Assalammualaikum.
Finally, dapat juga makan bubur kacang hijau ni, walaupun siapnya dah malam. Buatnya taklah susah sangat, lebih-lebih lagi kalau ada periuk Noxxa, Penyediaannya lebih mudah dan cepat, 30 minit dah boleh dihidangkan.
Mulanya plan nak hidangkan kepada tetamu bubur kacang hijau semasa majlis akad nikah anak Kak Noor hari Sabtu lalu. Masih banyak kacang hijau yang berbaki semasa buat bubur asyura tahun lalu.
Tetapi semasa membeli barangan untuk jamuan majlis akad nikah di pasar Keramat tempoh hari, ternampak pula pisang seakan-akan pisang tanduk yang digantung bersama pisang tanduk. Pasti rasanya sedap kalau dibuat serawa. Penjualnya memberitahu ini bukan pisang tanduk, tetapi pisang Helang. Ia lebih kecil daripada pisang tanduk. Harganya lebih murah daripada pisang tanduk. Sekilo RM4 jika dibandingkan dengan pisang tanduk RM8 sekilo.
Timbul pula idea nak masak serawa pisang campur sagu untuk dihidangkan kepada tetamu semasa majlis akad nikah nanti. Masih teringat kesedapan serawa pisang yang disediakan oleh rakan-rakan sepejabat sewaktu rehat makan tengah hari. Pertama kali masak serawa menggunakan pisang helang ini, memang sedap. Rasanya seakan-akan pisang tanduk juga. Kalau goreng pun sedap agaknya, ditambah pula dengan taburan cheese. Alahai....Terlupa pula nak snap gambar serawa pisang helang tempoh hari. Kalau tidak boleh upload gambar di sini.
Pisang Helang atau Pisang Lang (Gambar hasil daripada google) |
Timbul pula idea nak masak serawa pisang campur sagu untuk dihidangkan kepada tetamu semasa majlis akad nikah nanti. Masih teringat kesedapan serawa pisang yang disediakan oleh rakan-rakan sepejabat sewaktu rehat makan tengah hari. Pertama kali masak serawa menggunakan pisang helang ini, memang sedap. Rasanya seakan-akan pisang tanduk juga. Kalau goreng pun sedap agaknya, ditambah pula dengan taburan cheese. Alahai....Terlupa pula nak snap gambar serawa pisang helang tempoh hari. Kalau tidak boleh upload gambar di sini.
Ok kita berbalik semula kepada cerita bubur kacang hijau. Dah plan sejak pagi tadi nak masak bubur kacang hijau ini, tetapi tak berapa sihat nak masuk dapur pagi tadi. So petang ini baru dimasaknya. Hasben makan bertambah-tambah. Resepi ini ada kelainan sedikit sebab Kak Noor gunakan santan dan susu cair untuk menimbulkan rasa enak dan lemak berkrim. Gula melakanya pula tak perlu dilarutkan terlebih dahulu, dimasukkan terus ke dalam periuk noxxa.
RESEPI BUBUR KACANG HIJAU BERSAGU LEMAK BERKRIM
Inspirasi oleh: Kak Noor @ Sajian Dapur Bonda
Bahan-bahannya:
3 cawan kacang hijau
1 cawan gula pasir
1 ketul gula Melaka – anggaran 200 gram
6 cawan air
1 kotak santan Ayam brand
1 tin susu cair
½ cawan sagu – dibasuh dan direndam sehingga kembang, kemudian ditoskan.
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan – disimpul
Cara-caranya:
1. Masukkan kacang hijau, daun pandan dan 6 cawan air . Set `high pressure 20 minit dan tekan ON. Dalam masa yang sama putar tombol ke arah high pressure juga.
2. Selepas 15 minit Noxxa akan berbunyi. Putar tombol ke arah steam untuk pelepasan wap. Buka penutup dan kacau rata.

Selepas HP 15 minit, kacang hijau telah empuk. |
2. Selepas 15 minit Noxxa akan berbunyi. Putar tombol ke arah steam untuk pelepasan wap. Buka penutup dan kacau rata.
3. Masukkan gula Melaka, gula pasir, dan sagu. Set `high pressure’ semula selama 2 minit dan tekan ON. Bila periuk Noxxa berbunyi ulangi langkah 2 – (putar tombol…..)
4. Masukkan santan, susu cair, dan garam. Tekan stir fry. Kacau selalu menggunakan senduk kayu supaya santan tak pecah . Sekiranya kuah pekat dan mahukan kuah cair, boleh tambah 1 cawan air lagi. Masak lagi sehingga mendidih.
5. Bila kuah telah mendidih, off stir fry.
6. Siap untuk dihidangkan.
Ulasan