Langkau ke kandungan utama

Catatan

Bihun Goreng Bonda

Sajian bihun ini agak ringkas, sekadar untuk sarapan keluarga. Biasalah pagi-pagi ni sibuk mengejar masa, nak siap sarapan pagi, nak siapkan anak pergi sekolah dan siapkan diri sendiri pergi kerja. Apa yang pasti, ada sarapan yang disajikan untuk keluarga sebelum Kak Noor melangkah keluar pergi kerja. Tak sempat nak hiaskan cantik-cantik macam dalam pertandingan masakan. Apa yang penting cukup citarasanya. Bahan bahannya: Sebungkus bihun, direndam seketika 1 biji bawang besar dihiris 3 ulas bawang putih diketuk Kobis dipotong lebar Beberapa helai daun salad dipotong Udang Cili kering yang telah dikisar ~ sukatan ikut citarasa kepedasan 1 biji tomato dipotong saiz kiub 1 sudu besar sos tomato 2 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tiram 2 sudu kicap manis 1 sudu teh cuka 2 cawan air Perasa Tumix Ayam atau boleh guna perasa lain 3 sudu besar gula Sedikit minyak Penyediaannya: 1. Panaskan kuali. Masukkan minyak. Bila minyak telah panas, tumis hirisan bawang besa...

Cucur (Cekodok) Udang

Bahan-bahannya: 3 cawan tepung gandum 1 cawan tepung beras 10 ekor udang dibuang kulit 1 cawan udang geragau 1 biji ubi kentang dihiris memanjang 1 cawan jagung biji Sedikit daun kucai 1 biji bawang besar potong dadu 1 biji bawang dan 2 biji cili hidup ditumbuk 1 biji telur Garam secukupnya Perasa Air secukupnya untuk membancuh adunan Minyak untuk menggoreng Penyediaannya: 1. Masukkan semua bahan di atas di dalam sebuah bekas dan gaul rata. 2. Bancuh bahan-bahan yang digaul tadi dengan air suam, tujuannya untuk merangupkan cucur. Gaul sehingga semua bahan sebati. 3. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Bila minyak panas, bolehlah mula menggoreng. 4. Hidangkan panas-panas. Boleh dimakan bersama sos cili atau kuah kacang.

SUP SAYURAN SUHUN DAN FUCUK

Bahan-bahannya: Ubi kentang 3 biji dipotong kecil 1 paket putik jagung dipotong kecil 1 batang lobak merah dipotong serong Bunga kobis 50 gm fucuk 50 gm suhun 1 biji telur Garam secukupnya Bahan perasa secukupnya Minyak masak untuk menumis secukupnya Air secukupnya Daun sup dan daun bawang Bawang goreng Bahan-bahan untuk ditumis: 1 biji cili merah dihiris 1 inci halia dihiris 1 biji bawang merah dihiris 2 ulas bawang putih dihiris 20 gm udang kering atau ikan bilis Penyediaannya: 1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan masukkan bahan-bahan untuk ditumis. Tumis sehingga kekuning-kuningan dan naik bau. 2. Masukkan air, garam, perasa dan biarkan seketika. Kemudian masukkan kentang dan masak sehingga kentang empuk. 3. Setelah kentang empuk dan kuah masih mengelegak mendidih, pecahkan sebiji telur di dalam periuk. Jangan kacau dan biar telur masak. 4. Masukkan lobak merah, bunga kobis, dan jagung putih. Biarkan seketika di atas dapur dan jangan sampai sayu...

Mini Beefsteak

Masakan ini memang ringkas, mudah, dan cepat, dan boleh disediakan pada bila-bila masa aje.  Yang pasti ketersediaan bahan-bahan  di dalam peti sejuk.  Anak-anak bujang kita pun boleh menyediakannya sendiri.  Bahan-bahannya: (set untuk seorang makan) Sos lada hitam ZUZA 1 keping daging burger (Kak Noor guna daging burger Ramly) 2 sosej 1 biji telur  Kentang goreng Kacang panggang Salad Mayonis Sos lada hitam Zuza Sos cili  Penyediaannya: 1.  Panaskan kuali leper.  Letakkan sedikit marjerin. Masak daging burger dan sosej di atas kuali leper ini sehingga ia masak.  Kemudian angkat dan letakkan di atas tisu yang dapat menyerap minyak jika ada. 2.  Goreng telur menggunakan acuan telur bulat di atas kuali leper. 3.  Di atas pinggan, susun daging burger, sosej, telur, kentang goreng, kacang panggang dan salad. Dihidangkan bersama sos lada hitam, mayonis dan sos cili.

