Langkau ke kandungan utama

Catatan

RESEPI PERIUK NOXXA: Daging Goreng Kunyit Campur Kentang dan Buncis

Assalamualaikum semua.  Selamat menjamah juadah tengah hari.  Tiada menu istimewa untuk hidangan tengah hari ini. Seboleh-bolehnya Kak Noor nak masak sesuatu yang ringkas tetapi sedap dimakan. Tak nak masakan berkuah. Kalau masakan berkuah jarang dihabiskan. So.. nak masak kering-kering saja dan dimakan bersama nasi panas. Sesekali membuka selera lauk macam ini. Ada sedikit daging dalam freezer. Pagi tadi Kak Noor dah keluarkan untuk unfrozen. Ada dua tiga resepi dalam kepala ini. Tapi nak masak apa ye? Semalam dah cakap kat hasben nak masak kering-kering aje, nak makan bersama nasi panas.    Finally, resepi Daging Goreng Kunyit menjadi pilihan. Dicampur dengan ubi kentang dan kacang buncis. Lengkap 2 in 1; lauk dan sayur. Masak guna periuk Noxxa, cepat empuk dagingnya.  Apa kata kita tengok hasilnya dulu sebelum ke bahan-bahan dan cara-cara memasaknya. Sedap dimakan bersama nasi panas. Bahan-bahannya: 250 gram daging pinang ...

PUDING ROTI MARBLE

Assalamualaikum. Hari ini ingin dikongsi bersama resepi puding roti marble. Puding ini acap kali juga Kak Noor sediakan untuk keluarga sebab ia cukup mudah dan cepat disediakan. Bila ada lebihan roti di rumah yang hampir nak expired tu, dari membuang dan membazir, bolehlah kita gunakan untuk menyediakan resepi ini. Tapi yang paling Kak Noor teruja untuk menyediakan resepi ini adalah disebabkan acuannya. Sekarang famous acuan ini di FB. Ramai rakan FB yang pos agar-agar, kek kukus, apam, dan puding menggunakan acuan ini.  Acuan ini dibeli daripada rakan FB kita iaitu Aslindawati Aning, dari Sabah. Jauh tu di seberang. Walaupun jauh, tetapi cepat sampainya di Semenanjung. Hari Sabtu pos, hari Isnin tengah hari dah dapat... Kak Noor beli 12 pieces dengan harga RM35.00. Ada juga dijual dengan kuantiti yang kecil iaitu 4 pieces RM20.00. Pada mulanya nak beli 4 pieces aje tetapi bila difikirkan kembali rugi kalau beli 4 pieces aje. Tak pelah ...

TERUJA MASAK PULUT KUNING MENGGUNAKAN PERIUK NOXXA, 7 MINIT AJE...

Assalamualaikum. Bagi N3 Jom Masak Dengan Periuk Noxxa kali ini, Kak Noor ingin berkongsi resepi pulut kuning yang dimasak menggunakan periuk Noxxa. Sebenarnya pulut kuning ini Kak Noor masak hari Ahad yang lalu. Hari Isnin bawa ke pejabat untuk sarapan pagi bersama kawan-kawan.  Dimakan pula bersama rendang pedas ayam yang telah dipanaskan beberapa kali dalam periuk Noxxa menggunakan fungsi `STIR FRY'.  Mudah dikaupbalikkan sehingga rendang kering dan berwajah serunding. Yang bestnya periuk dalamannya tidak melekat langsung.   Pulut pula Kak Noor guna pulut susu Siam yang dikirim daripada bapa rakan sepejabat yang tinggal di Padang Besar. Telah agak lama pulut ini disimpan di dapur.  Kalau tak salah Kak Noor beli masa nak raya puasa  hari tu.  Niat di hati nak buat ketupat pulut makan anak beranak di pagi raya sebab pelan asal nak raya di KL aje.  Tapi last minute pulang juga berhari raya ke Bukit Mertajam bersama bonda dan ...

