Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

MEE KERING GORENG

Bahan-bahannya: 6 keping mee kering – (apa-apa aje jenama) 1 biji bawang besar – diracik halus 4 ulas bawang putih – diracik halus 1 cawan isi daging yang dipotong kecil/daging cincang 1 senduk nasi cili kering kisar Sayur sawi 1 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap manis 1 cawan air Garam dan gula secukup rasa Minyak secukupnya Untuk hiasan: Lobak merah, daun sup/daun bawang, bawang goreng Cara-cara memasak:  1. Masak mee kering dalam air mendidih selama 2 – 3 minit. Kacau dan buangkan air panas. Basuh dengan air paip biasa (untuk membuang suhu panas yang terkandung di dalam mee) dan toskan. 2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga naik bau/terbit minyak. 3. Masukkan 1 cawan air dan kacau. Selepas itu masukkan isi daging dan masak sehingga daging empuk. Tambah air lagi

GULAI NANGKA DAN DAGING (TUMIS DARAT, CARA ORANG UTARA)

Bahan-bahannya: 600 gram nangka muda yang dipotong kecil 500 isi daging – dipotong kecil/dicincang 1 tin susu sejat, dicampur dengan 2 tin air (gunakan sukatan tin yang sama) (resepi asal menggunakan santan) 2 – 3 keping asam gelugor (asam keping) Garam, gula secukupnya Bahan-bahan dikisar (untuk diperap bersama isi daging): 5 sudu besar serbuk rempah kari ayam/daging ½ sudu besar serbuk cili 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 sudu kecil jintan manis 1 inci halia 2 batang cili hijau Bahan tumis (tumis darat/tumis atas): 3 ulas bawang putih - dihiris 5 ulas bawang merah - dihiris 1 inci halia - dihiris 2 tangkai daun kari 1 sudu besar jintan manis Minyak secukupnya Cara-caranya:  1. Bersihkan potongan nangka dan rebus dengan 1 sudu teh garam sehingga lembut/empuk. Tos dan ketepikan. 2. Perap daging dengan bahan-bahan yang telah dikisar selama 10 minit. 3. Masukkan daging yang telah diperap di dalam periuk bersama air secukupnya. Rebus daging sehi

CUCUR KEMBONG (CUCUR MANIS)

Cucur kembong atau cucur manis adalah sinonim dengan orang kampong. Ia dihidangkan pada waktu petang sebagai hidangan keluarga ataupun bila ada orang bertandang ke rumah. Seingat Kak Noor yang dibesarkan di kampong, arwah maktok Kak Noor kerap juga buat cucur kembong ini. Mungkin disebabkan mudah dan cepat disediakan. Selalunya dihidangkan bersama minuman teh o atau kopi o.  Bercakap pasal cucur kembong ini terkenang kembali semasa zaman kanak-kanak dulu. Bersantai di pelantar bersama-sama kawan-kawan sambil menghirup udara nyaman di waktu petang dan menikmati suasana damai ditemani daun nyior yang melambai cukup membuat perut kami semua terasa `keroncong' (lapar).  Maka… maktok Kak Noor akan membuat cucur kembong untuk dimakan beramai-ramai. Dalam masa tidak sampai lima minit dua pinggan cucur telah habis. Kalau diikutkan nafsu makan,  memang tak kenyang lagi, tapi Alhamdulillah itulah rezeki yang diberi olehNYA.  Itulah zaman kanak-kanak Kak Noor ya

SUP AYAM CENDAWAN

Selamat Tengah Hari dan Selamat Bersantai di hujung minggu. Apa menu masakan hari ini agaknya ye? Bagi Kak Noor hari ini masakan agak ringkas sahaja; cepat dimasak, sedap dimakan. Semalam dah tanya husband nak masak apa. Lagipun tak banyak stok kat rumah kalau nak dipelbagaikan menu. Kalau dulu setiap minggu mesti Kak Noor dan husband pergi ke pasar, tetapi sekarang ini dah jarang. Tak ramai orang kat rumah, hanya tinggal empat orang sahaja. So beli dan masak ala kadar sahaja. Semalam husband dah bagi tahu suruh masak sup ayam aje. Lama tak makan sup ayam katanya. Lagipun di dalam peti ais ada daging ayam. So seperti biasa sebelum masak Kak Noor akan blogwalking di dapur rakan-rakan untuk mencari resepi sup ayam. Bukan tak tahu resepinya, tetapi mana tahu jumpa dengan blogwalking, jumpa resepi sup ayam yang best dan lain daripada resepi Kak Noor sendiri. Resepi sup ayam yang terpilih untuk menghiasi N3 kali ini Kak Noor dapati daripada blog Kak Nor (Secubit Ga

Koay Teow Goreng Udang (Goreng Basah)

