaki Kak Noor yang akan pulang ke Kolej Komuniti pada hari ini setelah bercuti selama tiga hari pulang ke rumah untuk mengambil keputusan SPMnya.  Syukur Alhamdulillah ke hadrat yang maha ESA kerana dengan limpah rahmatNYA anak Kak Noor memperolehi keputusan yang masih melayakkannya untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Kebiasaannya Kak Noor gunakan 1 bungkus (1kg) bebola ayam untuk sajian keluarga.  Tauhu pula Kak Noor gunakan untuk `memeriahkan' lagi masakan ini. Sesuai dimakan dengan nasi dan juga diratah begitu sahaja. Tetapi bagi anak-anak Kak Noor mereka lebih suka meratahnya. Bahan-bahannya: 1 kg. bebola ayam - digoreng 4 tauhu putih - dipotong dua dan digoreng 2 sudu besar cili sos 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar gula perang] 1 cawan air Gula putih secukup rasa - sebagai tambahan kepada gula perang Garam secukup rasa P

Kek Coklat Moist (Kukus)

Bila tengok N3 kek coklat dalam blog rakan-rakan, teruja sangat ingin mencuba membuatnya.  Kak Noor  bukanlah seorang yang mahir membuat kek  seperti rakan-rakan blogger yang lain di mana kek-kek yang dipaparkan dalam blog begitu cantik dan membangkitkan selera.  Kak Noor juga tidak pernah menghadiri mana-mana kelas membuat kek, hanya membuatnya mengikut resepi sahaja.  Bolehlah sekadar untuk santapan seisi keluarga. Memandangkan `keteringinan' Kak Noor tidak dapat dibendung lagi, maka hari ini Kak Noor cuba membuat kek coklat moist.  Resepi asal kek coklat moist ini diambil  dari blog  Bukan Sekadar Masakan .  Cuma dari segi penggunaan minyak masak, Kak Noor ganti dengan margerin yang dicairkan.  Untuk topping dan hiasannya pula Kak Noor guna Hershey's syrup chocolate flavour yang boleh dibeli di pasar raya dan hanya ditaburkan coklat rice. Bahan-bahannya : 2 cawan tepung gandum 2 sudu kecil baking powder 1/2 sudu kecil baking soda 3/4 ( tiga suku cawan) miny

SAYUR CAMPUR GORENG MAMAK

Bahan-bahannya: 1 paket kacang buncis - dipotong serong 1/2 batang lobak merah - dipotong bulat 5 batang putik jagung - dhiris serong Soun secukupnya Sedikit isi daging - dihiris nipis dan kecil 1 biji bawang besar - dihiris nipis 3 ulas bawang putih - dihiris nipis 1/2 sudu teh biji sawi 1 biji cili merah - dihiris 1 tangkai daun kari - lurut daripada tangkai Sedikit serbuk kunyit Minyak secukupnya untuk menumis Cara membuatnya: Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, cili merah, biji sawi, dan daun kari sehingga wangi dan layu. Tambah  air dan serbuk kunyit.  Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk. Setelah daging empuk, masukkan semua sayuran dan soun.  Gaul rata hingga sayuran masak.  Tambah garam dan gula secukup rasa, dan gaul sebati. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Ikan Kerisi Masak Asam Pedas Tumis Dengan Nanas

Bahan-bahannya: 3 ekor ikan kerisi - kalau saiz besar boleh dikerat dua Nanas dihiris 1 sudu besar pati asam jawa 2 batang serai dititik Beberapa tangkai daun kesum Air secukupnya Minyak secukupnya untuk menumis Bahan-bahan dikisar halus: 5 sudu besar cili kering kisar 3 ulas bawang putih 1 inci halia 2 inci kunyit hidup 1 inci belacan Air secukupnya Cara membuatnya: Panaskan minyak.  Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau dan terbit minyak. Kemudian masukkan air secukupnya dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan pati asam jawa, serai, dan nanas.  Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa (jika suka). Kacau rata.  Masukkan ikan dan masak sehingga kuah mendidih.   Bila ikan agak masak, masukkan daun kesum dan tomato. Bila kuah mendidih sekali lagi, bolehlah ditutupkan api. 

