Langkau ke kandungan utama

Catatan

Cekodok Kelapa, orang Utara panggil Cucuq Nyok.

Suasana kampung yang damai senantiasa menggamit nostalgia.  Di sinilah Kak Noor dibesarkan oleh nenek tersayang sejak Kak Noor dilahirkan. Teringat pabila tiba waktu petang, nenek akan sediakan juadah petang.  Menu yang kerap dihidangkan ialah cekodok. Itulah menu yang paling ringkas dan cepat dimasak dan sedap dimakan.  Orang dulu-dulu tak panggil cekodok, dia orang panggil jemput-jemput .  Kalau orang Utara panggil CUCUQ   (bila pronounce  tu... kenalah sekali dengan idghamnya).  Pelbagai menu cucuq yang disediakan, antaranya yang paling Kak Noor suka ialah Cekodok Kelapa atau dalam bahasa ibunda Kak Noor cucuq nyok. Cucuq Nyok ni kalau dapat dicicah dengan sambal tumis atau kari semalam, memang meletop!  Hidangkan pula dengan air teh o wangi atau kopi o.  Hai... x tahu nak cakap le... Cucuq nyok ni nenek Kak Noor hidangkan untuk dimakan bersama-sama kawan sepermainan.  Seperti biasa, sekitar jam 4.30 petang, kawan-kawan a...

Masakan Ala Thai, Sotong Goreng Tom Yam Berkuah

Bila tak berselera makan, masakan ala thai lah yang menjadi pembuka selera.  Sotong ini Kak Noor goreng berkuah supaya dapat dinikmati kuah tom yamnya.  Sedap dimakan bersama nasi panas.  Dalam keluarga Kak Noor orang yang paling suka sotong adalah anak perempuan bongsu.  Suka sangat dia.  Kalau ada sotong bertambah seleralah dia makan nasi.  Tetapi selalunya.... sotong tu lebih daripada nasi. Rasanya sepinggan di atas boleh diratahnya.  Tapi... sekarang ini sotong dah mahal. Harga bagi sekilo sotong saiz besar harganya antara RM25 - RM28.   Nak masak sotong selalu x leh le.... sekilo mana cukup. Bahan-bahannya: 1 kilo sotong saiz besar - dibersihkan dan dipotong gegelang lebih kurang 3 inci lebar. 2 - 3 helai daun limau purut 2 sudu besar cili kering kisar 3 sudu besar pes tom yam 1 sudu besar sos sotong 1 sudu besar sos tiram 1 batang serai - dititik Beberapa biji cili padi - dititik 1 biji bawang besar - dihiris 3 ulas bawang...

Sambal Tumis Telur, nostalgia zaman kanak-kanak. Walaupun ringkas tetapi menu ini masih tetap di hati.

Inilah menu semasa zaman kanak-kanak; sambal tumis telur.  Memang sedap jika dimakan dengan nasi panas bersama kicap.  Tak perlu lauk lain.  Apa lagi kalau makan beramai-ramai bersama kawan.  Boleh bertambah nasi.  Kalau pergi berkelah, bawa sambal tumis telur ni pun sedap. Bila telah bergelar ibu kepada lima orang cahaya mata, menu ini merupakan penyelamat di waktu `kecemasan' sekiranya stok lauk-pauk telah clear dalam peti sejuk.  Lagipun anak-anak Kak Noor memang suka makan telur.  Stok telur memang sedia ada di rumah.  Percaya tak kalau Kak Noor beritahu bahawa dalam masa seminggu 30 biji telur (1 papan) boleh clear .  Anak-anak Kak Noor ni walaupun kita dah masak lauk lain, tetapi nak juga goreng telur sebagai lauk sampingan.  Selalunya dia orang goreng sendiri telur mata kerbau/lembu.  Ada juga yang buat telur 1/2 masak dan telur hancur.  Setakat 1 biji seorang memang tak cukup; minimum mesti 2 biji seorang....

Gulai Lemak Ikan Talang Masin Dengan Nanas

Assalamualaikum dan Selamat Tengah Hari daripada Kak Noor dan sekeluarga. Hm... memang agak lama Kak Noor tidak bersiaran.  Kalau tak salah Kak Noor telah lebih daripada sebulan Kak Noor meninggalkan blog ini tanpa entri baharu.  Terasa rindu sangat  jari jemari ini untuk menaip semula dan menyajikan menu-menu yang terperap agak lama dalam sajian dapur bonda.  Kemaafan dipinta sekiranya ada rakan-rakan yang singgah di blog ini tidak dapat menatapi resepi terbaharu daripada SDB.  Faktor kesihatan dan kesibukan kerja tidak mengizinkan Kak Noor untuk berceloteh lebih kerap dan lama di laman blog ini. Syukur Alhamdulillah dengan keizinanNYA Kak Noor dapat kembali duduk di depan komputer dan memuatkan resepi untuk menu tengah hari ini.  Agak ringkas resepi hari ini iaitu gulai lemak ikan talang masin dengan nanas dan juga Sambal  Tumis Telur . Rasanya semua orang telah expert memasak resepi ini kan!   Bahan-bahannya: 350 ...