Selamat malam semua.  Malam-malam begini terasa lapar pula.  Nasi masih banyak lagi di dalam periuk.  Tetapi rasa tak selera sangat nak makan nasi.  Kena cari alternatif menu lain yang boleh membuka selera.  Hmm... apa kata kalau pekena koay teow goreng?  Goreng basah-basah dan makan semasa masih panas; fresh from the oven.  Tapi bukan dibeli di kedai, bikin sendiri le... Lagipun telah agak lama tak makan koay teow goreng sendiri. Koay teow goreng ni favourite anak perempuan bongsu Kak Noor.  Selalu juga dia pesan supaya beli koay teow sewaktu Kak Noor pulang kerja.  Pesannya kalau Kak Noor goreng koay teow mesti warna coklat gelap, tak nak yang warna merah.  Faham-faham ajelah, tak nak pedaslah tu...!  Kalau tak pedas, boleh bertambah makan.  Tapi bagi Kak Noor sendiri, Kak Noor lebih gemar koay teow goreng yang berwarna merah; pedas, baru ada ummp!  Tapi tak apalah demi anak tersayang, kita turutlah kemahuan dia.  Apa yang penting dia makan.  Risau juga kalau budak-buda

SAMBAL KERANG SERAI

Bahan-bahannya: 400 gram isi kerang (dikopek daripada kerang yang direbus) 3 keping asam keping (asam gelugor) 2 sudu besar gula perang 2 sudu besar gula putih Garam secukup rasa 1 sudu besar kicap manis ½ sudu teh serbuk perasa 1 batang serai dititik 2 biji bawang besar – dipotong bulat Minyak untuk menumis Bahan-bahan dikisar lumat: 4 senduk nasi cili kering kisar 3 ulas bawang putih 5 batang serai – dihiris 1 inci kunyit hidup 2 inci halia 1 inci belacan - opsyen Cara-cara memasak: 1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis serai yang dititik sehingga wangi. 2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan kacau rata.  Masak sehingga terbit minyak/cili garing. 3. Setelah cili garing, masukkan ¼ cawan air.  Masukkan gula perang, gula putih, garam, kicap manis, serbuk perasa dan asam keping.  Kacau sehingga semua bahan sebati.  Rasa kuah sambal. Tambahkan garam atau gula sekiranya perlu sehingga menepati citarasa. 4. Selepas itu masukkan i

MASAK LEMAK PUTIH BOK CHOY

Bahan-bahannya: 1 ikat sayur bok choy 1 1/2 cawan santan kelapa sawit - dicampur dengan 3 cawan air 1 cekak soun pendek - direndam sehingga lembut dan ditoskan 1 sudu besar udang kering - direndam sekejap,  dibasuh kemudian ditoskan. 1/4 biji cili benggala 1 biji bawang besar - dihiris Gula dan garam secukup rasa. Cara memasaknya: Masukkan kesemua bahan di atas di dalam periuk dan kacau rata. Masak sehingga kuah mendidih.  Semasa kuah mula hendak mendidih, kacau santan supaya ia tidak pecah.  Rasa garam dan gula.  Jika telah cukup rasa, bolehlah ditutup api.

SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG

Bahan-bahannya: 4 ekor sotong kembang -  dipotong memanjang. 1 biji buah tomato - dipotong kiub 1 biji bawang besar, saiz besar - dipotong bulat 2 sudu besar gula perang 2 sudu besar gula putih 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap manis 1 - 2 keping asam keping (asam gelugor) Serbuk perasa dan garam secukupnya Minyak untuk menumis Bahan-bahan dikisar: 4 senduk nasi cili kering kisar 2 biji bawang besar saiz sedang 4 ulas bawang putih 1 inci belacan Air secukupnya untuk mengisar Cara-cara memasak: 1.  Panaskan minyak.   Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar.  Kacau dan masak sehingga garing/terbit minyak. 2.  Tambahkan sedikit air dan kacau rata.    Masukkan gula perang, gula putih, garam, dan serbuk perasa, sos tiram, kicap manis, dan asam keping.  Kacau lagi sehingga mesra. 3.  Masukkan sotong kembang dan kaup balikkan.  Masak sehingga sotong lembut. 4.  Sebelum ditutup api, masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat tadi.  Biar di atas dapur sela

Ayam Lemon

Assalamualaikum dan Selamat Petang kepada sekalian pembaca blog yang selama ini sudi bertandang ke Sajian Dapur Bonda. Sebenarnya resepi yang dimuatkan  di Sajian Dapur Bonda ini  tidaklah semeriah dan semewah seperti resepi yang terdapat di laman web masakan yang telah lama establish dan popular.  Resepi yang Kak Noor muatkan dalam SDP adalah sekadar masakan harian untuk santapan keluarga dah mudah untuk diikuti oleh semua golongan. Justeru itu Kak Noor berharap ia dapat memberi manfaat kepada semua. " SELAMAT TAHUN BAHARU 2013 " Agaknya tidak terlewat untuk Kak Noor mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2013.  Telah masuk minggu kedua kita semua berada di tahun baharu.  Semoga tahun ini membawa keceriaan dan perjalanan hidup kita senantiasa diberkati olehNYA.  Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun lalu di mana kita akan berusaha berjuang untuk meningkatkan kualiti kehidupan dari segala kepayahan yang ditempuhi tahun lalu.   Hari ini Kak Noor ambil