Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2015

Cream Cheese Chocolate Chips Cookies

Assalamualaikum dan Selamat Malam. Malam ini Kak Noor nak kongsi satu resepi biskut yang diposkan oleh Maestro Ateh Wan (Admin Group Resepi Otai - GRO) dalam pagenya. Tertarik dengan namanya yang `gah', terasa teruja untuk mencuba resepi ini.  Walaupun pernah cuba pelbagai resepi chocolate chip cookies, namun resepi ini mempunyai kelainan dari segi penggunaan bahannya iaitu cream cheese. Kebiasannya cream cheese digunakan dalam kek dan juga membuat topping kek.  Tetapi kali ini digunakan dalam cookies.  Memang awesome rasa chocolate chips cookies ini.  Kak Noor telah mengolah resepi ini mengikut citarasa dan ketersediaan bahan-bahan.  Tetapi bahan yang satu ini iaitu cream cheese tidak dikecualikan. Untuk memperkayakan rasa coklat untuk biskut ini, Kak Noor tambah serbuk koko. Untuk merangupkannya Kak Noor masukkan sedikit emplex. Cream Cheese Chocolate Chips Cookies Rujukan Resepi Asal: FB Maestro Ateh Wan (GRO) Diolah oleh: Kak Noor @ Sajian D

RESEPI ENAQ: AYAM KICAP TIGA SERANGKAI ENAQ

Assalamualaikum. Teringat semasa zaman kecil, bila arwah nenda masak ikan kicap atau ayam kicap yang ringkas tapi cukup sedap dan menyelerakan. Cuma tumis bawang merah, bawang putih, halia, dan serai. Lepas tu masukkan ayam @ ikan yang digoreng terlebih dahulu. Kemudian masukkan kicap dan kaupbalikkan supaya ayam @ ikan bergaul rata dengan kicap. Kemudian ditambahkan air secukupnya. Untuk lebih meriah lagi nenda tambah ubi kentang. Untuk pedas nenda titik cili padi kampung. Hampir nak tutup api nenda letak daun sup, daun bawang, dan buah tomato. Masak kicap versi nenda ni x pekat kuahnya. So sesiapa yang suka kuah lebih,  bolehlah letak banyak-banyak semasa makan nasi.  Slurrp... macam sup kicap pula. Hari ini masak kicap versi yang sama tetapi menggunakan tiga serangkai kicap ENAQ; kombinasi kicap manis, kicap masin, dan kicap pedas. Tak perlu tambah garam, gula, dan cili padi. Semuanya telah lengkap.  Memang sedap digunakan untuk masakan berkicap.

RESEPI ENAQ: Nasi Goreng Kicap Enaq,

Assalamualaikum. Hai... dah musim tak selera makan nasi putih pula Encik Hasben dan anak-anak ni... Kari ayam semalam pun masih ada lagi. Dari nasi terbiar hingga esok, lebih baik digoreng nasi tu. Garenti habis . Lagipun banyak putih telur di dalam peti ais sebab guna kuning telur aje untuk buat biskut. Putih telur ini kita boleh guna sebagai rencah nasi goreng. Maka terhasillah dinner for tonight, nasi goreng simple menggunakan kombinasi kicap pedas Enaq dan kicap lemak manis Enaq, putih telur, dan sosej. Hmm... enak sekali dimakan ketika panas. Walaupun cara memasaknya agak ringkas dan tidak banyak bahan yang digunakan, tetapi nasi goreng ini tetap enak. Encik Hasben dan anak-anakpun suka. Apa yang penting ada kicap enaq dan semua makanan pun akan rasa enak. Sebelanga masak tadi dahpun clear. Alhamdulillah.. Nasi Goreng Kicap Enaq Oleh:  Kak Noor @ sajiandapurbonda Bahan-bahannya: Nasi putih lebih kurang 2 mangkuk Beberapa batang sosej ayam - dihiris bulat

`IBU BUAT ROTI TAK MALAM NI'...

