Assalamualaikum. Bagi N3 Jom Masak Dengan Periuk Noxxa kali ini, Kak Noor ingin berkongsi resepi pulut kuning yang dimasak menggunakan periuk Noxxa. Sebenarnya pulut kuning ini Kak Noor masak hari Ahad yang lalu. Hari Isnin bawa ke pejabat untuk sarapan pagi bersama kawan-kawan. Dimakan pula bersama rendang pedas ayam yang telah dipanaskan beberapa kali dalam periuk Noxxa menggunakan fungsi `STIR FRY'. Mudah dikaupbalikkan sehingga rendang kering dan berwajah serunding. Yang bestnya periuk dalamannya tidak melekat langsung. Pulut pula Kak Noor guna pulut susu Siam yang dikirim daripada bapa rakan sepejabat yang tinggal di Padang Besar. Telah agak lama pulut ini disimpan di dapur. Kalau tak salah Kak Noor beli masa nak raya puasa hari tu. Niat di hati nak buat ketupat pulut makan anak beranak di pagi raya sebab pelan asal nak raya di KL aje. Tapi last minute pulang juga berhari raya ke Bukit Mertajam bersama bonda dan adinda-adinda di sana. Orang
http://www.sajiandapurbonda.blogspot.com