Langkau ke kandungan utama

Catatan

Rendang di Aidil Fitri, Rendang Pedas Berempah Daging (menggunakan periuk noxxa).

Assalammualaikum. Hari ini adalah hari terakhir kita umat Islam di bulan Ramadhon Al-Mubarak 1439 Hijrah. Semoga tahun ini bukanlah Ramadhon yang terakhir bagi kita. Mohon supaya kita dipanjangkan umur ibadah dan diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu Ramadhon pada tahun hadapan. Esok lebaran 1 Syawal bakal menjelma menandakan kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.  Di ruangan ini Kak Noor ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin. Walaupun kita hanya bertemu di persada percoretan blog ini, mungkin terdapat penulisan atau entry Kak Noor yang mungkin menyinggung atau mencetus ketidakpuasan hati pembaca sekalian. Tahun ini pada hari raya pertama Kak Noor beraya di Kuala Lumpur sahaja. Insya-Allah esok pagi selepas solat Hari Raya Aidil Fitri Kak Noor akan bertolak pulang ke Alma menjengok bonda. Semasa anak-anak masih kecil, dua atau tiga hari sebelum raya Kak Noor sekeluarga dah ...

AYAM MASAK ASAM KAMPUNG (STAIL NENDA)

Assalammualaikum. Kak Noor bersiaran lagi pagi ini. Hari ini Kak Noor cuti; cuti ganti Tahun Baharu Cina hari itu. Valid hanya sebulan sahaja, so dah hampir nak expire, ambil ajelah sambil santai-santai di rumah.  Resepi ini terlebih dahulu telah Kak Noor poskan dalam FB Kak Noor. Dah agak lama juga tak masak resepi ini. Dalam blog pun tak pernah dikongsikan resepi ini. Resepi ini agak mudah dan ringkas sahaja, dan cepat penyediaannya. Kadang-kadang bila tak ada selera, perlulah fikirkan sesuatu menu yang boleh membuka selera walaupun lauk itu kita nampak macam biasa sangat. Masakan itu perlulah ada rasa sedikit masam dan manis. Masa itulah terfikir untuk menyediakan ayam masak asam stail kampung ini. Biasanya Kak Noor menggunakan ikan, tapi ada juga masanya Kak Noor tukarkan kepada ayam. Memang sedap bila dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman. Lagipun dalam situasi Kak Noor yang tidak berapa sihat disebabkan slip disk, perlu...

CHOCOLATE BROWNIES DENGAN ALMOND FLAKES DAN CHOCOLATE CHIP

Salam Sejahtera. Sejak terjebak membuat brownies ni dah jadi ketagih pula nak buat brownies pada setiap hujung minggu. Jika dibandingkan dengan kek, penyediaan brownies adalah lebih mudah. Insya-Allah setakat ini semua brownies yang dibuat menjadi dengan sempurna. Alhamdulillah ada kawan yang tempah setelah melihat posting dalam FB.  Untuk brownies, Kak Noor lebih prefer guna tepung naik sendiri dalam kotak kerana teksturnya lebih halus. Tapi hari tu entah macam mana tersalah guna tepung high protein iaitu tepung membuat roti. Biasanya selepas pertama kali guna bungkusan plastik tepung akan dikeluarkan daripada kotak dan disimpan di dalam peti ais bersama-sama bungkusan plastik tepung yang lain. Kak Noor hanya melabelkannya sahaja. Tetapi hari itu, pakai ambil sahaja dengan penuh confident tanpa melihat label. Selepas brownies masak, baru berdetik hati nak lihat label kat bungkusan plastik tepung tu. Ha...ha.... tepung protein rupanya. Alhamdulillah walaupun ter...

BISKUT ALMOND CORNFLAKES RANGUP

Assalammualaikum dan salam di hujung minggu. Semalam dah seharian menghadiri jemputan majlis walimah rakan pejabat dan kenduri kesyukuran saudara. Balik rumah pun dah lewat senja. Rasa letih juga walaupun hanya memenuhi jemputan untuk makan sahaja. Hai... bila dah umur beransur senja begini, memang terasa cepat letih dan lesu. Kalau boleh cuti hujung minggu nak beristirehat sepuas-puasnya di rumah sahaja. Bila memikirkan bahawa hukum menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardhu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang, maka digagahi juga diri ini menghadirinya melainkan sekiranya terdapat sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan.  Ok... semalam dah seharian di luar. Hari ini kita full time di rumah pula. Teringat nak buat kudap-kudapan untuk famili. Biasanya Kak Noor suka buat kukis sahaja. Itu biskut yang paling mudah. Bancuh adunan, gentel, kemudian bakar. Siap untuk dimakan. Lagipun kadang-kadang bila tetamu berkun...