Assalamualaikum. `IBU BUAT ROTI TAK MALAM INI', tajuk yang ada kaitan dengan permintaan anak perempuan bongsu Kak Noor, Asilah yang berusia 12 tahun. Katanya tak puas makan. Roti dah habis dimakan oleh abang. `Shila dapat makan sikit aje'. Boleh dikatakan setiap hari sepulangnya dari kerja, itulah soalan yang diajukan. Alahai ... letihlah ibu, ingat balik kerja sebelah malam nak santai dan rehat saja, tak nak buat apa-apa. Tapi permintaan anak-anak, rasa sedih pula kalau tidak ditunaikan. Sejak ibu dah berjinak-jinak dengan projek membuat roti ini, hari-hari anak request supaya ibu buat roti. Tak jemu mereka makan roti. Anak-anak Kak Noor suka makan roti sosej. Memanglah bila buat roti sendiri banyak 'aksesori' boleh letak ikut citarasa. Sedap dimakan ketika masih panas; `Fresh from oven'. Sebenarnya Kak Noor tak pernah menyertai mana-mana kelas membuat roti. Hanya melalui resepi yang dikongsi oleh kawan-kawan melalui FB dan blo

RESEPI ENAQ: Udang Masak Hitam Karippulai

Assalamualaikum. Udang Masak Hitam Karippulai, menu inspirasi Kak Noor untuk keluarga. Terdahulu resepi ini telah Kak Noor kongsikan dalam FB page Sajian Dapur Bonda dan telah mendapat `Like' yang banyak dan dikongsi oleh rakan-rakan FB.   Syukur Alhamdulillah. Masakan ini merupakan menu ala-ala nasi kandaq.  Daun kari atau `karippulai'  dalam Bahasa India yang digunakan sebagai salah satu bahan menumis menaikkan aroma masakan ini.  Memang wangi sangat dan membangkitkan selera.   Salah satu bahan yang menjadikan sajian ini lebih enak ialah penggunaan Kicap Lemak Masin Enaq dan Kicap Lemak Manis Enaq dalam sajian ini. Persediaan bahan-bahan masakan Resepi Udang Masak Hitam Karippulai Oleh: Kak Noor @ Sajian Dapur Bonda Bahan-bahan A: 1 kilo udang – digunting kepala dan hujung ekornya sahaja. 2 biji bawang besar – dipotong gegelang 1 biji tomato – dibelah wedges 2 biji cili hijau – dihiris serong, saiz lebar 3 sudu besar kicap manis ENAQ

Menu Tengah Hari: Ayam Sambal Kismis dan Kacang Buncis Goreng Kicap

Assalamualaikum. Just nak kongsi menu tengah hari tadi. Dua menu yang ringkas; lauk dan sayur. Memenuhi selera Si bongsu perempuan yang dah seminggu request nak makan ayam sambal masakan ibu.  Kebiasaannya bila masak ayam sambal untuk keluarga, mesti ada rasa pedas dan manisnya. Kali ini Kak Noor masukkan kismis yang diblend bersama bahan-bahan kisar lain. Memang ada kelainan rasanya kalau kita masukkan kismis. Kalau sambal tak rasa manis, anak-anak mesti komplen. Tapi bagai sesetengah orang tak suka manis, suka rasa pedas yang kaw-kaw punya. Sejak dari kecil lagi, kalau makan ayam sambal manis bersama nasi putih, mesti ada penyedapnya iaitu kicap masin. Bukan kicap manis ye… sebab sambal tu dah manis. So kita naturalkannya dengan kicap masin pula. Ingat Kak Noor aje suka stail macam ini, rupa-rupanya anak-anak semua pun sama. Di sini Kak Noor kongsikan dua resepi menu hari ini iaitu Ayam Sambal Kismis dan Kacang Buncis Goreng Kicap. Semuanya enak-enak b