Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Sayur Campur Cina

Bahan-bahannya: Sedikit daging ayam - dicincang (digunakan sebagai rencah) 1 batang lobak merah - dipotong bulat 1 paket cendawan tiram 1 buku brokoli 50 gram kobis - dipotong besar 2 biji bawang merah - dihiris 2 ulas bawang putih - dihiris 1 biji cili merah - dihiris 2  cawan air 3 sudu besar sos tiram 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu kecil serbuk lada putih Garam dan gula secukup rasa 1 sudu besar tepung jagung, dibancuh dengan dengan sedikit air (untuk memekatkan kuah) Sedikit minyak untuk menumis Cara-caranya: 1.  Panaskan minyak di dalam kuali.  Masukkan cincangan ayam, diikuti dengan bawang merah, bawang putih, dan cili merah.  Tumis sehingga naik bau. 2.  Kemudian masukkan air diikuti dengan sos tiram, serbuk lada hitam dan lada putih, garam, dan gula.  Masak sehingga kuah mendidih. 3.  Selepas itu masukkan lobak merah, cendawan tiram, brokoli, dan kobis.  Kaup balikkan sayuran.  Tuangkan bancuhan tepung jagung tadi.  Kacau lagi sehingga sayur-say

ASAM PEDAS AYAM

Mula-mula nak masak asam pedas ikan tenggiri aje, tetapi last minute bertukar menu apabila hubby beli ayam.  Jadilah asam pedas ayam. Bahan-bahannya:  *(800 gm ayam (bahagian ayam yang bertulang) 1 biji tomato – dibelah empat 10 batang bendi 1 inci halia - diketuk 1 ½ inci lengkuas – diketuk 2 batang serai – diketuk Daun kesum secukupnya 3 – 4 helai daun limau purut 1 biji cili merah – dibelah dua 3 sudu besar pati asam jawa Xtra Adabi – dibancuh dengan 800ml air Garam dan gula secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Bahan-bahan dikisar halus: 3 senduk nasi cili kering yang telah dikisar 5 biji bawang merah atau 1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 1 inci halia 1 inci belacan ½ sudu teh serbuk jintan manis ½ sudu teh serbuk jintan putih Air secukupnya Cara-caranya:  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis serai, lengkuas, dan halia sehingga naik bau, kemudian baru masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masak sehingga gar

Sambal Belacan (Guna Blender)

Hari ini Kak Noor nak muatkan resepi sambal belacan cara Kak Noor.  Kalau dahulu kalau nak buat sambal belacan ini memerlukan lesung batu untuk menumbuknya tetapi sekarang ada kaedah baharu yang boleh digunakan iaitu dengan menggunakan blender basah.   Masuk semua bahan di dalam blender dalam satu masa kemudian dikisar.  Dah siap sambal belacan! Cepat dan mudahkan...  Pun begitu ramai yang  berpendapat hasilnya tidaklah sesedap jika ia ditumbuk menggunakan lesung batu.  Apapun, Kak Noor akur dengan pendapat ini.  Kenapa sambal belacan lebih sedap jika kita menggunakan lesung batu?  Adakah disebabkan aura yang ada pada batu lesung itu? Sambal belacan yang dibuat menggunakan blender Sekarang ini Kak Noor jarang sekali menumbuk sambal belacan menggunakan lesung.  Suatu ketika dulu Kak Noor memang menggunakan lesung batu menumbuk sambal belacan.    Tetapi sejak penumbuknya hilang dan tinggal lesung sahaja, maka sejak hari itu Kak Noor menggunakan blender sahaja.  Okay

Kari Ikan Tenggiri Batang,

Assalamualaikum semua... Alhamdulillah baru saja habis makan tengah hari bersama keluarga. Hidangan tengah hari ini ialah kari ikan tenggiri, sayur kangkung goreng, sambal belacan, dan ulam kacang botol.  Walaupun lauknya simple, tetapi set hidangan lengkap ini sudah cukup membangkitkan selera dan mengenyangkan perut.  Tengok Encik suami dah dua tiga kali bertambah. Kombinasi kari ikan tenggiri, sambal belacan, dan ulam kacang botol Semalam, sempat ke NSK Selayang untuk membeli lauk pauk dan barang keperluan.  Memang ramai orang di NSK Selayang, tidak kira pagi, petang atau malam.  Lagipun NSK Selayang ini dibuka 24 jam.  Pernah suatu ketika Kak Noor dan Encik Suami ke NSK jam 11.00 malam  untuk mengelakkan kesesakan, tetapi sebenarnya semakin sesak. Orang yang tinggal jauh dari Selayang pun sanggup ke NSK Selayang ini untuk membeli barang keperluan di sini. Harga yang ditawarkan memang tersangat murah. Apa lagi peniaga-peniaga restoran dan kedai makan, di sinilah m

