Assalammualaikum. Siapa suka makan rendang kerang? Ramai yang suka tetapi tak ramai yang suka mengopeknya. Ingat lagi semasa zaman kanak-kanak, sukahati sangat kalau arwah tok minta tolong kopek kerang. Apa taknya satu masuk bekas, tiga lagi masuk mulut. Tak perlu nak tunggu cicah air asam. Biasanya balance untuk dimasak hanya tinggal tiga perempat aje. Satu perempat dah masuk perut. Lepas tu mulalah mengadu sakit perut. Padan muka siapa suruh curi makan. Arwah tok selalu pesan semasa kopek kerang tu tengok-tengok sama kalau ada ketam kecil bewarna putih di dalam kerang. Kalau ada buang aje kerang tu, tak boleh makan, nanti sakit perut guling-guling katanya. Anak ketam ini biasanya terletak di sebalik celah-celahan isi kerang. Seingat Kak Noor kerang ini arwah tok masak kari kerang bersama ubi keledek. Suatu ketika dulu harga kerang memang murah. Sekilo tak sampai RM1. Tetapi sekarang dah mencecah RM8 sekilo. Jika nak masak rendang kerang tak berbaloi kala...
http://www.sajiandapurbonda.blogspot.com