RENDANG PEDAS KERANG

Resepi yang ingin Kak Noor kongsikan pada hari ini ialah Rendang Pedas Kerang.  Telah lama Kak Noor menyimpan hasrat untuk berkongsi resepi favourite ini dengan rakan-rakan semua.   Kebiasaannya orang menggunakan bahan seperti daging dan ayam untuk membuat rendang dan jarang sekali mereka menggunakan kerang.  Alkisahnya resepi ini Kak Noor perolehi daripada sebuah buku majalah lebih kurang 23 tahun yang lalu semasa Kak Noor baru mendirikan rumah tangga. Dah tak ingat majalah apa.  Maklumlah masa tu tak jadi chef kat dapur lagi.  Untuk menyediakan rendang seperti ini pada ketika itu merupakan suatu cabaran yang besar. Maka majalahlah yang menjadi tempat rujukan agar masakan yang disajikan itu mendapat pujian daripada suami tersayang. Dari A sampai Z Kak Noor follow resepi di dalam majalah tersebut.  Mungkin disebabkan itulah resepi ini masih terpahat kukuh di dalam ingatan Kak Noor, walaupun tanpa nota resepi yang hilang entah ke mana. Bahan-bahan yang membangkitkan c

Nasi Jagung

Sajian makan tengah hari hujung minggu ini ialah Nasi Jagung.   Lauknya pula Kak Noor gandingkan dengan ayam masak ros , dan tidak lupa papadom untuk pembuka selera. Cuma yang kurangnya ialah acar timun dan nenas, sebab tak ada bahan-bahan tersebut di rumah.  Selain ayam masak ros, nasi jagung ini juga boleh dimakan dengan ayam masak merah , kerutuk ayam  dan kurma ayam masala Bahan-bahannya: *4 cawan beras, basuh bersih dan rendam selama 1/2 jam, dan toskan. *4 cawan air biasa *1 cawan susu sejat 250 gram jagung (corn kennels) - Kak Noor guna jenama simplot 1 helai daun pandan disimpul 2 batang serai dititik 2 sudu besar marjerin Garam dan gula secukup rasa Bahan-bahan tumis: 1 biji bawang besar - dihiris 2 ulas bawang putih - dihiris 1 inci halia - dihiris 2 inci kulit kayu manis 1 kuntum bunga lawang 2 biji buah pelaga 2 kuntum bunga cengkih Untuk hiasan: bawang goreng Cara membuatnya: Panaskan marjerin di dalam kuali. Masukkan

Kurma Ayam Masala

Bahan-bahannya: 1 ekor ayam dibuang kulit - dipotong 12 dan digaramkunyitkan 1/2 kilo pati santan - dicampur dengan 2 cawan air 3 biji ubi kentang saiz sederhana - 1 biji dibelah dua 1 sudu besar serbuk garam masala - boleh dibeli di pasar raya 2 biji cili merah/cili hijau - Kak Noor gula cili merah Beberapa biji cili padi, sekiranya suka 1 biji tomato - dibelah 4 1 cawan air Garam dan gula secukup rasa. Bahan-bahan A: (disatukan dan diblend) 4 sudu besar serbuk rempah kurma 1 biji bawang besar (merah) bersaiz besar 3 ulas bawang putih 1 sudu teh serbuk cili 1 sudu teh serbuk jintan manis 1 sudu teh serbuk jintan putih 1 sudu teh serbuk ketumbar 3 biji buah keras Air secukupnya Bahan-bahan B: (Tumis) 3 biji bawang kecil (merah) - dihiris 3 ulas bawang putih - dihiris 2 inci halia tua - dihiris 2 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 2 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga cengkih 2 tangkai daun kari 3 sudu besar minyak