Ayam Koktel Masak Sos

Menu ayam koktel masak sos ini adalah faveret anak-anak Kak Noor.  Kalau tak dimakan bersama nasi, mereka akan meratahnya sahaja. Masaknya pun agak simple, dan tidak memerlukan bahan yang banyak.  Cuma anda perlu menggunakan pelbagai sos untuk menyediakan menu ini. Namanya pun masak sos kan! Ayam koktel yang digoreng 3/4 masak. Kak Noor menggunakan ayam koktel jenama Farm Best yang boleh dibeli di pasar raya, bungkusan 1 kg.  Tetapi untuk hidangan ini, Kak Noor guna 500 gram sahaja koktel ayam.  Koktel ayam ini boleh digoreng dengan minyak atau boleh dipanggang di dalam oven sehingga 3/4 masak. Jom kita tengok resepinya. Bahan-bahannya: 500 gram koktel ayam - digoreng atau dipanggang 3/4 masak 1/2 biji cili benggala hijau - dipotong dadu 1/2 biji cili benggala merah - dipotong dadu 1/2 biji lobak merah - dipotong bulat 1 biji bawang besar - dibelah empat dan dileraikan kelopaknya 3 ulas bawang putih - dihiris 2 sudu besar cili kisar 1 sudu besar sos tiram 1 s

SANTAI DI PORT DICKSON: AYAM BARBEKU SAJIAN DAPUR BONDA

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Semoga di hujung minggu sebegini kita semua masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan di alam maya ini dengan penuh keceriaan dan menikmati detik waktu yang berharga bersama keluarga tercinta.  Juga dimohon ke hadrat Illahi semoga dipanjangkan umur ibadah kita, Insya Allah. Kolam mandi dan anak-anak tidak dapat dipisahkan Bagi Kak Noor sekeluarga,  Alhamdulillah. Cuma agak lama juga Kak Noor tidak memuatkan cerita dan resepi terkini disebabkan komitmen yang perlu diberi perhatian. Maklumlah kalau dah mula mengarang dan menaip, sudah tentu memerlukan tempoh masa yang agak lama untuk kita memikirkan apa yang perlu dan yang patut ditulis untuk teman-teman pembaca.  Resort yang sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga Terdapat gazebo untuk beristirehat sambil menikmati keindahan pemandangan pantai,  dan juga tempat untuk barbeku Bermula dengan kepemergian Kak Noor ke Dungun mengambil ana

CEGHITE DURIAN PULAK..... (SERAWA DURIAN GUNA SANTAN KELAPA SAWIT KHALIS)

Hari ini nak ceghite pasal durian pulak.  Almaklumlah... sekarangkan musim durian.  Buah durian pula sedang `jujuh' sekarang ini atau dalam erti kata yang lain buah sedang banyak.  Kalau dulu musim buah durian hanya setahun sekali tetapi sekarang ini setahun sampai dua tiga kali musimnya.   Memang bertuah orang yang ada dusun durian ni.  Kebiasaannya dusun durian itu adalah peninggalan nenek moyang untuk generasi akan datang.  Mereka telah meneroka tanah dan mengusahakan tanaman ini untuk dimakan oleh anak cucu mereka. Telah menjadi lumrah pabila tiba aje musim durian, adik-beradik dan sanak saudara semua pasti pulang ke kampong untuk menikmati buah yang lazat ini.  Alangkah meriahnya ketika itu.  Anak-anak yang senantiasa sibuk dengan kerja pejabat sanggup mengambil cuti untuk pulang ke kampong halaman demi menyahut panggilan musim buah durian ini. Secara tidak langsung,  buah durian juga turut memainkan peranannya yang penting iaitu mengeratkan lagi silaturrahim sesama adik

SOTONG TIGA RASA

Sotong Tiga Rasa, kombinasi pedas, manis, dan masam yang pasti membuka selera. Bahan-bahannya: 600 gram sotong saiz sederhana ½ biji cili benggala (merah, kuning, dan hijau)  – dipotong kiub 3 sudu besar cili kering kisar Garam dan gula 1 cawan air 2 helai daun limau purut Daun sup/daun bawang Minyak secukupnya untuk menumis Bahan-bahan tumis:   2 biji bawang besar – dibelah enam setiap biji, kemudian dileraikan kelopaknya 3 ulas bawang putih – diracik halus 1 inci halia – diracik halus Bahan-bahan sos: 3 sudu besar sos cili thai 2 sudu besar sos hijau thai 2 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos sotong atau sos ikan Cara-cara memasak: 1. Sotong dibersihkan dan ditoskan. Kelar sotong tetapi jangan putus. 2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kering kisar dan masak sehingga cili garing (terbit minyak). 3. Masukkan air, diikuti denga