Paru Goreng Kicap Berlada

Bahan-bahannya: 1/2 kg. paru direbus 4 cm halia diketuk 2 sudu besar kicap pekat 3 sudu besar air rebusan paru 2 sudu besar serbuk lada hitam 1 sudu besar air asam jawa Bahan-bahan tumisan: 1 biji bawang besar dihiris 2 ulas bawang putih dihiris 1 senduk cili kering kisar 2 sudu besar serbuk jintan manis 2 tangkai daun kari Minyak secukupnya. Penyediaannya: 1. Paru direbus bersama halia sehingga masak. Setelah masak ketepi dan dibiarkan sejuk seketika. Kemudian dihiris nipis dan diperap dengan kicap pekat, lada hitam, dan air rebusan paru. Masukkan dalam peti ais selama 30 minit. 2. Selepas 30 minit keluarkan paru daripada peti ais dan digoreng garing. Ketepikan. 3. Dalam kuali yang lain, masukkan minyak dalam kuali. Bila minyak panas, tumis bawang besar, bawang putih bersama daun kari. Bila telah naik bau, masukkan cili kisar, serbuk jintan manis, dan serbuk lada hitam. Kacau rata dan masukkan lebihan air perapan paru, garam, gula, air asam jawa dan pera...

Bihun Sup Utara Bonda

Hari ini Kak Noor masih bercuti, sempena Hari Raya Haji. Semua ahli keluarga ada kat umah. Tak balik kampung. So... bila semua ahli keluarga berkumpul, kenalah Kak Noor fikirkan apa yang patut dimasak untuk disajikan kepada keluarga. Anak-anak Kak Noor suka makan, so pada hari-hari cuti begini sahajalah Kak Noor dapat memenuhi citarasa mereka. Semalam suami Kak Noor bawa balik daging sempena Majlis Korban yang diadakan di Bukit Antarabangsa. Semalam anak Kak Noor yang sulong cadangkan buat bihun sup sebab dia teringin nak makan. Al maklumlah sekali sekala sahaja dapat bersama keluarga dan merasa masakan ibu. Resepi bihun sup ini agak ringkas dan bahan-bahan yang digunakan juga agak ringkas. kebiasaanya dihidangkan oleh orang Utara. Tidak perlu telur, sayur-sayuran, atau bahan-bahan lain sebagai hiasan. Bahan-bahan A (Untuk Merebus Daging): 1 kilo daging lembu segar (boleh campur juga dengan organ dalaman lain seperti tulang, paru dan perut) 2 bunjut perkakas ...

Jelatah Bersos Kacang

Bahan-bahannya: 1 biji nenas 1 biji timun 1 biji bawang besar 2 biji cili hijau dihiris 4 - 5 biji cili padi dihiris 1/2 botol sos cili 3 sudu besar gula perang 1 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil perisa TUMIX ayam (perisa lain pun tak apa) 2 cawan kacang tanah yang telah dikisar kasar (boleh beli di pasar raya NSK dalam paket 1 kg. atau 1/2 kg) Cara penyediaannya: 1.  Nenas dibuang kulit dan dipotong empat memanjang dan dihiris.  Empulur nenas dibuang. 2.  Timun dibuang kulit dan dipotong bulat. 3.  Sediakan mangkuk.  Masukkan nenas, timun, bawang besar, cili hijau, cili padi, kacang tanah, sos cili, gula perang, garam, dan perisa. 4.  Gaul rata sehingga sebati dan sedia untuk dihidangkan.  Boleh juga disimpan dalam peti sejuk untuk kesegarannya. Rendang pedas daging, papadom, dan jelatah sos kacang