Masak Lemak Lobak Putih

Kak Noor suke….. sangat masakan sayur ni. Kalau tak makan dengan nasi, Kak Noor ratah sayur sahaja. Sebenarnya masak lemak lobak putih ini adalah masakan nostalgia…. Teringat semasa zaman kanak-kanak, nenda Kak Noor selalu juga masak sayur ini. Bagus untuk menyejukkan badan katanya. Setakat itulah yang Kak Noor faham tentang khasiat sayur ni semasa zaman kanak-kanak. Al maklumlah semasa kanak-kanak dulu, leka bermain ke sana ke sini tanpa mengira cuaca panas.  Bila makan sayur ni, sejuklah badan kot! Tetapi itulah… anak-anak kita tidak gemar lobak putih ini. Mereka mungkin kenal lobak merah, tetapi tidak lobak putih. Mungkin juga tidak banyak fakta yang didedahkan mengenai sayur lobak putih ini kepada umum dan kita jarang mengetengahkan dan mempelbagaikan masakan berunsur lobak putih dalam resepi harian kita. Mungkin juga disebabkan resepinya amat terhad. Kebiasaannya digoreng dan dibuat sup.   Tetapi sebenarnya lobak putih ini banyak khasiatnya. Antaranya ialah:

Telur Masak Kicap Taucu

Kebiasaannya resepi telur masak kicap, telur masak taucu, atau telur masak sos, kebanyakan orang lebih gemar menggoreng telur terlebih dahulu.  Tetapi bagi resepi ini, Kak Noor cuma guna telur rebus sahaja.  Kalau suka, telur rebus ini  juga boleh digoreng terlebih dahulu. Walaupun resepi ini semudah ABC, tetapi Kak Noor ingin kongsikan juga dalam blog ini memandangkan ia adalah salah satu sajian yang pernah Kak Noor makan semasa zaman kanak-kanak dulu. Bahan-bahannya: Beberapa biji telur direbus dan dikopek kulitnya – Kuantiti ikut suka 4 sudu besar taucu – dibasuh untuk menghilangkan kemasinannya 2 biji ubi kentang – dipotong wedges 1 biji bawang besar - dihiris 2 ulas bawang putih – dihiris 1 inci halia – dihiris Kicap manis secukupnya 2 sudu besar sos cili Garam/gula secukup rasa Air secukupnya Daun sup/daun bawang - dihiris 1 sudu besar minyak – untuk menumis Cara-caranya: 1. Panaskan minyak. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih, dan halia sehin

Daging Masak Kicap Berempah

Hari ini untuk sajian tengah hari Kak Noor masak ringkas sahaja.  Nak masak beraneka jenis, takut tak habis pula dan membuang sahaja.  Masing-masing tak berselera sangat nak makan nasi sebab rasa nak demam tak demam.  Tekak rasa pedih, mata rasa pedih dan mulut pun rasa pahit.  Mungkin musim demam sekarang ini. Tengok di dalam peti ais ada daging.  Dalam mood kurang selera ini, masakan kenalah pedas sikit. Timbul idea nak masak kicap berempah campur dengan ubi kentang.  Sedap juga kalau makan dengan nasi panas.  Cukup satu jenis lauk sahaja. Bahan-bahannya: 1/2 kilo daging batang pinang, hiris nipis, basuh dengan tepung dan cuka, kemudian toskan. Minyak secukupnya untuk menumis 2 - 3 biji ubi kentang - dipotong wedges Garam dan gula secukup rasa Air secukupnya 2 biji bawang besar - dihiris bulat 1/2 biji cili benggala - dihiris 1/2 sudu teh jus lemon Bahan-bahan A: (Pes Perapan Daging) *2 sudu besar serbuk rempah lima beradik (5 spices) - Boleh didapati di pasar ray

Puding Cendol

Bahan-bahannya: 30 gram strip agar-agar 800 ml air - untuk memasak agar-agar 200 ml air - untuk memasak gula pasir dan gula merah 500 gram cendol – boleh dibeli di pasar raya 150 gram gula pasir 150 gram gula merah 300 ml santan pekat 300 ml susu cair 2 biji kuning telur saiz sederhana 1 helai daun pandan disimpul Sedikit garam Cara-caranya: 1. Masukkan agar-agar dan 800ml air di dalam periuk. Masak sehingga agar-agar larut. 2. Dalam periuk yang lain masukkan gula pasir, gula merah, daun pandan, dan 200 ml air. Masak sehingga gula larut, kemudian tapiskan. 3. Satukan santan pekat, susu cair, kuning telur dan sedikit garam di dalam blender. Blend sehingga campuran sebati. 4. Setelah agar-agar larut, masukkan larutan gula tadi (2) dan kacau rata. Kemudian baru dimasukkan campuran (3) yang telah diblend tadi dan kacau sehingga mendidih. 5. Akhir sekali masukkan cendol, kacau sedikit dan biarkan ia mendidih sekali lagi. Tutup api d

