Assalamualaikum. Seingat Kak Noor boleh dikira jari berapa kali saja kuih keria ini pernah dibuat oleh Kak Noor sejak berkahwin 26 tahun lalu. Lebih kerap dibeli di kedai untuk sarapan pagi dan minum petang. Kuih keria ini merupakan kuih faveret Kak Noor sejak kecil lagi. Kriteria kuih keria yang menjadi faveret Kak Noor mestilah teksturnya rasa lebih ubi dan disalut oleh banyak gula. Hmm... sedap tu.... lupa diet seketika. Walaupun nampak mudah dibuat, tetapi sekiranya resepi yang digunakan tidak betul, maka hasilnya tentu tidak menepati citarasa. Tetapi Kak Noor tengok orang dulu-dulu tak ikut resepi sangat. Pakai agak-agak aje bancuhannya. Mungkin dah selalu buat; alah bisa tegal biasa. Tapi Kak Noor taklah seterror orang dulu-dulu tu. Masih dok rujuk resepi sebab masih tak konfiden nak guna sukatan agak-agak tu. Takut terlajak lembik atau terlajak keras bancuhannya. Untuk lebih konfiden Kak Noor layari You Tube untuk mendapatkan res...
http://www.sajiandapurbonda.blogspot.com