Langkau ke kandungan utama

Catatan

SAWI RAJA GORENG SOS TIRAM

Tak ramai orang kenal sayur ni kan?  Kebiasaannya kalau kita masak sayur, hanya terlintas di fikiran kita sayur-sayuran seperti kangkung, bayam, kobis, dan kailan yang telah kita kenali sejak dahulu lagi. Tetapi sayur ini? Menjadi teka teki akan namanya.  Kak Noor sendiri pun tak tahu nama sayur ini, pakai beli sahaja disebabkan teruja dengan kesegaran dan kehijauannya.  Beli sayur ni kat NSK Selayang dan ramai orang Cina yang membelinya. So.. hari tu sempat Kak Noor tanya seorang perempuan Cina, sedap x sayur ni dan macam mana masak? Katanya sedap dan dengan murah hatinya dia berkongsi cara-cara untuk memasak sayur ini. Tapi... Kak Noor tak tanya pulak nama sayur ini kepadanya. Memandangkan ketidaktahuan nama sayuran ini, maka ter`pending'lah N3 untuk resepinya.  Kak Noor akses internet untuk mencari nama bagi sayur ini.  Puas jugalah mencari... sehingga terpaksa Kak Noor letakkan dalam FB gambar sayur ini bertanyakan kepada rak...

MI REBUS MAMAK PENANG PERASA UDANG

Sejak semalam lagi Kak Noor telah pelan nak buat mi rebus mamak penang untuk hidangan tengah hari keluarga pada hari cuti begini.  Masa cuti-cuti beginilah masa kita dapat meluangkan masa bersama keluarga dan memasak sesuatu istimewa sedikit daripada hari-hari biasa.  Penyediaan untuk membuat mi rebus ini agak remeh sedikit dan mengambil masa.  Walaupun letih tetapi apabila telah tengok hasilnya, rasa letih hilang dan suatu kepuasan terasa. Sebenarnya mi rebus mamak Penang ini telah agak lama berada dalam diari masakan Kak Noor, cuma x berpeluang untuk membuatnya kerana faktor masa.   Tetapi hari ini dengan keizinanNYA, dapat juga Kak Noor menyediakan suatu santapan yang agak istimewa untuk keluarga.  Resepi asal mi rebus mamak penang ini Kak Noor ambil daripada blog  Encik Roslan Mohammad yang dikenali sebagai `Mamak Haji '  .  Nama resepi asalnya ialah Mi Rebus Mamak Penang Perasa Sotong. Kalau nak cuba resepi masakan Utara, si...

KARI AYAM KERISIK

Hari ini Kak Noor nak kongsi cara-cara memasak kari ayam kerisik.  Bezanya kari ayam biasa dengan kari ayam kerisik ialah kari ayam kerisik kuahnya pekat sedikit.  Selain sedap untuk dimakan bersama nasi, ia juga   sedap dimakan bersama pulut kuning, ketupat palas, dan boleh diganti sebagai rendang untuk dicicah dengan lemang. Bahan-bahannya: 1/2 ekor ayam - potong ikut suka 4 sudu besar serbuk rempah kari (rempah kari ayam dan daging) dibancuh dengan sedikit air sehingga sebati. 1 cawan pati santan dicampur dengan 2 cawan air 4 biji ubi kentang - dibelah dua atau 3 2 sudu besar kerisik 2 biji cili hijau 1 helai daun pandan - disimpulkan 1 biji tomato - dibelah 4 Bahan-bahan tumis: 1 biji bawang besar - dihiris 3 ulas bawang putih - dihiris 1 inci halia - dihiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 2 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga cengkih 2 tangkai daun kari - dilurut daunnya Minyak secukupnya untuk menumis ...

APAM POLKADOT

Apam Polkadot nama diberi Disediakan di malam hari Rasa seronok tidak terperi Pabila apam polkadotku menjadi... Ewah-ewah berpantun pula Kak Noor dalam blog ni ye! Bukan apa, rasa seronok dan teruja sangat apabila apam polkadot yang dicuba buat pertama kali menjadi juga dot-dotnya walaupun tidak secantik mana jika dibandingkan dengan rakan-rakan lain yang lebih amateur.  Bolehlah... first trying kan! Terkial-kial lah jugak, terutama sekali semasa nak meletakkan dot-dotnya.  Lagipun Kak Noor x pernah hadir kelas masakan.  Hanya ikut resepi sahaja.  Nasib baik ada assistant chef yang turut membantu Kak Noor menyediakan apam ni dan juga mengambil gambar-gambar semasa penyediaannya.   Assistant chef yang dimaksudkan ialah anak sulung perempuan Kak Noor yang pulang bercuti selama seminggu sempena semester break. N3 gambar-gambar untuk resepi ini diambil olehnya. Sebenarnya telah lama Kak Noor berhasrat dan teruja untuk mencuba membuat apam polkadot ...

CUCUR JAGUNG MANIS

Bahan-bahannya: *5 cawan tepung gandum 1 tin jagung berkrim 1 biji telur *1 sudu teh soda bikarbonat 5 sudu besar gula pasir 210 ml susu segar atau susu sejat 1 sudu kecil garam Air suam secukupnya untuk membancuh adunan Minyak untuk menggoreng (*tepung gandum dan soda bikarbonat diayak bersama) Cara-cara membuatnya: Satukan bahan-bahan di atas dan digaul rata.  Masukkan air suam sedikit demi sedikit sehingga adunan betul-betul sebati.  Perapkan selama lebih kurang 1/2 jam.  Selepas 1/2 jam,  gaul kembali adunan tersebut.  Kemudian bolehlah dijemput adunan tersebut dan digoreng sehingga kekuningan atau sedikit garing, bergantung kepada citarasa masing-masing.

A MOTHER & SON

A friend of mine has just posted this touching photo to me. It is really touching our heart. Thanks to ALLAH who gave us everything. We should not complaint… SYUKUR ALHAMDULILLAH...    Patience with family is love, Patience with others is respect, Patience with self is confidence and PATIENCE WITH ALLAH IS FAITH          Life, it’s too precious and this kind of picture Remind us how fortunate we are in life.   There are no words to describe this photo 

Mee Goreng Basah

Aha... mesti terliurkan bila tengok udang dan sotong di dalam mee goreng ini kan!   Inilah sarapan pagi keluarga Kak Noor hari ini.  Bila goreng mee, kebiasaannya Kak Noor goreng basah dan taugeh mesti banyak. Memang sedap dimakan sejurus lepas masak.  Jangan tunggu lama-lama sampai sejuk, nanti mee kembang. Bahan-bahannya: 2 bungkus mee kuning RM1.00 taugeh segar 10 ekor udang saiz sederhana 2 ekor sotong - dipotong bulat 1 senduk cili kering kisar 1 biji bawang besar dihiris 3 ulas bawang putih dititik 1 sudu teh cuka 2 sudu besar sos tomato 2 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar kicap manis 2 cawan air Gula/serbuk perasa/garam secukup rasa Minyak secukupnya Hiasan:  Daun salad dan cili merah dihiris halus, bawang goreng Penyediaannya: 1. Basuh mee kuning dengan air dan toskan. 2. Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian tumiskan bawang putih dan bawang merah. Apabila telah naik bau, masukkan cili kering kisar...