Langkau ke kandungan utama

Catatan

RENDANG AYAM TUMIS BONDA

Assalamualaikum dan Selamat Menjamu Selera Menu tengah hari ini special request daripada hasben dan anak-anak. Sebenarnya ada dua opsyen untuk menu tengha hari ini, sama ada ayam masak merah ataupun rendang ayam. Kalau ikutkan anak-anak dua-dua menu mereka gemar. Tapi kalau ikutkan Encik Hasben, lebih prefer Rendang Ayam. Kalau ayam masak merah, penyediaan bahan-bahannya agak ringkas jika dibandingkan dengan rendang. Rendang Ayam Tumis Bonda ini adalah olahan Kak Noor berpandukan koleksi rendang yang sedia ada. Just tokok tambah bahan-bahan untuk menghasilkan menu rendang yang menepati citarasa keluarga.  Rendang ini tidak menggunakan cili kering ye; cuma gunakan cili hijau, cili merah, dan cili padi sahaja. Untuk menaikkan aroma rendang ayam ini, Kak Noor tambah rempah-rempahan. Ternyata rasanya memang marvellous. Kalau nak tahu sedap atau tidak dan ingin merasanya sendiri, cubalah masak berpandukan resepi di bawah. Bahan-bahannya: 2 ekor ayam...

Sosej Sambal Kicap, menu istimewa untuk kanak-kanak

Assalamulaikum Semua. Tak tahu nak masak apa untuk anak-anak di rumah?  Cuba menu sosej sambal kicap ini, mungkin anak-anak anda gemarkannya.  Dimakan bersama nasi pun sedap, apatah lagi meratahnya sahaja.  1 pack (1 kg) sosej pun boleh habis. Apabila stok lauk-pauk di rumah telah habis, inilah solutionnya..  Cepat dan ringkas.   

Ayam Kicap 3 Rasa

Assalamualaikum. Ayam Kicap 3 Rasa ini Kak Noor masak kelmarin pagi sebelum Kak Noor berangkat ke tempat kerja. Ada kelainan sedikit ayam masak kicap 3 rasa ini. Banyak kombinasi bahan-bahannya. Ye lah, kalau masak kicap biasa, jemulah pula. Dah biasa sangat masak kicap yang ringkas gitu... anak-anak pun tak berselera nak makan.    So apa kata kita olah resepi biasa yang sedia ada kepada satu resepi baharu yang ada kelainan rasanya. Kalau bab nak olah resepi ini, suka sangat  Kak Noor ni.  Bereksperimen dan try & error dengan menu-menu asal.  Bukan dalam bidang sains sahaja kita buat eksperimen, tetapi dalam bidang masakan pun kita boleh juga.   Maka hasilnya, terciptalah satu resepi baharu.  Ayam Kicap 3 Rasa ini, masakannya ala mamak style sebab menggunakan daun kari untuk menumis. Di samping itu ada juga campuran rempah untuk memberi kelainan kepada masakan ini. Nak tahu sendiri apa rasanya?  Cuba ma...

Rendang Ayam Minang, penambat selera keluarga di hujung minggu

Assalamualaikum. Selamat santai di hujung minggu. Esok dah nak kembali kerja. Rutin 5 hari selagi tak bersara. Rasa sekejap sangat cuti dua hari ini. Rehat kerja di pejabat, tetapi di rumah kerja senantiasa `on'. Tiada cuti untuk kaum ibu ye. Malah masih ada kerja yang masih tertunggak walaupun dua hari cuti.  Tak sempat nak siapkannya. Kalau ikutkan kerja rumah ini, memang tak habis sampai bila-bila. Kalau boleh nak perfect A - Z. Baru puas hati.  Dalam usia Kak Noor yang akan mencecah setengah abad bulan November nanti, terasa cepat letih kebelakangan ini. Tak setangkas dan selincah membuat kerja rumah semasa muda-muda dulu. Hujung minggu selalu rancang nak buat tu, nak buat ini, tetapi dapat fulfil separuh sahaja. Tidak dapat memenuhi piawaian dan mencapai KPI.  Sekarang ini kalau weekdays Kak Noor dah kurang masak. Sejak anak-anak dah besar ini, mereka tak berapa nak makan. Kebiasaannya Kak Noor masak pagi-pagi tinggalkan kepa...

