Siakap Tiga Rasa lagi..... sebelum ini memang telah ada N3 mengenai siakap tiga rasa ini dalam blog ini. Memang favourite anak-anak semua, apalagi kalau dihidangkan terus selepas dimasak. Hari Sabtu yang lalu, sempat `sambar' 2 ekor siakap saiz sederhana di Carrefour Wangsa Maju. Seekor harganya R7.00. Ok jugalah sebab ikannya pun fresh.
Sejak di pejabat tadi dah berangan-angan nak masak siakap tiga rasa untuk hidangan makan malam. Dah tiga hari di dalam peti ais, masih tidak berkesempatan untuk menyiangnya lagi. Hari ini mesti nekad dan rajinkan diri untuk masuk ke dapur. Sepulangnya dari pejabat, terus singgah di Giant Setiawangsa membeli bahan-bahan sampingan seperti nanas, sos ikan, sos cili thai, dan cili benggala. Bahan-bahan inilah yang akan menambahkan perisa kepada resepi ini nanti.
Bahan-bahannya.
Untuk Ikan:
2 ekor ikan siakap
Tepung jagung untuk dilumur pada ikan
Serbuk Pasti Sedap Knoor
Minyak untuk menggoreng ikan
Untuk Kuah:
2 biji bawang besar - dipotong dadu
6 biji bawang putih - dititik
10 biji cili padi - dipotong kecil
1 inci halia - dihiris halus
1 biji tomato - dipotong dadu
1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
Kiub nanas - Kak Noor beli yang siap ditinkan; kiub nanas dalam jus nanas jenama Ayam Brand (Snacky Nanas) - 280 gm
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili thai
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan

2 batang serai - dititik
Beberapa helai daun limau purut
Daun sup/daun bawang untuk hiasan
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara membuatnya:
1. Ikan dibersihkan dan ditoskan
2. Lumurkan ikan dengan serbuk pasti sedap knoor. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
4. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai, dan bawang putih.
5. Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.
6. Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala.
7. Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto.
8. Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang.

salam kak nor..my fav jgk siakap 3 rasa nie...sedapnya.:P
BalasPadamsalam kenal... saya follow blog ni yer kak noor... suka sgt resepi dlm blog ni :)
BalasPadamsalam kak noor ...
BalasPadamterima kasih kerana mencuba resepi siakap tiga rasa ni
alhamdulilah .. kak noor sekeluarga menyukainya
terima kasih juga kerana sudi menjadi follower blog aznanie
saya follow blog kak noor pula .. hehe
Terima kasih.
PadamMahu cuba la ini resepi, menu berbuka utk hari ini..
BalasPadamThanks kak noor...
BalasPadamseeeddaaaapppp .... bayangkan kalu aku yg bujang trang tang tang masak menjadi hingga sedap nya menjilat jari.... mak aku pun respek bila aku masak resepi ni ... terimakasih banyak2 ...
BalasPadamAlhamdulillah... tak sia-sia Kak Noor masukkan resepi ini dalam blog. Kalau mak sendiri dah respek, Kak Noor pun ikut respek sama. Jangan tak cuba resepi-resepi lain dalam SDB ini ye! Insya Allah jika kita masak dengan penuh kasih sayang, masakan akan menjadi sedap.
PadamNanas tu habiskan satu tin tu ke ?
BalasPadamTerpulang kepada citarasa masing-masing. Untuk resepi di atas Kak Noor guna semua nanas di dalam tin itu. Lagipun hanya 280 gm sahaja. Taklah banyak sangat. Lagipun Kak Noor suka ratah nanas tu. Sedap!
PadamAgak agak air tu banyak mana ek ? satu cawan cukup ? Saya nak try hari ni :D
BalasPadamAir tu boleh agak-agak aje, bergantung kepada banyaknya kuah. Tapi bagi Kak Noor 1 cawan pun dah memadai untuk seekor ikan. Kalau dua ekor ikan 2 cawan air.
PadamSalam kak noor, ni menu saya jap tadi.. suami puji btol, dia kata sedapp mcm kedai. Alhamdulillah.. terima kasih pd akak n Aznanie..
BalasPadamSyukur Alhamdulillah. Satu saja nak pesan, kalau masak masakan ala thai ni, mesti guna sos ikan atau sos sotong. Kalau tiada bahan-bahan ini kureng sikit rasanya.
PadamBlh Cuba ni..kbtuln plk dlm pt ad siakap..uuwala sodapnyo!!!!
BalasPadamsos ikan yg sdp brand ape ye ??
BalasPadamSetahu Kak Noor tak ada jenama Malaysia sos ikan/sos sotong. Selalunya produk dari Thailand. Apa-apa brand pun boleh.
Padamthanx kak... menjadi tiga rasa sy.. mak mertua sy cakap sedap nyeeeeeee...
BalasPadamAlhamdulillah. Cubalah resepi-resepi lain dalam SDB, Insya Allah menjadi.
Padamsalam kak noor..nk tnya..mana nk dpt jus nanas?
BalasPadamBila kita beli nanas kiub di dalam tin, ia ditinkan bersama jus. Gunalah jus itu untuk masakan.
Padamthanks k.nor..sdap sngt2..my hubby pun ske..nyum3
BalasPadamsalam.sy da try,trbaek!he,sdap gle.hubby pji..thanks k.n0r!
BalasPadamThx kak nor..
BalasPadamNie idea n juadah utk famly sy ari nie....
alhamdulillah. sedap sangat.terima kasih di atas perkongsian resepi :)
BalasPadam