CHOCOLATE MOIST CAKE (KEK COKLAT LEMBAB) DENGAN COKLAT GANACHE

Assalammualaikum. Hari ini Kak Noor nak kongsi resepi chocolate moist cake yang marvelous dan awesome. Tapi the originality of the receipe bukanlah daripada dapur Kak Noor. Resepi ini Kak Noor temui dalam FB semasa sedang tercari-cari resepi chocolate moist cake yang paling sedap. Terdapat banyak versi yang dipostkan dan semuanya nampak sedap belaka. Kalau nak dicuba setiap resepi mestilah tak laratkan, so kita pilih secara rambang sahaja,  tengok post yang paling banyak mendapat komen positif daripada rakan-rakan FB. Semalam Kak Noor telah mencuba resepi ini untuk seorang pelanggan tetap Kak Noor yang selalu order kek coklat. Ternyata kejadiannya cukup sempurna. Keknya lembut dan moist walaupun dibakar. Caranya pun lebih mudah, tak perlu guna mixer. Sesiapa yang tiada mixer di rumah, masih boleh juga sediakan kek coklat ini.  No excuse ye... Untuk tempahan kek coklat moist sebelum ini Kak Noor menggunakan resepi yang sedia ada dalam koleksi kek dalam S...

Kek Viral Span Marble Susu, resepi Irfan Syazwanshah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Agak lama tiada entri baharu daripada Kak Noor ye. Emm... kadang-kadang tu memang ada penyakit malas nak ngadap komputer ni. Bagi sesuatu entri yang hendak dipersembahkan dalam blog, Kak Noor ambil masa lebih daripada satu jam juga. Dari segi penulisan, editing dan pemilihan gambar, semuanya perlu diberi perhatian sebelum diterbitkan untuk tontonan pembaca. Dah berumur ni, bukan mudah nak buat karangan dik ooi.. berjam-jam juga perah otak, fikir apa yang hendak ditulis. Kadang-kadang tak keluar idea, buntu dan tak tahu apa yang hendak dimulakan.  Ok hari ini mood rajin, nak cuba resepi kek span marble susu yang diinspirasikan oleh chef muda Irfan dari Sabah. Mungkin dah `terlepas tren'😁, sebab awal-awal lagi ramai dah cuba buat dengan jayanya dan kongsi gambar dalam FB. Dari sehari ke sehari nak cuba resepi yang semudah ABC ini, tapi tak berkesempatan. Walaupun kek ini nampak biasa tetapi mungki...

KARI KETAM DENGAN NANAS, TUMIS DARAT - Versi Periuk Noxxa

Assalammualaikum dan Selamat Santai di Hujung Minggu. Alhamdulillah dan selesai menikmati makan tengah hari. Hari ini Kak Noor masak menu yang dinantikan oleh Encik Hasben sejak semalam iaitu Kari Ketam Dengan Nanas, versi tumis darat. Semalam Encik Hasben beli ketam di Pasar Tani Setiawangsa. Bolehlah besar-besar juga ketamnya; enam ekor RM41. Biasalah harga ketam, mana ada yang murah. Tu lah tak boleh beli selalu. Isinya tak seberapa, berat pada kulitnya aje. Better beli ayam lagi. Tapi kalau tiap-tiap hari mengadap menu ayam, rasa jemu juga .  Kari ketam masih dalam di dalam periuk noxxa.  Senantiasa panas aje kuahnya.  Bila masak menu ketam ini, rasa kasihan pula kepada kedua-dua anak Kak Noor. Kita bila mendengar ibu nak masak ketam, mesti dah beria-ia dan tak sabar nak makan. Bukan selalu pun dapat menikmati hidangan ini.  Tapi lain pula feedback daripada dia orang ni; tak teruja langsung sebab mereka alergik dengan masakan ketam. Dah pernah makan...