Agar-agar Longan Strawberry

Assalamualaikum Dah lama teringin nak buat agar-agar longan strawberry ni tapi asyik sibuk aje memanjang. Dah sebulan buah longan dalam tin tersimpan di dalam kabinet dapur, tidak terusik. Hari ini baru berkesempatan membuatnya. Hai... rasa sejuk bila masuk ke tekak sejurus selepas dikeluarkan daripada peti sejuk. Rasa fresh sangat. Anak-anak pun suka. Katanya sedap sangatlah ibu. Ada pula komen dalam FB sayang nak makan.  Ada pula komen macam gigi palsu.  Hai macam-macam.  Apapun agar-agar longan strawberry ini memang sedap.  Kalau ada buah strawberry dicampurkan sekali mungkin bertambah sedap jadinya.  Resepinya mudah sangat.  Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak dan mudah didapati di kedai-kedai runcit. Sesiapapun boleh menyediakannya. Bahan-bahan:  20gm agar-agar tali  5 cawan air 1 tin longan 1 tin susu cair 1 ¼ cawan gula pasir Perisa strawberry secukupnya Cara-caranya: 1. Basuh agar-agar. Ke...

Samperit Comel Sajian Dapur Bonda

Assalamualaikum. Inilah biskut kegemaran Kak Noor sejak dari kecil lagi sehinggalah ke hari ini iaitu Samperit @ Biskut Dahlia. Bermula dari zero knowledge membuat  samperit, syukur Alhamdulillah pada hari ini rasa puas hati kerana dapat melahirkan  samperit yang beridentitikan kreativiti sendiri. Inilah Samperit Comel Sajian Dapur Bonda, iaitu salah satu produk homemade cookies Sajian Dapur Bonda.  Saiznya kecil dan pattern bunganya  lain daripada samperit yang sedia kita lihat.  Kebiasaannya samperit yang dijual di kedai bunganya besar; saiz standard.  Kak Noor telah cuba menggunakan acuan saiz standard,  tetapi rasa tak puas hati, kerana lebih suka melihat samperit yang bersaiz comel gitu!   Walaupun memicitnya agak rumit kerana menggunakan acuan bunga kecil dan mengambil lebih masa daripada menggunakan acuan bunga besar, tetapi kepuasan hati adalah segala-galanya. Walaupun kekadang kala terasa...

Kek Marble Pandan Coklat

Assalamualaikum. Kek Marble lagi... suka tengok gambar-gambar kek marble yang diposkan oleh rakan-rakan dalam FB dan juga blog mereka. Pelbagai kombinasi warna yang menarik dan alunan ombak yang menarik sehingga Kak Noor sendiripun teruja untuk membuat Kek Marble ini lagi .  Sebelum ini dah pernah buat, tapi kali ini nak cuba pula kombinasi warna hijau dan coklat. Hm... kalau guna warna hijau ini seelok-eloknya kita kaitkan dengan satu nama resepi yang sepadan dengan warna yang kita gunakan .   So inilah olahan Kak Noor, Kek Marble Pandan Coklat. First time guna oven Sonner untuk masak kek ini, dan hasilnya memang sempurna sekali. Resepi Kek Marble Pandan Coklat Bahan-bahannya: 250 gm butter 1 ½ cawan gula kastor 5 bji telur ayam Gred A 1 cawan susu cair *2 ½ cawan tepung gandum *1 sudu teh baking powder *2 sudu besar tepung susu 1 sudu teh esen vanilla 3 sudu teh perisa pandan 3 sudu teh perisa coklat (sekiranya ingin warna cokl...