Sekarang ini musim durian. Tengok kat mana-mana tepi jalan ada dijual durian. Sewaktu pulang dari kerja, nampak longgokan durian di tepi jalan; 3 biji RM10.00, 2 biji RM10.00, 1 bekas RM10.00 dan ada juga durian D24 yang dijual timbang kilo. Teringin pula Kak Noor nak makan durian. Selalunya durian ni Kak Noor sekeluarga makan mentah-mentah dulu. Yang nak makan mentah tu... Kak Noor beli yang best sikit; durian D24, baru puas makan. Yang lainnya durian longgok sahaja . Malam semalam, tercapailah hasrat Kak Noor nak makan durian. Agak murah jugalah. Hubby Kak Noor beli kat pasar malam AU2 berdekatan dengan Eon Setiawangsa. Campur, D24 dan durian longgok. Banyaklah juga dapat dan isinya memang `marvellous'. So... bila dah banyak ni... terpaksalah memikirkan resepi-resepi yang berunsur durian. Dalam kepala Kak Noor dah ada resepi wajib keluarga iaitu cucur durian dan serawa durian. Bancuhan cucur durian i...
http://www.sajiandapurbonda.blogspot.com