Sambal Tumis Sotong Kembang Petai, favourite anak bongsuku Cheela - 3x Makan Nasi. Seleranya dia....

Assalamualaikum. Sambal tumis sotong kembang dicampur petai, hidangan makan tengah hari untuk keluarga. Amat berselera sekali anakku Cheela makan hari ini.  Tengah hari, petang, dan malam, asyik rasa lapar;  minta nak makan nasi aje bila ibunya masak lauk favourite nya.  Sejak cuti sekolah ini bertambah-tambah montel.  Ibunye pun tak boleh masak sedap-sedap sangat, nanti baju sekolah tak muat pulak.  Tapi tak pelah, sekarang ini bukan tiap-tiap hari Kak Noor meluangkan masa di dapur.  Hanya hujung minggu sahaja.  Hari-hari yang lain Chef Junior yang masak untuk adik-adiknya.  Alhamdulillah, legalah sikit Kak Noor. Tak nak celoteh panjang, jom terus ke resepinya.  Bahan-bahannya: 4 ekor sotong kembang Petai secukupnya - dibuang kulit dan dibelah 2 1 keping asam gelugor 2 sudu besar gula merah 2 sudu besar gula putih ½ kiub ikan bilis 1 sudu kecil sos sotong 1 sudu besar sos tiram 1 biji bawang besar – dipotong ...

AYAM MASAK MERAH MAMAK PENANG, ADA KELAINAN CITARASANYA...

ASSALAMUALAIKUM.. Pagi tadi sempat masak Ayam Masak Merah Mamak Penang untuk keluarga sebelum pergi kerja. Biasalah kalau masakan mamak, rujukan Kak Noor ialah blog Mamak Haji Roslan (MHR). Selalunya Kak Noor masak Ayam Masak Merah aje, tak ada mamak Penang kat belakang.  Ayam Masak Merah ni memang favourite keluarga Kak Noor. Tetapi hari ini nak cuba cara masakan MHR pula. Bila tengok bahan-bahan yang digunakan seperti lobak merah yang dikisar bersama cili dan tomato, badam kisar, dan juga bahan-bahan rempah seperti jintan manis, jintan putih, garam masala, dan kas-kas dalam masakan ini, sudah tentu ia menjanjikan suatu citarasa yang berlainan daripada ayam masak merah yang pernah Kak Noor masak sebelum ini. Tengok gambar pun dah rasa lapar.  Sedapnye.... sehingga menjilat jari.  Tak kisah le.. boleh makan bersama nasi putih, nasi tomato, nasi beriani ataupun nasi minyak.  Nak makan bersama nasi lemak pun boleh.  Menyelerakan.  Kak No...

THE MAKING OF `BUBUR ASYURA STAIL UTARA', RESEPI TURUN TEMURUN DARIPADA BONDA TERSAYANG.

Syukur Alhamdulillah, akhirnya projek mengacau Bubur Asyura yang tergendala sejak dua minggu yang lalu berjaya dilaksanakan pada hari ini dengan bantuan suami dan anak-anak. Sebenarnya bahan-bahan untuk Bubur Asyura ini telah dibeli dua minggu yang lalu dan rancang untuk membuatnya pada hujung minggu.  Tetapi sejak dua minggu yang lalu apabila banyak komitmen lain yang perlu didahulukan, maka projek ini tertunda. Bonda Kak Noor pesan kalau kita nak kacau Bubur Asyura mestilah dengan penuh minat dan relaks,  dan tak boleh tergesa-gesa.  Lagi satu mesti bertenaga, kalau letih dan tak larat tu, sebaik-baiknya tundalah pada hari yang lain. Proses penyejukan sebelum dimasukkan di dalam peti ais. Hari ini, Alhamdulillah diberi kudrat olehNYA untuk menyediakan Bubur Asyura ini. Dan lagi satu bonda Kak Noor pesan, kalau kita buat Bubur Asyura atau Bubur Lambuk, tak boleh makan sorang-sorang, mesti diberi kepada jiran-jiran sebagai suatu sedeqah. Ready fo...