Rendang Pedas Ayam, 8 minit dengan Periuk Noxxa

Assalamualaikum. Hari ini Kak Noor ingin kongsi satu lagi resepi yang dimasak menggunakan Periuk Tekanan Elektrik Berbilang Fungsi Noxxa atau mudah disebut Pressure Cooker Noxxa. Sejak ada periuk ajaib ini, teruja pula nak bereksperimen memasaknya dengannya. Memang mudah dan menjimatkan masa. Apa yang penting kita mesti tahu fungsi butang pada panel kawalan periuk tersebut dan cara settingnya.  Kalau dulu kita memasak rendang di dalam kuali dan mengambil masa agak lama untuk ayam empuk, tetapi sekarang dengan menggunakan periuk ajaib ini hanya mengambil masa 8 minit untuk ayam empuk.  Tidak sampai 1 jam telah boleh dihidangkan. Resepi yang ingin Kak Noor ketengahkan ialah Rendang Pedas Ayam.  Resepinya sama sahaja seperti resepi yang pernah Kak Noor kongsikan sebelum ini. Tetapi kali ini ada sesetengah bahan itu diberikan dalam sukatan gram bagi memudahkan rakan-rakan mengikut resepi ini dengan tepat.  Bahan-bahannya: 1.5 kg. daging ayam 1/2 k...

KARI TULANG DAGING LEMBU, 30 MINIT AJE DAH MASAK MENGGUNAKAN PERIUK NOXXA

Assalamualaikum. Hari ini Kak Noor nak share N3 masak kari tulang daging lembu menggunakan periuk Noxxa. Sesiapa yang memiliki periuk Noxxa ini bolehlah mengikut resepi ini dan cara-cara memasak menggunakan periuk ini.   Kebiasaannya bila kita memasak daging, ia akan mengambil satu tempoh yang agak lama untuk daging menjadi empuk/lembut.  Kadang-kadang mengambil masa hampir 1 jam untuk lembut, tapi itupun masih sedikit liat, bergantung kepada jenis daging. Kalau daging segar mungkin mengambil tempoh yang agak singkat jika dibandingkan dengan daging import. Tetapi dengan menggunakan periuk Noxxa ini,  apapun  jenis daging yang kita guna, ia akan cepat empuk/lembut. Dalam masa 30 minit sahaja kari tulang lembu dah siap dan boleh dihidangkan. Rasa karinya sama saja macam kita masak di atas dapur. Selepas 30 minit, terhasillah kari tulang daging lembu ini.   Daging menjadi lembut sekali.  Tulang of course le tak lembut... M...

Kek Gula Hangus, Kudapan Keluarga di Hujung Minggu

Assalamualaikum dan Salam Santai Hujung Minggu. Semoga semuanya sihat bersama keluarga beristirehat di hujung minggu. Di hujung minggu begini terfikir pula nak sediakan juadah minum petang untuk keluarga. Tetapi tak naklah sesuatu yang `heavy' dan sukar untuk dibuat. Just nak sediakan juadah yang simple dan dapat dimasak segera. Semenjak membeli periuk Noxxa ni, teruja sangat nak cuba masak itu dan ini. Teruja bila kawan-kawan yang telah lama memiliki periuk Noxxa mengepos gambar dan juga resepi yang telah mereka cuba. Sifu-sifu inilah yang banyak membantu memberi tunjuk ajar kepada `budak-budak yang baharu belajar' seperti Kak Noor ini. Apa yang penting ialah mudah dan cepat mengukus kek ini bila guna periuk Noxxa. Memang berbaloi menggunakannya. Hari ini Kak Noor nak cuba sediakan Kek Gula Hangus. Resepi ini Kak Noor perolehi daripada kawan-kawan yang telah pernah membuatnya.  So far, memang tak pernah buat kek gula hangus ini. Jom kita tengok penyediaan...

JOM MASAK GUNA PERIUK NOXXA: BIHUN GORENG

Bahan-bahannya: 1 bungkus bihun jenama Faiza 400 gm - basuh dan toskan, tak perlu direndam Udang/sotong secukupnya Nuget ayam - digoreng, kemudian dipotong dadu - boleh ditambah Sayur-sayuran - opsyen 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar kicap manis 2 sudu besar sos tomato 600ml air  Garam dan gula secukup rasa  Bahan-bahan Tumis: 3 sudu besar minyak  1 biji bawang besar - dihiris 4 ulas bawang putih - dihiris 1 senduk nasi cili kering kisar Cara-cara Membuatnya: 1.  Masukkan minyak ke dalam periuk Noxxa.  2.  Tekan fungsi `STIR FRY ' dan ON (butang warna merah) 3.   Bila minyak telah panas, tumiskan bawang besar, bawang putih, dan nuget ayam.    Tumis sehingga bawang kekuningan dan naik bau.   4.  Kemudian masukkan cili kering kisar.  Kacau dan biarkan cili garing.   Kemudian masukkan air 600ml. dan kacau rata.  5.  Selepas ...