Nasi Ayam dengan Ayam Goreng Rempah

Hari ini Kak Noor masak nasi ayam untuk makan tengah hari. Agak lama juga tak masak nasi ayam sendiri. Asyik beli kat kedai aje. So sempena cuti hujung minggu, bolehlah lama-lama sikit kat dapur. Ayamnya pula Kak Noor masak goreng berempah, special lah sikit. Resepi nasi ayam ini adalah olahan Kak Noor sendiri dan inilah resepi yang Kak Noor gunakan kalau memasak nasi ayam. Kak Noor gunakan beras basmathi untuk memasak nasi ayam ini. Pada N3 kali ini Kak Noor akan muatkan resepi set hidangan Nasi Ayam yang terdiri daripada nasi ayam, ayam goreng berempah, sup, sos cili, dan sos kicap. (1) NASI AYAM - (Masak Guna Rice Cooker) Bahan-bahannya: 4 cawan beras basmathi - dibersihkan dan direndam seketika lebih kurang ½ jam *6 cawan stok ayam – resepi seperti di bahagian sup ayam (gunakan cawan yang sama semasa menyukat beras) 1 kiub ayam 1 sudu kecil serbuk kunyit - untuk menjadikan nasi berwarna kuning 1 sudu kecil minyak bijan Sedikit garam 2 helai daun pandan d

Kari Ikan Kembung

Pagi tadi sempat masak kari ikan ini sebelum ke pejabat.  Semalam dah rancang dengan rakan sepejabat, masing-masing  nak bawa masakan daripada rumah untuk makan tengah hari ramai-ramai di pejabat.  Kali ini Kak Noor masak tak banyak memandangkan ahli keluarga telah berkurang; sebab tiga orang anak KaNoor telah ke kolej dan universiti.  So bahagi dua le... separuh tinggal kat rumah dan separuh lagi bawa ke pejabat.   Alhamdulillah... pada hari Jumaat yang mulia ini dapat juga beri  rakan-rakan sepejabat merasai masakan kita. Kawan Kak Noor pula bawa Gulai pisang ikan kering kurau, masakan Negeri Sembilan.  Memang mengancam habis. Ada pula sambal belacan.   Memang tak sabar tunggu lunch time.  Kak Noor tengok bertambah-tambah juga dia orang makan. Habislah juga nasi di dalam rice cooker tu.... Alhamdulillah.... syukur. Bahan-bahan yang diperlukan: 1/2 kg. ikan kembung saiz sederhana 1/2 cawan pati santan kelapa sawit + 1 cawan air (guna cawan yang sama) 2 biji to

Sotong Marsala

Bahan-bahannya: 10 ekor sotong saiz sederhana 1 biji bawang besar dihiris 3 ulas bawang putih dihiris 1 inci halia dihiris 2 tangkai daun kari 1 sudu kecil serbuk jintan manis 1 sudu kecil serbuk jintan putih 1 sudu kecil serbuk cili 1 sudu kecil serbuk kayu manis 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu besar serbuk ketumbar 2 sudu besar serbuk marsala  - boleh dibeli di pasar raya Carrefour atau kedai mamak yang menjual rempah ½ cawan pati santan 1 biji cili hijau dihiris 1 biji tomato – dipotong wedges Daun bawang Minyak untuk menumis Garam dan gula secukup rasa Cara-cara membuatnya: 1. Sotong disiang dan dibersihkan. 2. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, dan daun kari hingga naik bau. 3. Masukkan serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk cili, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, serbuk marsala dan kacau sehingga terbit minyak. 4. Masukkan sotong dan kacau perlahan-lahan. Masukkan santan dan gar