PAPRIK DAGING

Assalamualaikum dan Selamat Bersantai di hari Ahad.  Bagi yang bekerja, esok bermula rutin seperti biasa; masuk pejabat semula.  Kadang-kadang  bila dah bercuti hujung minggu, memang timbul perasaan malas untuk masuk bekerja pada hari Isnin.  Ada yang tiba-tiba pening kepala, demam, dan terpaksa ambil cuti kecemasan atau cuti sakit.  Bagi yang telah menjangkau usia 50an, hanya mengira hari, bulan, dan tahun sahaja untuk bersara wajib.  Jika hendak bersara pilihan, kenalah tengok komitmen dulu. Kalau komitmen masih banyak, perlu fikir 1,000 kali nak bersara awal.  Tapi kalau yang berkemampuan tu, kira bonuslah bagi mereka untuk bersara awal dan beralih kepada rezeki lain pula seperti bekerja sendiri dan sebagainya. Bercakap mengenai cuti, apa ertinya cuti bagi kaum wanita yang bergelar isteri dan ibu?  Cuti adalah segala-galanya bagi kaum wanita.  Masa cuti inilah boleh rehatkan diri setelah penat bekerja di pejabat, dan masa cutilah juga boleh ambil `sweet time' untuk melaksa

MASAK LEMAK KETAM NANAS

Assalamualaikum.. Selamat beristirehat bersama keluarga di hujung minggu.  Musim cuti sekolah sebegini masing-masing sudah tentu mempunyai program dan aktiviti bersama keluarga.  Ada yang membawa anak-anak bercuti di resort terutamanya yang mempunyai theme park demi  menyahut seruan kerajaan untuk `Cuti-cuti Malaysia'.   Dan tidak kurang juga yang mengambil kesempatan cuti sekolah ini membawa anak-anak ke tempat yang boleh memberi pengetahuan seperti KidZania (world of kids)  yang terletak Mutiara Damansara  dan Legoland Malaysia yang terletak di Bandar Nusajaya, Johor.  Dua tempat yang paling popular ketika ini. KidZania yang terletak di Mutiara, Damansara Legoland Malaysia yang terletak di Bandar Nusajaya, Johor Bagi Kak Noor belum berkesempatan membawa anak-anak untuk bercuti.  Insya Allah awal bulan Disember ini ada family vacation bersama adik-beradik semua.  Tetapi khusus untuk anak-anak belum difikirkan lagi.  Anak bongsu Kak Noor teringin sangat nak ke Le

AYAM MASAK TAUCU MANIS

AYAM MASAK TAUCU MANIS - UNTUK SELERA SIKECIL Pernah tak anak-anak kita komplen mengenai masakan siibu pedas dan membezakannya dengan masakan sipengasuh mereka?  Sibongsu perempuan yang masih dihantar kepada pengasuh (jiran tetangga) kerap kali juga menyuarakan tentang keenakan masakan sipengasuh walaupun ibunya `chef' yang terbaik di rumah.  Bila ditanya apa yang `mak' (panggilan bagi pengasuh)  selalu masak? Jawabnya masak kicap, ikan sambal, ikan goreng cili, masak lemak kuning, kari,  dan masakan-masakan lain di mana menu ini Kak Noor sendiripun pernah hidangkan.  Tetapi entah kenapa masakan sipengasuh yang lebih digemari sehingga menjilat jari dimakannya, dan bertambah-tambah nasi. Sebagai ibu, sudah tentu kita tertanya-tanya dan tercari-cari sebabnya kenapa makanan yang kita masak tidak dapat menambat citarasa anak kita. Bila Kak Noor cakap `ibu pun masak macam tu, balasnya ibu selalu masak pedas, tak macam mak masak.  Mak selalu masak manis dan tak pedas.  Asilah su

AGAR-AGAR LONGAN BERSUSU

Kak Noor memang gemar menyediakan puding atau agar-agar sebagai pencuci mulut kerana inilah antara resepi yang paling mudah dan cepat untuk disediakan.  Lagipun ia boleh disimpan di dalam peti sejuk.  Bila rasa nak makan, ambil saja.  Sejuk rasanya bila mula masuk ke rongga tekak ini. Hari ini Kak Noor nak sediakan agar-agar sahaja. Agar-agar laici telah pernah dicuba.  Apa kata cuba sediakan agar-agar buah longan pulak?  Rasanya tak banyak perbezaan dari segi penyediaannya dengan agar-agar laici.  Lagipun laici dan longan berasal dari spesis yang sama.  Untuk hidangan agar-agar longan ini, Kak Noor tambahkan susu sejat dengan niat untuk untuk menonjolkan warna keputihannya.  Tetapi bila telah dikacau, susu sejat tu bertukar warna kuning cerah.  Frust juga sebab kejadiannya tidak seperti yang digambarkan.   Walau bagaimanapun, rasanya memang sedap. Mungkin jenama susu sejat yang digunakan juga memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan warna yang kita inginkan. P